Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

5 Jun 2018

JOM JALAN-JALAN KE MELAKA DENGAN VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

APA YANG MENARIKNYA NEGERI MELAKA? JOM JALAN-JALAN KE MELAKA | Bila sebut aja Melaka, apa yang korang akan fikirkan didalam kepala korang? Tempat bersejarah yang menarik? Makanan yang pelbagai, dan ada saja yang nak viral kan? Ya!! semua yang saya sebut itu ada di Negeri Melaka.

Nak jadi kisah tempoh hari saya dan beberapa orang lagi admin Projek Travel telah bercadang untuk meluangkan masa bersama ke Negeri Melaka memandangkan sudah lama kami tidak bercuti bersama kerana semuanya sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Sungguh kata, memang kami lama tidak keluar bersama bersantai gembira sambil menikmati keindahan alam. Kiranya jalan-jalan ke Negeri Melaka ini adalah suatu idea yang menarik sambil mencari bahan untuk artikel travel kami khususnya untuk bulan puasa ni.

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Rasanya ini adalah pertama kali saya dan yang lain travel di bulan puasa. Selepas segala persiapan mengikut apa yang dicadangkan tempoh hari, admin bergerak dari Bangi menuju ke Cheras untuk menggambil Mawardi Yunus (www.mawardiyunus.com), Moka (www.penaberkala.com) dan juga Potia (www.blogger2u.com) dengan menaik kereta baru admin jenis Volkswagen Golf Sportline 1.4 TSI.

Kenapa saya memilih jentera buatan Jerman ini? Ini kerana bentuknya yang lebih sporty dan lebih elegan sesuai dengan status saya yang masih bujang dan memerlukan kenderaan yang santai untuk kemana-mana. 

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang hal jalan-jalan kami ke Melaka, mari saya kongsikan sedikit sebanyak berkenaan kenderaan bandar (City Car) ini selain ianya jenis kenderaan yang mudah dari semua segi termasuklah ruang parking malah performance kenderaan ini memang sangat hebat. Hehehe. Itu yang saya sangat-sangat titikberatkan.

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Untuk pengetahuan korang, Volkswagen Golf Sportline ni merupakan kenderaan jenis 4 pintu + 1 pintu dibahagian bonet dengan kuasa enjin 1.4 TSI dimana penjimatan pada bahan bakar dengan penambahan turbocharge menjadikan kenderaan ini sebuah kenderaan kompak yang selesa dan sangat hebat dijalan raya. 

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Sebenarnya banyak hal yang menarik tentang kereta Volkswagen Golf Sportline ni menyebabkan saya memilih untuk menjadikan ia sebagai kenderaan kegunaan harian saya. Antaranya adalah sistem medianya. Komposisi sistem media dengan paparan skrin sentuh berwarna dengan berkeluasan 8 inci bersama App-Connect membolehkan korang menghubungkan sistem telefon pintar korang terus kepada sistem media kenderaan ini dengan menggunakan sistem bluetooth selain korang boleh mendengar radio, memainkan CD dan juga mendengar muzik menggunakan pendrive, korang boleh menerima call terus melalui sistem bina dalam didalam kenderaan ini.

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Selain itu sistem pendingin hawa 2 zon Climatronic, dimana sistem ini memberi keselesaan kepada korang yang pemandu dan juga penumpang disebelah untuk mengawal suhu penghawa dingin yang menghadap mereka kepada suhu yang korang inginkan secara berasingan. Jadi korang tidak perlu berebut untuk menentukan suhu yang sesuai untuk korang. Panel masing-masing, jadi tentukan pada suhu mana korang mahukan.

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Bagi korang yang duduk dibelakang, korang tidak perlu gusar dengan keadaan suhu korang kerana dibahagian penumpang belakang juga disediakan penghawa dingin sendiri dan korang boleh mengawal arah kemana yang korang inginkan.

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Selain itu juga kerusi dibahagian belakang juga boleh dijatuhkan sekiranya korang mempunyai barangan yang lebih panjang sehingga tidak mencukupi bahagian ruang belakang. Walaupun kenderaan ini dianggap kompak, tetapi bahagian dalam dia memang tidak meghampakan dan sememangnya berbaloi untuk saya milikinya.

JALAN-JALAN KE MELAKA DENGAN VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Berbalik perancangan saya bersama kawan-kawan untuk merasai pengalaman menyambut Bulan Ramadhan di negeri orang, Volkswagen Golf Sportline ini sangat sesuai dengan jiwa kami berempat dan ianya cukup selesa untuk dibawa travel. *tetibe rasa macam nak jadikan Volkswagen Golf Sportline sebagai kereta rasmi Projek Travel pulak kan. eh

JALAN-JALAN KE MELAKA

Travel berempat sememangnya memerlukan ruang bonet yang luas untuk diisi dengan barang termasuk alatan kamera dan sebagainya. Oleh keranya keluasan bonetnya yang agak besar tu, ianya tidak merumitkan kami. Sememangnya keperluan barangan yang kami bawa mencukupi ruang belakang kenderaan ini. Nampak aja kecil, hakikatnya bahagian bonet belakang kereta ini sememangnya luas.

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Perjalanan kami bermula dari Cheras menuju ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah yang memakan masa lebih kurang 2 jam dari Cheras. Kami memang bercadang untuk gerak lambat kerana masa untuk mengambil kunci untuk homestay penginapan kami disana lebih kurang jam 3 petang. Jadi kami bercadang gerak dari Cheras lebih kurang jam 1 petang.

RESIDENMAS HOMESTAY

Dengan memandu Volkswagen Golf Sportline ini sambil berbual dengan pelbagai cerita, kenderaan ini sememangnya sebuah kenderaan yang memang lancar pemanduannya. Seingat saya, pernah juga cuba menekan minyak sehingga 160km/jam dan ianya sedikit pun tidak bergegar dibahagian stering. 2 jam perjalanan memang tidak terasa dengan pemanduan Volkswagen Golf Sportline ini. Apa yang kekangan bila kita travel dibulan puasa ini adalah kita tidak boleh makan atau minum disiang hari, maka aktiviti makan-makan tidak berlaku sepanjang perjalanan kami ke Melaka. Jadi untuk mengelakkan mengantuk, kami telah lakukan beberapa aktiviti termasuk berkongsi cerita pengalaman berpuasa masa kanak-kanak kami. Oleh kerana terlalu leka bercerita, sedar-tak sedar kami dah sampai di Residenmas Homestay Melaka dimana homestay yang bakal kami inap sepanjang kami di Melaka.

RESIDENMAS HOMESTAY MELAKA

Sesampai je dekat homstay, kami terkejut kerana homestay kami ini sememangnya sangat selesa dan kami berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh pihak homestay. Rupanya homestay yang kami duduki ini memang sangat dekat dengan bandar dan mulalah perancangan kami untuk jalan-jalan pada waktu malam.  Itu pun kalau badan tidak letih. Sementara menunggu waktu berbuka, kami mengambil keputusan untuk merehatkan badan dan melelapkan mata sejenak.

BERBUKA PUASA DI THE SETTLEMENT MELAKA

Lebih kurang jam 5.30 petang, kami mengambil keputusan untuk terus bergerak ke The Settlement Melaka untuk berbuka puasa. Perjalanan ke hotel ini sangat dekat,  hanya mengambil masa 7 minit untuk sampai.

THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Untuk pengetahuan korang, The Settlement Hotel ni pernah memenangi anugerah BEST HOTEL SERVICES : 4 STAR (CITY) sempena malam "Malaysia Tourism Award 2016/2017". Kalau diikutkan ini merupakan kali ke 4 kami ke sini. Dengan berkonsepkan hotel warisan ditengah bandar, mereka telah menyuntik elemen tradisional didalamnya. Siapa sangka didalam kemodenan hotel ini, terdapat rumah lama yang dijadikan villa yang exclusive.

THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

Bila dah jumpa ramai rakan blogger di The Settlement Hotel Melaka ni, memang tak akan sedarlah jam sudah menunjukkan 12 tengah malam. Cadangan untuk meronda-ronda bandar Melaka akhirnya menjadi angan-angan je dan akhirnya kami pulang ke Residenmas Homestay semula untuk berehat.

KUIH KERIA ANTARABANGSA

Bila sebut je makanan viral yang ada di Melaka, sudah pasti Kuih Keria Antarabangsa menjadi antara makanan viral yang akan dicari oleh pengunjung yang datang ke Melaka. Kami juga tidak terkecuali.

KUIH KERIA ANTARABANGSA

Sebenarnya tujuan kami pada awalnya ingin jalan-jalan ke Pantai Klebang sambil boleh mengambil gambar dikawasan sekitar. Tiba-tiba perjalanan kami melintasi gerai Kuih Keria Antarabangsa yang menjadi kegilaan orang ramai. Tengok jam menunjukkan 1.45 tengahari. Terdetik didalam hati "wajar atau tidak untuk berhenti turun dan beli kuih tersebut dikala tengah berpuasa?"

KUIH KERIA ANTARABANGSA

Tapi disebabkan terlalu teringin dan rasanya tidak salah untuk dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur, jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti ditepi jalan dan akhirnya Kuih Keria Antarabangsa ini berjaya dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Yeayy !!

PANTAI KLEBANG MELAKA

Bila sebut Pantai Klebang, saya yakin korang mesti suka singgah kesana kalau datang ke Melaka kan? Kalau dahulu korang boleh terus memandu kekawasan berpasir di Pantai Klebang tu haa. Tapi saya rasa lepas terjadi beberapa isu "mistik" di sana, akhirnya pantai berpasir itu telah dihalang dari segala jenis kenderaan untuk masuk kedalam. 

Sebenarnya dikawasan sekitar Pantai Klebang ini banyak lagi kawasan yang sangat instagrammable dan sesuai untuk korang yang suka bergambar dan ootd. Malah kat sini juga selalu dijadikan lokasi untuk photographer buat photoshoot.

VOLKSWAGEN GOLF SPORTLINE

Tak perlu pergi jauh-jauh ke dalam, kat kawasan luar pun dah cukup menarik untuk dijadikan lokasi ambil gamabr. Seperti contoh gambar kami bersama Volkswagen Golf Sportline ini, kami hanya mengambil gambar ini dikawasan luar sebelum pintu halangan masuk kekawasan bukit pasir. Betul orang kata, Pantai Klebang memang lokasi wajib bagi korang yang jenis kaki gambar untuk bergambar. 

Selesai mengabadikan gambar disini, kami pun terus pulang ke Kuala Lumpur. Walaupun percutian kami agak singkat, tapi masa yang terluang bersama tu lebih penting daripada cuti lama-lama tapi tidak meninggalkan sesuatu yang mendalam. Haaa cengitu. 


PROMOSI DARIPADA VOLKSWAGEN MALAYSIA

Apa pun jentera buatan Jerman ini sememangnya terbaik dan memang hebat dijalan raya.Bagi korang yang masih tercari-cari kereta untuk dibeli, dan berminat untuk memiliki kenderaan Volkswagen Golf Sportline seperti admin ini, korang dah boleh buat tempahan sekarang kerana dengan penurunan GST kepada 0%, harganya telah berkurangan daripada RM155,990 kepada RM146,888. *wowww sangat berkurangan yee dengan penurunan GST kepada 0% yeee. 

Yang lebih menarik, pihak Volkswagen Malaysia ingin meghadiahkan korang Kad Petrol bernilai RM1,188 keatas semua jenis model Volkswagen dan juga ada lagi pemberian istimewa daripada mereka iaitu Program Peyelenggaraan PERCUMA selama 3 tahun selepas pembelian. Haaa nampak tak betapa banyak keistimewaan yang mereka berikan kepada korang yang bercadang-cadang ingin memiliki kenderaan seperti admin ni haaa. 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Volkswagen Malaysia serta promosi yang mereka nak berikan, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


18 ulasan:
Write comments
  1. Wowww pergi jln2 melaka naik volkswagen uols. Kerlas gitu. Rasanya last time emi pergi melaka sekitar 2 tahun lepas. Lama sangat dah tu

    BalasPadam
  2. Gempak betul tau Wolkswagen, sukaaa! Walaupun sporty tapi nampak luas dan sangat selesa dengan kemudahan kat dalamnya. Perjalanan confirm smooth je.

    Btw, nasib tak kena tangkap masa beli kuih keria di siang hari ya..hehehe

    BalasPadam
  3. wowwww...cantik giler kereta baru admin....tp travel time bulan puasa agak mencabar juga kan...lagi2 melaka tu panassss heheh

    BalasPadam
  4. bestnya gi jalan2 naik wksegan ni.. melaka mmg bets.. kuih keria dia sampai lani dok trasa.. memang akna gi lagi melaka pas ni..

    BalasPadam
  5. wow cantiknya kereta ni. Dengan ini, travel juga syok and comfortable. I am loving the colors of the car as well

    BalasPadam
  6. cantiknya kereta tu, dia punya bonet cara nak buka tu memang smart gilos! teringin nak pakai kererta macam ni satu hari nnti

    BalasPadam
  7. Sudah tidak diragukan lagi jalan jalan dengan Volkswagen Golf Sportline pasti nyaman, aman dan seru apalagi dengan teman teman. Melaka memangnkota yang selalu dirindukan untuk dikunjungi kembali sebab sarat dengan nilai sejarah.

    BalasPadam
  8. Volkswagen ni katanya 1.4 liter tapi powernya tinggi lagi. Memang selesa driving guna VW ni. Melaka ni pegi bulan 3 tahun ni. Just before cuti sekolah. Kalau pegi masa cuti sekolah memang kena hadap jam kat bandar melaka.

    BalasPadam
  9. Wakkkkkkk, kalau perempuan yang bawak kereta ni mesti macho habis... Huiiiiii, idaman weh kete gini cuma belum kesampaian lagi,huuuuuuu... Tapi aku tertarik dengan cara buka bonet dia tu weh, smart!

    BalasPadam
  10. Wahh bestnya jenjalan gan keta Volkswagen Golf ni, sesuai untuk korang yang bujang2 ni..nampak bergaya sangat. Sis dah pernah pandu uji keta ni..fuhhh memang best gila..berdezuppp laju dia

    BalasPadam
  11. Pernah idamkan kereta ni suatu ketika dahulu. Suka dengan interior design kereta yang nampak old-skool gitu, tak macam typical kereta zaman sekarang.

    BalasPadam
  12. Fuyoh pergi melaka dengan waksegan..
    Memang cantik bergaya tapi kalau gaji 10ribu pun belum tentu nak beli waksegan ni hahhaha mau tak bulanan seribu gak lah bayar hahahahahaha... kalau ada rezeki nak menang je gaagahahha...

    BalasPadam
  13. Wahhhh bestnya naik volksagen ni...siap pi melaka balik hari ya. Kereta ni sesuai untuk yg x berfamily lagi la bagi akak...kalau da ada anak 2 ni kereta macam.ni boleh jadi sesak dengan cat seats ja.hahhaha
    Akak.dalam process nak survey mpv. Kereta yg ada buat travel dekat2 suamj kata..utk.long term kena cari mpv..volksagen ada mpv yg best2 tak?

    BalasPadam
  14. BesBestya lergi jalan jalan naik volkswagen nih. nampak smart. Mesti best drive volkswagen ni sebab saya dengar kalau terlanggar lubang ke apa hentakan tuh tak terasa sangat kan

    BalasPadam
  15. Ya Allah cantiknya lah kereta2 keluaran Volkswagen nie. Suka design2 dia. Nampak sangat classy. Features dia pulak sangat up to date dan canggih. Tp tulah, harga dia takut kita wakkk

    BalasPadam
  16. vw ni memang jenama kereta yang cukup popular...klu sebut jer jenama ni..org mmg kenal dan its trusted..tapi mmg nampak bergaya dan canggih habis...tak nak beli satu ke madi..alang2 dah mencuba pakailah satu hehehe

    BalasPadam
  17. Uwargghhhh bestnya... yg sy tau volkswagen mmg sgt smooth suspension die ats jalan.. kalau lah boleh merase test drive skali bagus juga..

    BalasPadam
  18. Wow looks like you all had so much fun, such a nice makan and explore trip to Melaka with this car. I am going to Melaka today also.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !