Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

16 Jul 2018

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN


EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB DI LABUAN UNTUK ANDA KUNJUNGI! | Apabila sebut tentang Labuan, pasti ramai diantara kita terfikir apa yang menarik di Labuan. Mengambil masa 2 Jam 30 minit penerbangan dari Kuala Lumpur, sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Wilayah Persekutan Labuan ini. Paling best, Labuan merupakan pulau bebas cukai sejak 1956 lagi. Jadi, mari ikuti dimana tempat yang menarik untuk anda kunjungi di Labuan? 

01 Pulau Layang-Layangan
Pulau Layang-Layangan betul-betul berada ditengah lautan. Untuk ke sana, anda perlu menaiki boat selama 3-5 minit. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini, antaranya bersantai, snorkeling, berenang di sekitarnya, memancing dan banyak lagi aktiviti. Untuk pengetahuan anda, pulau ini juga dikenali sebagai 'Pulau Ular' kerana ia dikatakan tempat ular berteduh pada waktu siang dan muncul pada waktu malam. Tempat yang best untuk bergambar.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Pulau Layang-Layangan atau lebih dikenali dengan "Pulau Ular" oleh penduduk setempat.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Layang Layangan.


02 Pulau Rusukan Besar
Mempunyai keluasan sebesar 14 hektar, Pulau Rusukan Besar memiliki pemandangan yang cantik. Untuk ke Pulau ini, anda hanya perlu naik Boat dalam 7-10 minit. Anda boleh menikmati keindahan pulau ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti diving, snorkeling, scuba diving, camping, melihat keindahan flora dan fauna, kayak dan beberapa aktiviti lain. Selain itu, turut disediakan chalets untuk mereka yang ingin bermalam disitu. Memang best!

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
View dari Pulau Rusukan Besar

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Aktiviti snorkeling di Pulau Rusukan Besar.

03 Pulau Papan
Dengan hanya 5 minit sahaja dari Labuan, anda akan tiba di Pulau Papan yang WAJIB anda terokai di Labuan. Pulau Papan merupakan pulau yang dijaga dan dibangunkan untuk mengekalkan keindahannya. Anda  pasti akan terpukau dengan kecantikann pesisiran pantainya. Pulau ini sesuai untuk mereka yang sukakan keindahan pantai dan mencari tempat untuk relaks. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti menariki 'perahu larai', snorkeling, 'jungle trekking' dan berkelah. Turut disediakan chalets untuk mereka yang ingin bermalam disitu.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
View dari jambatan ke Pulau Papan.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Aktiviti perahu larai yang WAJIB anda cuba.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Rumah Api yang dibina pada zaman jajahan British.


04 Taman Damai Labuan
Peminat sejarah pasti teruja untuk datang ke sini. Taman Damai Labuan ini telah dibina untuk memperingati mereka yang telah berkorban di Pulau Borneo dan di kawasan perairannya semasa Perang Dunia ke-2 dahulu. Pembinaan taman dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Taman Damai Labuan

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Taman Damai Labuan

05 Muzium Labuan
Muzium Labuan yang terletak di tengah pusat bandar ini telah dibuka secara rasminya pada 8 Oktober 2004. Bangunan muzium ini dibina sejak tahun 1950-an lagi semasa pemerintahan British. Anda bakal mengetahui kisah-kisah mengenai sejarah di Wilayah Persekutuan Labuan. 

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Muzium Labuan.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Sejarah Muzium Labuan.


06 Memorial 'World War II'
Memorial 'World War II' atau dipanggil 'Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua' ini terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial ini merupakan tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan. Anda dapat saksikan bagaimana taman ini dijaga dengan baik dan rapi.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Senarai nama pahlawan yang tersungkur semasa Perang Dunia Kedua.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Memorial World War II

07 Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan
Tidak jauh dari pusat bandar Labuan, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan adalah tempat menarik yang anda harus kunjungi. Mula beroperasi pada tahun 2001, kebiasaannya disini berlangsungnya Labuan International Sea Challenge setiap tahun sejak 1997 lagi. Antara acara yang berlansung di komples ini ialah Rolex IGFA International Game Fishing Tournament dan Round Island Kayak Challenge. Selain itu, anda juga boleh melawat ke Muzium Marin.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Salah satu hidupan yang terdapat di Muzium Marin.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Aktiviti pantai yang boleh dilakukan disini.

08 Labuan Chimney
Labuan Chimney merupakan salah satu mercu tanda yang dikenali dan unik di Wilayah Persekutuan Labuan ini. Menara batu merah atau lebih dikenali dengan "punil" ini dipercayai telah dibina sejak 1900 apabila terdapat aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong. Pernah memenangi "Green Apple Award" di London pada tahun 2013 dalam kategori "Built Environment and Architectural Heritage". Kisah sejarah ini boleh dilihat di Muzium Chimney.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Punil yang dibina sejak tahun 1900.

Selain itu, anda akan dapat saksikan keindahan yang tersembunyi disebalik Muzium Chimney ini. Perjalanan mengambil masa sekitar 20-30 minit, anda bakal saksikan keindahan Tanjung Kubong. Paling menarik, terdapat "Gedung Ubat" yang dipercayai tempat penyimpanan peluru tentera Jepun.  Untuk keselamatan anda, sila pakai kasut dan track suit bagi memudahkan anda bergerak ke Tanjung Kubong.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Gedung Ubat.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Suasana sekitar Gedung Ubat.

09 Kampung Air Patau-Patau
Sebuah perkampungan di atas air yang telah dibina sekitar 1930-an ini telah berusia lebih dari 60 tahun. Kampung ini dibina selepas dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Dikatakan ia dibina menggunakan kayu belian sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

EXPLORE LABUAN - 9 TEMPAT WAJIB UNTUK ANDA KUNJUNGI DI LABUAN
Cantik kan?

Ini diantara 9 tempat menarik yang sempat kami terokai di Labuan. Bagi mereka yang tidak pernah ke Labuan, pasti akan jatuh cinta selepas merasai sendiri pengalaman ke tempat-tempat menarik di Wilayah Persekutuan Labuan ini. Terima kasih Gaya Travel untuk trip ke Labuan selama 7 hari 6 Malam di Wilayah Persekutuan Labuan. Tunggu apa lagi? Tempah tiket penerbangan anda dan jom explore Labuan !



1 ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !