Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

12 Okt 2018

MELANCONG BERSAMA PROJEKTOR LED ULTRA-MUDAH ALIH VIEWSONIC M1

Melancong Bersama Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah baru-baru ini, saya telah diperkenalkan satu Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 semasa menghadiri satu majlis pelancaran produk terbaharu sekitar Petaling Jaya yang lalu bersama media cetak, media elektronik serta beberapa syarikat yang lain turut serta bersama bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sejujurnya, ini adalah kali pertama saya mendengar tentang produk yang cukup berguna dan versatil terutama bagi individu, keluarga dan syarikat. 


MELANCONG BERSAMA PROJEKTOR LED ULTRA-MUDAH ALIH VIEWSONIC M1


Sebab kenapa saya kata produk ini berguna dan versatil bagi individu, keluarga dan syarikat?

  • Mengisi masa lapang bersama keluarga tercinta - Bagi mereka yang suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga, saya sarankan projektor ViewSonic M1 ini adalah sangat sesuai kerana boleh menikmati hiburan yang berkualiti tinggi tanpa keluar rumah dan menghabiskan masa diluar. Saya percaya, dengan adanya projektor jenis  LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ini, keluarga dapat menonton bola bersama serta filem yang diinginkan dengan hanya membuat penyambungan dari telefon mudah alih terus kepada projektor.
MELANCONG BERSAMA PROJEKTOR LED ULTRA-MUDAH ALIH VIEWSONIC M1
  • Bagi individu yang gemarkan melancong dan selalu bimbang tidak dapat menonton rancangan di televisyen. Ya, kini Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 memperkenalkan alat teknologi seperti M1 ini dapat memuaskan hati seseorang individu yang selalu mementingkan tentang kualiti gambar/video serta bunyi. Selain itu, Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ini sangat berguna dan versatil kepada pelancong kerana saiznya yang kecil dapat memudahkan seseorang untuk di bawa ke mana sahaja tanpa memikirkan beban yang bakal dipikul kelak. Lagi satu, projector ini jadi mudah sebab boleh connect dengan telefon mudah alih kita dan akan dipaparkan secara meluas di dinding dengan menggunakan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1.



  • Buat mereka yang mementingkan kualiti kerjanya dan menjadi seorang yang produktif, kini anda boleh menjadi pekerja contoh kerana dengan adanya Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 maka lakukanlah kerja dimana sahaja dan pancarkan slaid pembentangan di didinding seterusnya jadilah pekerja contoh kepada yang lain. Selain itu, Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ini boleh dipancarkan mengikut kesesuaian situasi ketika menonton pancaran tersebut samada di dinding atau siling. Menarik bukan?




Selain daripada itu, Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ini adalah merupakan teman hiburan terbaik buat anda semua kerana rekaan projektor ini sangat mesra pengguna dengan mempunyai beberapa ciri seperti:

  • Bateri yang terbina-dalam pada projektor ini bertahan sehingga enam jam* dan tontonlah rancangan kegemaran bersama keluarga dan rakan-rakan dan kongsilah video bersama dengan hanya membuat sambungan telefon mudah-alih pada port yang disediakan atau menggunakan slot untuk MicroSD card.
  • Mempunyai memori yang terbina-dalam dengan kapasiti 16GB maka, berhiburlah dengan gembira.



  • Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ini didatangkan dengan saiz kecil dan seberat 0.75kg sahaja. Oleh sebab itu, projektor ini dikatakan berguna dan versatil kerana direka khas bagi menepati kehendak pelanggan.
  • Benarlah, teknologi yang direka khas ini bukan hanya kecil sahaja namun dengan adanya peranti sebegini, ianya setaraf hiburan seperti di lokasi yang profesional. Jadi dengan adanya Dwi-Speaker Harmon Kardon ini, tontonan yang dipancarkan akan terus bermakna buat mereka yang menontonnya.



  • Mempunyai port sambungan USB-2.0, USB type-C, Audio Output dan HDMI. Untuk pengetahuan korang semua, sambungan USB Jenis - C ini membolehkan pengguna strim video, facetime, berkongsi video atau paparkan terus dari telefon mudah-alih atau tablet untuk kepuasan yang ekstrim.
  • Mempunyai slot untuk MicroSD card 
  • Mempunyai rekaan tapak yang membolehkan pengguna membuat paparan dengan sudut 360 darjah, samada dipancarkan ke dinding atau siling sambil berbaring.
  • Boleh juga main permainan dengan hanya membuat sambungan di port yang disediakan pada projektor melalui telefon mudah-alih atau tablet.
  • Visual yang tersedia pada projektor ini sangat bagus  dengan mempunyai kecerahan 250 lumen seperti pengguna sedang melihat paparan skrin televisyen HD yang tinggi tanpa gambar pecah. Selain itu, nisbah pencahayaan sebanyak 120,000:1 serta mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan di dalam lokasi yang kecil.








Komen saya tentang Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ini adalah ianya sangat berguna terutama bagi individu yang inginkan hiburan semasa melancong serta hiburan bersama keluarga tercinta tanpa perlu keluar untuk menonton wayang. Selain itu juga, projektor yang kecil dan mudah di bawa ini juga boleh menggantikan buku nota yang tebal kepada satu rekaan versatil kepada seseorang individu yang bekerja. Saya sangat gembira dengan kualiti paparan yang dipancarkan kerana ianya memberikan paparan setaraf televisyen HD dan gambar langsung tidak pecah malah port serta slot yang disediakan sangat memudahkan pengguna dan harganya adalah mampu milik iaitu RM1,349 sahaja.


Lazada | 11Street | Pengedar-pengedar yang sah

Laman web rasmi ViewSonic:

Website | Facebook 


Untuk maklumat lanjut berkenaan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 dan segala produk ViewSonic, yes...sila terjah ViewSonic beramai-ramai di ViewSonic.com/my

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !