Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

15 Nov 2018

PERCUTIAN MENARIK DI BALI INDONESIA


BALI, merupakan sebuah destinasi yang cukup popular bagi mereka yang sedang bercinta dan suami isteri kerana ianya dikatakan sebuah lokasi yang sangat unik dan romantik. Secara geografinya, BALI terletak di antara dua buah Pulau iaitu Pulau Jawa dan Pulau Lombok, dan mempunyai banyak sangat lokasi-lokasi yang menarik yang sangat sensuai bagi mereka yang sukakan seni budaya. Selain dari itu, Bali juga mempunyai banyak restoran-restoran mesra muslim yang menyediakan makanan HALAL.

BEBEK TEPI SAWAH | Bila berbicara mengenai makanan, korang seharusnya cuba untuk rasai sendiri pelbagai menu menarik di Restoran Bebek Tepi Sawah yang terletak di Kuta. Walaupun admin bukanlah penggemar daging itik, tapi tak salah untuk mencuba kan?


Selain dari hidangan bebek ataupun lebih dikenli sebagai itik, restoran ini juga mempunyai pelbagai jenis menu pilihan yang lain seperti ikan, ayam dan sebagainya.

TARIAN KECAK DI ULUWATU TEMPLE | Uluwatu Temple cukup popular dengan persembahan budaya yang dikenli sebagai Tarian Kecak. Walaupun terlalu banyak Tarian Kecak yang dipersembahkan di sekitar Bali, Uluwatu Temple tetap menjadi lokasi utama dan wajib untuk di lawati kerana manya juga menjadi lokali untuk menikmati keindahan sunset.


Tarian Kecak merupakan persembahan teater budaya yang mengisahkan lagenda yang padat dan ringkas tentang bagaimana Sri Rama, iaitu raja Ayodya kindom, cuba menyelamatkan isterinya yang bernama Sita selepas diculik oleh Rahwana. Usaha Sri Rama untuk menemukan semula isterinya berjaya dengan bantuan Hanoman.

Memandangkan tempt duduknya sentiasa penuh, admin nasihatkan supaya korang datang awal untuk beli ticket dan mendapat tempt duduk yang sesuai. Bayaran untuk menyaksikan tarian ini adalah sekitar IDR 100,000.

GARUDA WISNU KENCANA | Balik dari Uluwatu Temple, kami sempat singgah sebentar di tapak tarikan ikonik Garuda Wisnu Kencana (GWK). GWK ni merupakan taman budaya yang memaparkan budaya-budaya Bali dan Indonesia melalui pelbagai persembahan seni dan budaya serta pameran. Memandangkan hari sudah malam, ianya menghadkan pergerakan kami. Apa yang kami data lihat adalah sebahagian sculture Lord Vishnu, yang masih dalam proses pembinaan dan dikatakan akan menjadi ikon Bali bila dah siap nanti. Klik sini untuk lihat peta kawasan GWC.

Sculpture hasil karya salah seorang arkitek terkenal di Indonesia iaitu Nyoman Nuarta ini berketinggian 120 meter dan lebih tinggi dari statue terkenal yang lain seperti Statue of Liberty (New York) dan Christ The Redeemer (Rio de Janeiero).

VINTAGE VOLKSWAGEN JEEP | Kebiasaannya kalau bercuti di Bali sudah semestinya akan sewa kereta dan supir. Kali ni pengalaman admin cukup berbeza kerana berpeluang untuk bersiar-siar sekitar lokasi menarik di Bali dengan menaiki vintage Volkswagen jeep, bukan Kreta brasa ya. Kereta exclusive lama yang tidak berbumbung! Memang menarik.


Perjalanan lebih mud dengan adanya Pak Made sebagai pemandu merangkap supir kami. Untuk cuba aktiviti ini, anda boleh layari www.alamtirtaoutbound.com atau directly contact Pak Made di +6281236266222 (hagre trip pergi dan balik berharga sekitar USD80 untuk satu kereta).

WATER RAFTING DI SUNGAI AYUNG | Jika anda merupakan seorang yang sukakan aktiviti air dan suka adventure, aktiviti water rafting adalah activity yang korang wajib cuba di Bali kerana Sungai Ayung mempunyai aliran sungai yang sangat-sangat la ideal untuk aktiviti ini dan merupakan sungai terpanjang di Bali yang mengalir sepanjang 62.5 KM dan terletak di Desa Payangan, Ubud.

Admin sendiri berpeluang untuk mencuba activiti ini dari base Alam Tirta Outbound. Alam Tirta Outbound merupakan salah satu syarikat berlesan yang menguruskan aktiviti ini. Merdeka ada menyediakan facilities yang cukup lengkap bersama staf yang berpengaaman.


Sesi rafting selama sekitar 2 jam (dalam 10 KM) ini memberikan kami peluang menikmati ketenangan alam semula jadi. Apa yang menariknya, ada lokasi dimana kami berpeluang meligst dinding batu diukir secara unik dan berusia sekitar 40 tahun yang merupakan hasil karya seniman-seniman di Bali. Selain dari itu, kami juga berpeluang lalu kawasan resort-resort mewah termasuklah Ritz Carlton Resort


MAKAN MALAM DIATAS CRUISE | Setelah penat melakukan aktiviti air, pada petangnya kami mengakhiri hari kami dengan menaiki Bali Hai Cruises yang setiap hari memulakan perjalanannya pada pukul 5.30 petang dari Benoa Port dan pusing sekitar Tanjung Benoa. Tujuannya adalah untuk makan malam sambil menyaksikan view matahari terbenam.


Ianya sudah semestinya menjadi lokasi dan activiti penutup kami di Bali yang cukup bermakna.

Harga: IDR 826,000 (dewasa) dan IDR 572,000 (kanak-kanak)

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program 
Fam Trip Wisata Umum Pasar Malaysia Peninsula. 
25-29 Mac 2018, Lombok dan Bali.

14 ulasan:
Write comments
  1. wah.. bestnya dapat pi Bali Indonesia.. Mesti ada macam-macam pemandangan dan pengalaman menarik kat sana kan.. TB belum pernah jejak kaki ke Bali lagi.. Nanti bolehlah jadikan blog Mawardi sebagai rujukan kalau bercadang nak ke Bali.. InsyaAllah kalau Allah izinkan.. Aamiiinn

    BalasPadam
  2. Lama dh x pi Bali..dengarnya dah babanyak attractions kan..ntah bila nak repeat lagi..lama sgt dah..dari zaman blom ada internet lagi akak dh pernah pi..kena ki jugak satu hari nanti insha'Allah

    BalasPadam
  3. Bebek tepi sawah tu memang wajib terjah kalau ke Bali sebab dah banyak masuk tv. Dinner atas cruise tu pun menarik. Semoga ada rezeki kami ke Bali pula.

    BalasPadam
  4. Dari dulu lagi memang suka tgk rkn2 yg share pergi bali sebab pemandangan dan persekitaran kat sana memang lawa. Selalu jadi lokasi pilihan orang ramai untuk bercuti kan

    BalasPadam
  5. Pernah dengar orang cakap tariak kecak tu macam keras sikit. Hahahha, betul ke? Anyway, memang teringin nak pergi honeymoon sekali dekat bali nanti. Angkut anak anak sekali

    BalasPadam
  6. 2 tahun dah siap2 plan nk pergi bali dgn kawan2. Last2 cancel sebab sorg kawan accident otw nk balik rumah.. InshaaAllah kalau xde pape nak pergi bali... Sbb sne best2.. Makanan dia.. Tmpt pelancongan dia..

    BalasPadam
  7. I pegi this place once but bad expeience so tak mau repeat dah. Your trip nampak awesome fun and menarik . Boleh la I try nanti.

    BalasPadam
  8. Dah pernah ke Bali tahun 2015. I rasa dah pergi sini cukup la sekali. Bukan bad experience tapi nak explore indonesia kat tempat lain pula.

    BalasPadam
  9. pernah pergi bali dulu. memangbest dan menarik walapun agak sukar nak makan..tak sangka boleh macam2 aktiviti di bali..semuanya menarik.

    BalasPadam
  10. tiba tiba pula rasa nak eprgi Bali orang kata tempat ni heaven la sebab makanan urutan murah-murah kalau pergi situ rasa macam orang kaya je.. tempat pun very to the nature one. love it ;)

    BalasPadam
  11. Wahh... One of the place I wanna go. Planning planning now. Probably next month going

    BalasPadam
  12. wa so nice trip for you all. I miss Bali too. nice place for single or even family. I would like to bring my fam there one day. the food also nice

    BalasPadam
  13. Sedapnya bebek tu...akak xpernah sampai lagi bali...moga2 terbuka hati nk ke bali nnti..geram gak tgk org pergi tmpt2 cantik kt sana kan

    BalasPadam
  14. Belum merasa ni nak pergi Bali, insyaAllah ada rezeki boleh try semua ni hihi :)

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !