Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ Selamat Berpuasa Kepada Muslimin & Muslimat !

30 Sep 2020

LOKASI MENARIK DI SEKITAR KOTA BHARU DALAM PAKEJ PELANCONGAN TAHUN 2020

Sepertimana yang sedia maklum, Tahun 2020 merupakan tahun melawat negeri Kelantan. Banyak lokasi menarik yang boleh korang kunjungi khususnya jika korang berada di Kota Bharu. Jom kita tengok antara lokasi menarik pilihan admin semasa ke Kota Bharu.


DATARAN REHAL


Pintu gerbang yang mencadi iconic kepada negeri Kelantan. Berada di lokasi yang sangat strategik kerana dekat dengan banyak lagi lokasi tarikan pelancongan lain seperti Istana Jahar, Istana Balai Besar, Bank Pitis, Pasar Siti Khadijah, Masjid Muhammadi dan banyak lagi.


Alamat : D1, Bandar Kota Bharu, 
15000 Kota Bharu, Kelantan

GALERI WAU PAK SAPIE & SONS

Wau cukup sinonim dengan Negeri Kelantan. Jadi, tak lengkap kalau kita tidak ke Galeri Wau. Untuk pengetahuan korang Galeri Wau Pak Sapie & Sons ini merupakan sebuah bengkel pembuatan wau dimana ianya adalah warisan turun temurun.


Alamat : Galeri Wau Pak Sapie, 
Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Dibuka kepada orang ramai setiap hari
9.00 pagi hingga 5.00 petang.

PANTAI KUNDUR

Pantai merupakan antara produk pelancongan yang cukup popular di Kelantan. Antaranya adalah seperti Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pantai Irama, dan Pantai Senok. Selain itu, korang juga boleh ke Pantai Kundur yang berada dalam satu laluan dengan Pantai Mek Mas. Lokasi Pantai Kundur ni sangat unik kerana pemandangan seakan Pulau Nami di Korea.


Alamat : Jln Kuala Besar, 
15350 Kota Bharu, Kelantan

BATIK CANTING DI PANTAI MEK MAS

Kelantan juga sangat popular dengan kehalusan seni batik cantingnya. Di Pantai Mek Mas, kita berpeluang melihat sendiri bagaimana Batik Canting ini diusahakan. Selain itu, di sekitar ini juga ada perusahaan rokok daun nipah .


Alamat : Pantai Mek Mas
15350, Kelantan

Nak tahu banyak lagi lokasi menarik untuk dikunjungi di sekitar Kota Bharu, korang boleh rujuk article berikut :  MENARIK DI SEKITAR KOTA BHARU, KELANTAN

Jika korang berminat untuk pergi ke lokasi-lokasi berikut, saya cadangkan untuk korang menggunakan atau melanggan pakej Seightseeing Tour yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Kelantan dengan Pusat Penerangan pelancongan Negeri Kelantan sebagai penggerak utama, Tourism Malaysia Wilayah Timur/Kota Bharu bahagian promosi, Majlis Perbandaran Kota Bharu sebagai kawalan dan kebersihan kawasan lokasi pelancongan, Jasa Teratai Holidays dan Asia Travel & Tours sebagai ground handler.

Bermula 10 September 2020 sehingga 31 Disember 2020 harga promosi Pakej Sightseeing yang telah ditetapkan dengan potongan sebanyak 50% iaitu :
  • Dewasa | RM40/pax
  • Kanak-kanak | RM20/pax
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun | Percuma
Jika anda berminat untuk mengikuti pakej-pakej yang ada bolehlah membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lebih lanjut di :

Tel : +6012 9016373


Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !