Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

30 Apr 2019

ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019

Hujung minggu lepas, tanggal 27 April 2019 berlangsungnya Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 anjuran Alam Flora Sdn. Bdd. dengan kerjasama dhes, KRKAF dan Prasarana. Acara ini diadakan 2 tahun sekali dan untuk penganjuran kali ini, satu kelainan ditampilkan di mana semua perserta perlu menggunakan LRT sebagai medium pengangkutan utama sepanjang Eco Race berlangsung. Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 kali ini diadakan di Stesen LRT Ara Damansara. Kali ini, team Projek Travel telah menghantar wakil untuk turut serta memeriahkan Eco Race 2019 yang terdiri daripada Dikbee, MahaMahu, Rafzan Tomomi dan Penaberkala. Kita buat melainkan sikit, kita bagi nama team Cupcake, haha. Biar orang dengar terus lapar. Nak tahu team kami dapat nombor berapa? Hah, kena baca sampai habis perkongsian ni. 

Team CupCake

Seawal 7.30 pagi kami semua berkumpul di stesen LRT Ara Damansara. Selesai urusan pendaftaran, tukar baju untuk get ready sebelum race start, kami breakfast dulu. Breakfast pun disediakan, memang terbaiklah organizer. At first, kami ingat tak ramai yang join. Rupa-rupanya, 30 team telah mendaftar. Bayangkan, 4 orang satu team. 30 team dah 120 orang. Memang meriah! Kami rasa berbesar hati kerana kami adalah satu-satunya team Blogger yang turut serta. Lain-lain adalah staff dari Alam Flora, dhes dan prasarana.

Breakfast kit

Briefing

Untuk korang yang belum pernah dengar tentang Zero Carbon Challenge, kempen ini adalah salah satu inisiatif pihak Alam Flora Group utama program Alam Flora Group untuk memupuk budaya memelihara alam sekitar dengan meminimumkan pelepasan jejak karbon dalam aktiviti harian kita. Dalam masa yang sama, kita dapat membantu memelihara Malaysia ke arah persekitaran yang lebih bersih untuk generasi yang akan datang. 



Langkah untuk menggunakan LRT sepanjang Eco Race 2019 berlangsung adalah bertepatan dengan objektif utama Zero Carbon Challenge. Sebelum ini, perserta perlu memandu kereta dari satu check point ke satu check point, tetapi untuk kali ini, pihak Alam Flora telah membuat satu kelainan dalam Eco Race dengan kerjasama bersama Prasarana dengan konsep lebih mesra alam. Tahukah anda? Pengangkutan awam dapat mengurangkan penghasilan karbon. 


Dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, sekurang-kurangnya kita dapat mempromosikan kemudahan Prasarana yang kita ada sekaligus menyokong aktiviti untuk mengurangkan pelepasan karbon (CO2) ke atmosfera. Matlamat kerajaan adalah untuk mencapai 45% pengurangan pelepasan Karbon menjelang tahun 2030. Penganjuran even seperti Eco Race secara tak langsung adalah usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan peserta dan orang awam mengenai kepentingan melindungi alam sekitar serta kepentingannya kepada generasi akan datang.


Pemilihan LRT sebagai pengangkutan utama untuk acara kali ini memang bertepatan dengan Zero Carbon Challenge memandangkan LRT juga adalah pengangkutan awam yang dekat di hati rakyat Malaysia. LRT adalah antara pengangkutan awam yang menghasilkan 95% kurang karbon monoksida berbanding kenderaan persendirian seperti kereta. 


Personally, kami selesa dan happy dengan method yang diperkenalkan dalam Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 ni. Memang teruja bila kita hanya perlu naik LRT dari satu check point ke check point yang lain. Kalau drive mungkin kita akan sesat, kalau berlari dah tentu kita penat. Tetapi tidak untuk Eco Race yang hanya perlu naik LRT. 


Untuk tugasan di setiap check point pula memang menarik. Firstly, Zero Carbon Challenge kali ni menggunakan konsep 'Paperless'. Semua 'clue' atau soalan diberi  hanya perlu scan 'QR code'. Semua tugasan di setiap check pont jugak sangat santai tetapi dapat member ilmu dan pengetahuan kepada perserta. Antaranya, buat bag dengan baju yang terbuang. Soalan pula tak susah sangat, don't worry. Boleh Google je jawapan. Sambil jawab soalan, sambil top up ilmu baru, hehe. 



Route kami hari tu agak mencabar. Dari Ara Damansara sehingga ke Pasar Seni. Tapi, along the way tu, memang banyak trip patah balik. Pandai organizer nak bagi kami merasa naik LRT. Best juga duk dalam LRT lama-lama, aircond dia sejuk wooo. Terbaik! Terus rasa hilang penat. Kami berjaya menamatkan race sebelum jam 2 petang.


Selesai submit passport race dan barang kitar semula, kami dihiburkan dengan aktiviti di tapak event. Aktiviti paling mencuri tumpuan adalah Eco Drum Circle yang menggunakan barang kitar semula untuk menghasilkan muzik. Antara alat yang digunakan adalah seperti tong sampah hitam, tin kosong, botol kosong, tutup periuk, kuali dan kayu. Amazingly, hasil ketukan secara random mampu menghasilkan muzik harmoni. Good job kepada team The Colours of Voice. 


Finally, inilah detik mendebarkan yang di tunggu-tunggu. Team CupCake telah berjaya merangkul tempat ke-4 dari 30 buah kumpulan. Unexpected sebab kami just suka-suka je sepanjang race. Somehow, bila dapat nombor 4, alahai rasa menyesal tak buat bersungguh-sungguh. Sipi-sipi lagi nak dapat top 3,hehe. Btw, kami tetap happy dan berpuas hati. 





KEPUTUSAN ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019

Walaupun kami tak menang selaku Top 3 untuk edisi Eco Race 2019 kali ini, tetapi kami tetap enjoy. Macam-macam ilmu yang telah kami kutip berkatitan alam sekitar. Excited nak tunggu penganjuran Zero Carbon Challenge Eco Race untuk edisi akan datang. Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Juara, Naib Juara dan Tempat ke-Tiga untuk edisi Eco Race 2019. Korang memang terbaik!







Tahniah kepada team Alam Flora Alam Flora Sdn Bhd serta anak syarikatnya DHES dan juga pihak Prasarana atas penganjuran program Zero Carbon Challenge Eco Race 2019. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun akan datang sekaligus dapat memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang memelihara alam sekitar melalui program-program yang seumpama ini di masa hadapan. Kalau tak keberatan, semoga program ini dibuka kepada orang awam untuk turut serta. Jumpa lagi di next Eco Race. Thank you Alam Flora! 

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !