Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

14 Nov 2019

JOM BERAMAI-RAMAI KE RUMAH HANTU TRAIN TO BUSAN DI GENTING HIGHLAND



Halloween baru sahaja melabuhkan tirainya. Tetapi bahangnya masih terasa di Resorts World Genting. Bagi mereka yang sukakan pada sesuatu yang advanture dan seram, kini Resorts World Genting ada mempersembahkan rumah hantu yang diadaptasi daripada sebuah filem blokbuster seram Korea Selatan pada tahun 2016, Train To BusanResorts World Genting akan mempersembahkan perjalanan kereta api seramnya sendiri selama dua bulan yang bakal menawarkan pengalaman menakutkan sambil berseronok buat peminat filem berkenaan dan kaki-kaki filem seram.


Dengan kutipan kasar pecah panggung melebihi US$93 juta, Train To Busan merupakan filem Korea paling berjaya. Di Malaysia, ia berjaya mencatatkan jualan kasar melebihi RM21 juta dan masih mengungguli senarai kutipan Korea tertinggi. Baik penonton tempatan mahupun luar negara, semua orang tahu bahawa ia menceritakan kisah seorang bapa dan anak perempuannya yang cuba menyelamatkan diri daripada wabak zombie – ia telah digambarkan sebagai ‘satu pengalaman unik dan amat menghiburkan menerusi cubaan genre seram zombie’ dengan ‘pelbagai komen sosial dan aksi lakonan hebat.’


Kesemua gabungan itu menjadikan Train To Busan satu kejayaan dalam dunia sinematik. Ia kemudian digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan. Dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree, Rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para tetamu ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi menakutkan yang begitu dekat.


Penggembaraan ini akan mengandungi beberapa bahagian dimana masing-masing memiliki aktiviti interaktif yang tersendiri. Mengikut plot daripada filem – di Seoul, si ayah dan anak perempuannya memulakan perjalanan ke Busan – bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu.


Tetapi kereta api itu turut dijangkiti. Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Anda mungkin akan dijangkiti dan kembali menghantui mereka yang masih ada keberanian untuk meneruskan penggembaraan. Teruskan ke kawasan selamat, atau tewas ketika mencuba.


Terdapat dua bahagian pengalaman tambahan Train To Busan yang disediakan. Di dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie – sama seperti penamat dalam filem – atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. Jika semua ini kedengaran seolah-olah memenatkan dan meletihkan, jangan risau ada ganjaran untuk semua orang: buat mereka yang berjaya menyelamatkan diri daripada Train To Busan, Seoul Retail Street yang terkenal dengan hidangan terbaik Korea dan budaya K-pop adalah hadiah buat anda.


Rumah Seram Train To Busan akan beroperasi di Taman Tema Tertutup Skytropolis bermula 31 Oktober 2019. Ia akan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019, dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020.

Tiket-tiket dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !