Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

31 Jul 2018

HALALBIHALAL: HIMPUNAN TERBESAR MASYARAKAT JAWA


Tempoh hari admin bersama beberapa orang blogger lain dari Malaysia termasuk media Singapura telah memenuhi jemputan majlis Halalbihalal Paguyuban Among Worgo Jowo (Punggowo) ke X yang telah berlansung di Dataran Engku Putri, Batam. Walaupun Batam bukanlah tempat aslinya masyarakat Jawa seperti di kepulauan Jawa, tapi ia dikatakan sebuah majlis himpunan terbesar yang diadakan untuk meraikan masyarakat Jawa dari pelbagai lokasi tempat di seluruh Indonesia termasuk Malaysia.

URIP IKU URUP : HALALBIHALAL PAGUYUBAN AMONG WORGO JOWO (PUNGGOWO) KE 10

Untuk pengetahuan korang, majlis halalbihalal ini bertemakan Urip Iku Urup (dalam bahasa Jawa) yang mana ianya bermaksud, hidup itu harus bermanfaat. Tidak akan bererti hidup seseorang selagi tidak memberi manfaat kepada orang lain.


Ingat semboyan dan petuah tetua masyarakat Suku Jawa "Ngayemi Lan Ngayomono Samining Tumitah, supoyo Urip Iku Urup". Artinya, jadilah kita hidup dengan bermanfaat bagi diri sendiri, dan orang lain. Sehingga akan lebih bermakna dan berkah disisi Allah SWT,"

Majlis ini sudah semestinya dianjurkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim warga tempatan terutama warga Batam asal Suku Jawa di Kota Batam itu. Dan apa yang membanggakan mereka, jumlah keseluruhan pengunjung yang telah mengikuti majlis Halal bihalal tahun 2018 ini adalah sebanyak 162 ribu. Yang mana ianya lebih banyak daripada rekod MURI pada tahun lalu iaitu tahun 2017 dengan jumlah pengunjung 152 ribu orang. *jumlah ratusan ribu ini sudah semestinya jumlah yang cukup besar dan sangat berjaya.

Ki Lurah Penggowo Batam, HM Soerya Respationo berkata, "Pihaknya sangat bangga atas pencapaian dari rekod Muri tersebut. Sehingga patut untuk disyukuri, sebagai bentuk kekompakan masyarakatnya."
Apa yang menariknya, kita dapat melihat berbagai pertunjukkan-pertunjukkan seni tradisional Jawa seperti Reog, Kuda Lumping, tarian-tarian jawa, dan alunan-alunan musik tradisional Jawa yang berasal dari berbagai wilayah Jawa dan Sumatra dari booth-booth yang dibuka di sekitarnya.

Bantengan Maheso Wono

Atas permintaan, kami berpeluang menonton persembahan Turonggo Yakso yang dikatakan dari Trenggalek untuk seketika. Kalau diikutkan, persembahan mereka boleh mengambil masa sehingga beberapa jam. Persembahan Tari Turonggo Yakso ini merupakan kesenian asli Trenggalek yang berbentuk spiritual. 

Turonggo Yakso

Awalnya kesenian ini berasal dari “Baritan” iaitu sebuah ritual yang dilakukan oleh masyarakat daerah Dongko sejak lama. Tari Turonggo Yakso ini menceritakan tentang kemenangan orang kampung dalam mengusir bahaya atau kemurkaan yang menyerang kampung mereka.

Apa yang lebih menarik, semasa menonton persembahan ini secara langsung. Kami dikejutkan dengan pemain alat musiknya disampuk. Perkara ini merupakan perkara yang biasa terjadi dalam persembahan spiritual ini. Ianya tidak terhenti disitu kerana ada juga beberapa orang dari pengunjung juga menerima nasib yang sama.

Bukan hanya persembahan budaya, disini juga pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis makanan asli masyarakat Jawa yang sudah susah untuk ditemui seperti makanan masyarakat jawa dari ratusan tahun yang lepas.

Terima kasih kepada pihak BP Batam kerana telah menjaga dan menaja seluruh perjalanan kami ketika berada di Batam, Indonesia.

20 ulasan:
Write comments
  1. Macam macam pengalaman kita dapat tonton dan saksikan semasa travel kan. best juga meilihat budaya masyarakat tempatan kan. Jauh perjalanan luas pengalaman

    BalasPadam
  2. lorr.. scrol2 nak tgk awak yg menari.. takd plak.. hehehe

    jalan sakan naa.. beat tgk mcm2 budaya org sana kan.. u mimpi tak menari lepas tu..😄

    BalasPadam
  3. Nampak banyak elemen mistik dalam travel ni. Sampai kena sampuk, dah macam kuda kepang pulak. Tradisi ni kalau elok kita ikut. Mana yang tak elok boleh jadikan sempadan. Sebab itu bagus untuk kita pergi mengembara dan belajar dari bangsa lain

    BalasPadam
  4. Seronok dapat ke negara jiran sebab kita boleh lihat kebudayaan mereka yang kita sendiri tak pernah tau akan kewujudannya. .kalau kat sini macam kuda kepanglah kan.. Takut i... Hehe

    BalasPadam
  5. Hoho seramnya memang lemah semangat kalau tengok persembahan macam ni. Tapi dalam masa yang sama kita dapat pengalaman untuk belajar tentang budaya masyarakat lain hee

    BalasPadam
  6. Best nya..x sangka diorg ade buat himpunan mcm ni..bagus ni especially utk anak2 kenal budaya jawa..another new exposure utk diorg

    BalasPadam
  7. memang unik ya budaya di sana. Kira nya perjumpaan ni macam reunion masyarakat Jawa la kan? Seronok dapat tambah pengalaman, lagi seronok awak yang pergi ke sana melihat dengan mata sendiri.

    BalasPadam
  8. Menarik juga tu tariannya sampai ada kena sampuk, Kena upload video penuh nak saksikan betul-betul tariannya

    BalasPadam
  9. Bestnya dapat tengok performance tu live depan mata. Tapi takut sikit lah bila dah start yang ada kena rasuk semua tu. Kalau bawak budak budak lagi payah kot

    BalasPadam
  10. Ui takutnya nak pergi tengok kalau ada kes tersampuk macamni. Mak rela dok kat rumah je dari pergi, dasar jiwa penakut :P

    BalasPadam
  11. Memang agak sedikit takut kalau nak menyaksikan persembahan spiritual macam nie. Kdang tu mcm tertanya2 mcm mna benda tu boleh “kacau” kita. Mungkin sbb kita seru dia kot. Tp sangat menarik utk kita explore budaya mereka

    BalasPadam
  12. Uniknya budaya ni. Walaupun sedikit pelik dengan perkataan dan penggunaannya tetapi ianya tetap menarik

    BalasPadam
  13. Budaya dan adat yang unik. Masa Madi pi tengok tak seram ke? Hehehe. Ruby dulu pernah tengok, tapi tengok kejap je la. Tak sampai hati nak tengok lama-lama.

    BalasPadam
  14. tang 'disampuk' tu yang best tengok kan hehe..ala-ala ulik mayang..

    tq bro kongsikan adat/budaya sebegini..1st time tahu pasal ni..

    BalasPadam
  15. Mcm2 tradisi negara luar dpt kita lihat kan.. Lagi2 kalau dkt indon mcm2 ada... Seronok sbb dpt tau cara2 diorg raikan sesuatu mcm mne yg ikut syarak la.. Teringin nk tgk dkt2...

    BalasPadam
  16. Bestnya sambil melawat negara orang smbil mempelajari adat dan budaya masyarakat Jawa. Teringin sangat nak gi Batam .

    BalasPadam
  17. So much culture to absorb in Batam. Reminds me of Kuda Kepang, somehow, with the dances and costumes. Looks scary also!

    BalasPadam
  18. Uish. Takutnya sebab ada yang kena sampuk. Tapi mesti rasa seronok sebab dapat melihat budaya asing dan mempelajarinya sekali.

    BalasPadam
  19. Pertama kali ke Batam dan merasai sendiri pengalaman yang sebenarnya agak ganjil bagi kita penduduk Malaysia namun setiap adat yang dijalankan mempunyai sebab yang tersendiri... First time tengok kumpulan persembahkan sekali kena rasuk agak seriau tapi bila performance kedua, rasa dah boleh tengok dengan tenang.haha

    BalasPadam
  20. Bahaya tu, siap ada yang kena sampuk. Ada upacara menurun ke dalam persembahan tu

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !