Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

29 Sep 2019

PERAYAAN HALLOWEEN BERTEMAKAN DAY OF THE DEAD DI LOST WORLD OF TAMBUN


Rasai pengalaman Halloween di Lost World Of Tambun dengan perjalanan yang penuh dengan tema kecantikan (beauty), seni (art) dan juga kematian (death) pada bulan Oktober ini. Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak akan menganjurkan Day of The Dead buat pertama kalinya di rantau ini sepanjang bulan Oktober ini. Selain itu, pengunjung juga akan disajikan dengan aktiviti yang belum pernah ada di Lost World of Tambun sebelum ini. 

Pertama Kali Penganjuran Day Of The Dead

"Untuk tahun ini, tema bagi sambutan Hallowen adalah konsep kesenian dan juga kematian yang boleh dilihat pada tema kesenian tradisional Mexico iaitu Day of The Dead. Kami ingin perkenalkan kepada pengunjung sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan sambutan Halloween gaya Amerika yang sering dilihat di media. Kami ingin perkenalkan sambutan Halloween dengan gaya lain daripada yang lain kepada pengunjung." jelas Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Lost World of Tambun.


Tambah beliau, "Dengan meraikan setiap perayaan dan festival setiap tahun, pasukan kami telah berusaha untuk membawa konsep yang unik kali ini di mana tema kematian dilihat sebagai sesuatu yang indah, kehidupan selepas kematian diraikan dan tidak dilupakan berbanding dengan konsep kematian yang dilihat sebagai sesuatu yang menakutkan dan mengerikan.


"Sebagai taman tema bertaraf antarabangsa, kami sentiasa berusaha untuk memberi sesuatu yang kreatif dan menarik setiap tahun, dimana ianya pasti lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sambutan Halloween dengan tema cahaya (lights), warna (colours) dan gaya (style) sebegini merupakan sesuatu yang kami banggakan dengan tema "Day Of The Dead"."

Tentang Day Of The Dead

Di negara Mexico, "Day of The Dead" juga dikenali sebagai Dia de Muertos merupakan hari untuk mengingati mereka yang telah pergi atau meninggal dunia. Festival ini dikenali di seluruh dunia dengan kesenian tersendiri iaitu "skull art" atau seni tengkorak.


Lost World Of Tambun telah mengambil inspirasi daripada perayaan yang unik dan sangat terkenal ini untuk menyambut perayaan Halloween berbeza daripada sambutan Halloween lain di Asia.


Suasana yang Penuh dengan Keseronokan Alam Mistik

Pengunjung akan mendapat peluang untuk dilukis di bahagian wajah dengan berinspirasikan seni Day Of The Dead dengan cat yang bercahaya (luminous paint). Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba untuk menghasilkan patung Voodoo sendiri mengikut kreativiti sendiri, dapat mendengar tilikan nasib daripada hantu pembaca kad Tarot juga berselfie bersama dengan karakter-karakter yang ada di Day Of The Dead.


Perayaan Day Of The Dead yang berlangsung selama sebulan ini juga disertai dengan beberapa tarikan menarik yang lain seperti The Beauty Of Death Parade, A Night To Remember, DJ El Loco Party, The Touch of The Dead dan juga Soul Of The Fire.

Tarikan Terbaru : Forest Of The Dead

Lost World Of Tambun juga memperkenalkan satu tarikan baru iaitu Forest Of The Dead. Disini pengunjung akan merasai pengalaman magis bertemakan alam kehidupan sehingga ke alam kematian.



Pengunjung yang mengunjungi Forest Of The Dead juga digalakkan untuk mengambil gambar dan kongsikan pengalaman anda di ruangan media sosial. Untuk pengetahuan anda, tarikan baru ini iaitu Forest Of The Dead akan dibuka sepanjang bulan Oktober.

Sertai Party Of The Dead

Party Of The Dead iaitu parti bertema akan diadakan pada tarikh 31 Oktober 2019 nanti. Pengunjung yang hadir dan berpakaian mengikut tema Halloween akan diberikan 50% diskaun untuk tiket Night Park (published rate) pada 31 Oktober sebagai salah satu promosi di sini.

Setiap pakej juga akan disertakan dengan kemasukan ke Party Of The Dead, minuman Blood Bag Drink atau Devil Horn Headband.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh lihat pada laman web www.sunwaylostworldoftambun.com atau di laman Facebook www.facebook.com/lostworldoftambun untuk informasi selanjutnya.

Artikel ditulis oleh Aerill Hassan

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !