Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

10 Apr 2019

WATAK MARVEL ADIWIRA ANT-MAN JADI TARIKAN UNIK DI DISNEYLAND HONG KONG



Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) semakin berkembang menjadi sebuah destinasi yang mesti dikunjungi untuk pengalaman Marvel, apabila lebih 1,000 tetamu termasuk pegawai kerajaan wakil-wakil utama Marvel, para peminat Marvel, media dan selebriti berkumpul untuk pelancaran awal tarikan bertemakan Marvel yang sangat dinanti-nantikan, iaitu Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! yang dibuka kepada orang ramai pada 31 Mac 2019 lepas.

Dengan kisah yang menggemparkan, media yang serba imersif dan suasana yang sangat-sangat menarik dan mengujakan, Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan suatu pengembaraan interaktif yang ternyata unik. Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan tarikan pertama seumpamanya yang menampilkan ciri-ciri watak ikonik Ant-Man and The Wasp, dan juga merupakan tarikan pertama Marvel di Disney Park yang menampilkan Adiwira wanita sebagai watak utama.

Dalam kembara yang berteknologi dan bertenaga tinggi, para pengunjung boleh bertarung bersama-sama Ant-Man and The Wasp apabila mereka mengecil kepada saiz semut! Menampilkan kisah Marvel baharu sepenuhnya dengan watak Marvel khas Hong Kong, iaitu Leslie Lam, para pengunjung akan menyertai pengembangan menentang penjahat kecerdasan buatan Arnim Zola dan tentera Hydra Swarmbot.

Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan tarikan bertemakan Marvel kedua di HDKL, yang meneruskan lagi pertumbuhan taman tema ini sebagai hab bagi aksi Adiwira Marvel di rantau ini.


Kehadiran VIP ke Upacara Pelancaran


Upacara Pelancaran hari ini disertai oleh Paul Chan, Setiausaha Kewangan Hong Kong SAR, Eliza Lee, Setiausaha Tetap Pembangunan Perdagangan dan Ekonomi, Kerajaan Hong Kong SAR, Stephanie Young, pengarah urusan HKDL, dan Bob Weis, presiden Walt Disney Imagineering.



Tetamu utama lain termasuklah pelakon lelaki, Paul Rudd, yang membawa watak Ant-Man dalam Marvel Cinematic Universe; Kevin Feige, presiden Marvel Studios; Joe Quesada, Ketua Pegawai Kreatif Marvel Entertainment; Peyton Reed, pengarah Ant-Man dan sekuel Ant-Man and The Wasp; Stephen Broussard, penerbit Ant-Man and The Wasp; dan pelakon wanita terkenal Hong Kong, Jessica Hsuan (宣萱) yang membawa watak Leslie Lam, iaitu Ketua Jurutera S.H.I.E.L.D. Science & Technology Pavilion, watak Marvel baharu di tarikan ini.

Stephanie Young berkata, “Kisah Marvel amat diminati oleh pengunjung dari seluruh dunia, dan pasaran kami terutamanya memberikan respons positif terhadap kisah-kisah ini. Ini terbukti dengan kejayaan Iron Man Experience yang diiktiraf secara konsisten sebagai tarikan paling popular sejak dibuka pada tahun 2017, dan kejayaan promosi bertemakan Marvel kami di resort tersebut, seperti promosi Marvel Super Hero Summer dan the Marvel 10K Weekend. Kami percaya bahawa wira wujud dalam semua saiz, dan itulah sebabnya Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! membenarkan pengunjung daripada semua peringkat umur untuk bertarung menentang Hydra bersama-sama dengan Adiwira-adiwira Marvel.”
“Selain keseronokan Marvel baharu ini, lebih banyak watak dan kisah Disney yang popular akan tiba di HKDL di bawah rancangan pengembangan berbilang tahun kami,” tambah Stephanie lagi. “HKDL terus komited terhadap kemajuan industri pelancongan Hong Kong dan akan terus berusaha menjadikan resort ini sebagai destinasi pilihan para pengunjung di rantau ini.”

Hab Marvel Asia memperkasakan wira dalam semua saiz


Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! meneruskan kisah yang bermula dengan Iron Man Experience. Pengunjung akan menyertai suatu misi penting untuk mempertahankan Hong Kong daripada serangan Hydra apabila penjahat kecerdasan buatan Arnim Zola berusaha mencuri Data Core yang mengandungi maklumat yang sangat sulit.

Sementara Iron Man sibuk menentang bot-bot Hydra di Stark Tower, beliau memanggil Ant-Man and The Wasp untuk membantu melindungi Pavilion S.H.I.E.L.D., kerana hanya Ant-Man and The Wasp yang mempunyai keupayaan untuk mengecut dan menyusup masuk di antara perisai kukuh Swarmbots dan seterusnya memusnahkan mereka dari bahagian dalam. Namun, dengan hanya mereka berdua sahaja berhadapan beribu-ribu Swarmbots, Ant-Man and The Wasp pastinya memerlukan pengunjung untuk turut beraksi bersama-sama dengan mereka!


Dengan menaiki kenderaan tempur terbaharu S.H.I.E.L.D., iaitu D/AGR yang juga dikenali sebagai Dagger, pengunjung akan menuju ke Data Core sambil memusnahkan Swarmbots di sepanjang kembara dengan menggunakan EMP Blasters.

“Memang sangat teruja melihat peralihan Ant-Man and The Wasp daripada skrin layar kepada sebuah tarikan di Disneyland Hong Kong. Dengan pengalaman ini, kami berpeluang untuk memberi para peminat penghayatan sebenar dalam kisah mereka, iaitu sesuatu yang masih belum mampu kita lakukan menerusi filem,” jelas Kevin Feige.
“Dari halaman buku komik ke layar perak, Marvel telah menjana keterujaan buat berjuta peminat di seluruh dunia. Hari ini, dengan Guardians of the Galaxy – Mission: BREAKOUTdi Disneyland Resort di California, kepada Iron Man Experience di Hong Kong Disneyland, peminat kami mengalami keterujaan tersebut dalam bentuk baharu dengan memakai kasut but jet Tony Stark atau bertempur menentang raksasa di samping Rocket dan Groot. Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan episod yang seterusnya, dan pengembaraan Marvel yang menakjubkan fikiran, dan sesungguhnya kami amat berbangga dan teruja untuk mengecut serta melalui pengalaman ini bersama-sama dengan anda," ujar Joe Quesada.

Pengalaman Marvel yang tulen menampilkan Elemen Hong Kong

HKDL dan Walt Disney Imagineering berganding rapat dengan Marvel Studios dalam menghasilkan tarikan baharu ini. Pengarah Peyton Reed dan pasukan produksinya turut memberikan sokongan tidak penuh mereka, sementara bintang-bintang yang terlibat dengan filem tersebut, iaitu Paul Rudd dan Evangeline Lilly turut menyokong dengan melakonkan semula watak mereka. Hasilnya, pengunjung akan berasa seolah-olah diri mereka berada dalam pengalaman Marvel yang sebenar.

“Saya membesar dengan keunjungan ke taman Disney. Apabila diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada tarikan di Disneyland Hong Kong sudah semestinya seperti impian bertukar menjadi kenyataan,” kata Paul Rudd, “Saya tak sabar untuk berkongsipengalaman ini bersama-sama anak-anak saya. Mereka tentu sukakannya.”

“Bagi saya ini merupakan suatu penghargaan untuk memegang watak utama di tarikan bertemakan Marvel yang pertama di Disney Park, dengan tampil memegang watak seorang Adiwira wanita,” kata Evangeline Lilly. “Saya berharap pengujung semua peringkat umur mendapat inspirasi daripada pengalaman ini – dan mengalami keseronokan yang sama seperti kami di set penggambaran.”

Suatu watak Marvel Hong Kong yang diberi nama Leslie Lam telah dicipta untuk tarikan ini. Leslie yang berasal dari Hong Kong merupakan Ketua Jurutera S.H.I.E.L.D. di Science and Technology Pavilion yang menyelia semua pembangunan dan penyelidikan pavilion. Beliau akan melatih pengunjung menggunakan teknologi terkini EMP Blasters dan juga menyediakan maklumat penting sepanjang pertempuran tersebut. Watak Leslie dijayakan oleh Jessica Hsuan (宣萱) yang merupakan artis Hong Kong pertama diundang untuk memegang sebuah watak Marvel.


“Sebagai artis Hong Kong, saya amat kagum melihat Disneyland Hong Kong terus berkembang dan mempunyai watak Marvel tempatan baharu yang benar-benar mewakili bandar kita sendiri,” kata Jessica Hsuan.

Semasa pertempuran tersebut, pengunjung akan menerima komen daripada Ant-Man and The Wasp. Mereka juga akan mendapat beberapa rujukan tempatan yang dipenuhi elemen humor daripada kedua-dua adiwira tersebut. Pastikan anda melihat dengan teliti butiran Marvel yang tersembunyi semasa kembara tersebut.

Untuk menjadikan tarikan ini lebih imersif, Secure Storage Vault bagi Alien & Weapon Technology dalam S.H.I.E.L.D., pavilion mempamerkan 14 jenis artifak dan item penyelidikan daripada filem, pertunjukan TV dan komik Marvel. Sebahagian daripadanya adalah unik dan dipamerkan secara eksklusif di HKDL.

“Selepas mengarahkan dua buah filem bersama-sama dengan Ant-Man and The Wasp, saya amat gembira untuk berganding dengan Walt Disney Imagineering bagi meralisasikan kisah mereka di Hong Kong Disneyland,” kata Peyton Reed “Pengalaman ini merupakan persekitaran yang amat berbeza bagi watak-watak ini - kita boleh bermain dengan kisah dan keupayaan mereka dengan cara yang serba baharu.”
Elemen dan reka cipta pertunjukan dengan kualiti panggung wayang meningkatkan pengalaman


Memanfaatkan teknologi inovatif, Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! menerapkan daya tarikan sinematik dalam pertempuran dimensi yang sangat menarik, iaitu semua orang akan mengecut kepada saiz seekor semut. Kembara ini menampilkan alunan muzik latar asli oleh Christophe Beck, komposer filem Ant-Man, berserta visual dan kesan bunyi istimewa yang membawa pengalaman penghayatan ini ke tahap yang lebih tinggi.


Terdapat 150 sasaran, yang ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, yang menyediakan cabaran permainan pada tahap yang berbeza-beza kepada pengunjung. Komputer di dalam D/AGR akan merekodkan tembakan dan ketepatan sasaran oleh pengunjung, dan markah dikumpulkan serta ditunjukkan atas paparan kenderaan tersebut. Markah diberikan berdasarkan bilangan ketepatan sasaran dan saiz sasaran tersebut. Lebih kecil sasaran itu, lebih tinggi nilainya. Markah tambahan boleh diperoleh dengan mencari kombo rahsia dan turutan istimewa. Dengan menggunakan EMP Blasters, pengunjung perlu mencuba untuk menembak dan menyahaktifkan sebanyak mungkin Swarmbots, bagi membantu Ant-Man and The Wasp menewaskan Zola. Mereka juga boleh bertanding sesama ahli keluarga dan rakan mereka untuk melihat siapa yang meraih markah tertinggi!

Keseronokan Marvel di seluruh HKDL


Sebagai pusat bagi aksi Marvel, HKDL menawarkan pengalaman Marvel yang lengkap dengan dua tarikan yang pertama seumpamanya, dua buah kedai barangan eksklusif, pilihan makanan dan minuman, serta pertemuan dengan Adiwira Iron Man.


Di kedai Pavilion Gifts, iaitu kedai baharu yang terletak di bahagian sayap utara Pavilion S.H.I.E.L.D., pengunjung boleh membeli item Ant-Man, The Wasp dan S.H.I.E.L.D. Terdapat lebih kurang 40 item baharu dan eksklusif berkaitan dengan Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! yang akan diperkenalkan pada bulan ini. Bagi pengalaman Marvel yang lengkap, pengunjung juga boleh singgah di Starliner Diner untuk menikmati hidangan yang diinspirasikan oleh Ant-Man and The Wasp. Sempena meraikan pembukaan tarikan Marvel baharu ini, tiket kemasukan taman tema ini akan menampilkan reka bentuk baharu yang meraikan Ant-Man and The Wasp.


Memandangkan acara musim bunga “Carnivale of Stars” juga sudah bermula, HKDL mengajak pengunjung untuk mendedahkan pelbagai siri telur dengan watak yang bertemakan Marvel di merata-rata tempat sekitar taman tema ini, termasuklah watak Ant-Man, Spider-Man, Black Panther dan telur dengan watak baharu berdasarkan The Wasp and Captain Marvel.

Pengembangan berbilang tahun sedang berjalan lancar

Ant-Man and The Wasp: Nano Battle! merupakan kemajuan penting bagi pengembangan berbilang tahun HKDL. Tarikan bertemakan Marvel yang ketiga, sedang dilaksanakan selaras dengan pengembangan HKDL untuk menjadi hab bagi aksi Adiwira Marvel di rantau ini.

Rancangan pengembangan ini juga berjaya menjadikan beberapa kisah dan watak terbaik lebih menarik dan mengujakan menerusi pengalaman pertama seumpamanya, termasuk Frozen, Marvel dan Disney Princesses. Ini menunjukkan komitmen Disney yang kukuh terhadap pertumbuhan berterusan HKDL dan juga industri pelancongan Hong Kong.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari https://www.hongkongdisneyland.com.


1 ulasan:
Write comments
  1. basib lah saya bukan peminat fanatik, kalau tak mesti dah berkejar nakkan merchandise dorang.. hee~

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !