Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

20 Nov 2019

LOMBONG TAI PEI TONG | MENARIK DI SUNGAI LEMBING, PAHANG

Negeri Pahang sangat kaya dengan tarikan alam semulajadinya. Percutian pantai, tanah tinggi, pulau, tempat bersejarah merupakan khazanah ekopelancongan yang sangat popular di negeri terbesar yang berada di semenanjung ini. Daerah Sungai Lembing tidak terkecuali. Kalau korang pernah belajar geografi, sudah tentu tidak asing dengan nama besar ini kan? Sungai Lembing pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah kedua terbesar dunia. Kini ia menjadi tarikan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya yang begitu mempesonakan. Jom kita lihat apa yang menarik jika korang datang ke Sungai lembing ni.

Lombong Tai Pei Tong

Menarik di sungai lembing

Begitu teruja dengan kisah kegemilangan perlombongan bijih timah di sini, saya dan rakan-rakan telah mengambil peluang untuk ke Lombong Tai Pei Tong. Lombong ini merupakan lombong bijih timah bawah tanah yang membawa pengunjung melihat sisa aktiviti perlombongan pada zaman dahulu.

menarik di sungai lembing

Apa yang menariknya, kami dapat rasai sendiri pengalaman menaiki keretapi lokomotif sepanjang 80 meter ke dalam terowong sebelum meneruskan perjalanan kami dengan berjalan untuk melihat info menarik yang terpapar pada dinding-dinding sepanjang jalan di dalam terowong. Kalau nak tahu, keretapi yang bakal korang naiki itu nanti merupakan keretapi yang pernah digunakan untuk membawa pelombong untuk bekerja. Sangkaan awal kami salah apabila menggambarkan bahawa keadaan panas sepanjang perjalanan kami di dalam sepanjang terowong tersebut, malah ianya sangat sejuk seolah-olah dipasang penghawa dingin walau hakikatnya tidak.

menarik di sungai lembing

Terbahagi kepada dua lorong iaitu Lorong Sejuta dan Lorong Myah, terowong yang menjadi laluan utama pengunjung itu adalah terowong utama lombong Tabeto yang juga digelar ‘Tai Pei Tong’ oleh penduduk tempatan. Terowong bijih lama ini dikatakan sedalam 700m & sepanjang 322km keseluruhannya!

menarik di sungai lembing

Terowong terdalam adalah dilombong Myah terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi dan sedalam 23 tingkat, manakala lombong taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan jarak keseluruhan hampir 322 kilometer apabila dijumlahkan pada setiap tingkat kedalaman. perkara ini disahkan oleh petugas Muzium Sungai Lembing. Perkara ini tak mustahil kerana lombong ini telahpun diusahakan selama 98 tahun lamanya.

Pada kami Lombong Tai Pei Tong adalah salah satu tempat menarik di Negeri Pahang yang patut anda terokai. Ia bukan sahaja mempunyai nilai sejarah, bahkan bakal memberi pengalaman menarik kepada pengunjungnya.

Harga tiket masuk:

Dewasa Asing (above 13) : RM30.00
Kanak-kanak Asing (6-12) : RM15.00

Dewasa Tempatan (above 13) : RM15.00
Kanak-kanak Tempatan (6-12) : RM 7.50
Warga Emas (above 60) : RM 7.50
Orang Kurang Upaya : RM7.50

Waktu operasi:

Isnin - Khamis : 9 pagi – 12.30 tgh | 2.00 ptg - 4.30 ptg
Jumaat : 9 pagi – 12.15 tgh | 2.45 ptg - 5.15 ptg
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi - 5.15 ptg

Alamat:

Lombong Bijih Timah Bawah Tanah sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang


Entri ini terlaksana melalui program "VM2020 Glamping Media Trip" pada 7 - 10 November 2019 dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !