Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

31 Mei 2018

LOKASI MENARIK DI LOMBOK YANG KORANG WAJIB PERGI


LOMBOK, Indonesia semakin popular dan dikenali sebagai lokasi pelancongan yang wajib untuk dikunjungi bagi masyarakat di Malaysia. Mesti ramai diantara pembaca yang tertanya-tanya apa yang menariknya berkenaan dengan LOMBOK ni. Jom admin kongsikan beberapa lokasi yang korang wajib pergi jika ke LOMBOK, Indonesia.

GILI TRAWANGAN & GILI MENO

LOMBOK mempunyai kira-kira 20 buah pulau di sekitarnya, ia termasuklah 3 buah pulau yang popular iaitu Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Admin sendiri berkesempatan menjejakkan kaki di 2 buah pulau iaitu Gili Trawangan dan Gili Meno. Antara kedua-dua pulau  Gili Trawangan dan Gili Meno ini, ianya sudah semestinya mempunyai perbezaan dan kelebihan masing masing.

Sunrise di Gili Trawangan

Apa yang boleh saya katakan, Gili Trawangan merupakan lokasi yang agak sibuk kerana ada pembangunan dan Gili Meno pula lebih kepada privasi. Walaubagaimanapun, kedua-dua lokasi ini bebas dari kenderaan bermotor seperti kereta. Ini kerana, mereka menjadikan cidomo (kenderaan berkuda) sebagai kenderaan utama mereka untuk bergerak dan mengangkut barang.


Gili Meno ni juga merupakan spot terbaik untuk diving dan snorkeling. Malah apa yang menariknya, disini ada diletakkan 48 buah patung manusia. Patung-patung hasil karya Jason DeCaires Taylor (underwater sculptor) ini dikatakan bertujuan untuk membantu usaha dalam memulihara habitat hidupan-hidupan laut di sini.

TANJUNG AAN


Tanjung Aan merupakan lokasi menarik yang berada di kawasan Mandalika, Lombok Tengah. Suasana kat sini sangat cantik dan banyak aktiviti air yang korang boleh lakukan. Antaranya surfing, snorkeling, swimming dan relaxing by the beach. 



Seriously, Environment kat sini memang sangat tenang. Rezeki pulak semasa admin kesini memang tak ramai pengunjung. Mungkin masa kami sampai tu waktu tengahari dan cuaca agak panas. Selain dari kawasan sekitar yang sangat cantik untuk bergambar, korang juga boleh menikmati pemandangan lebih cantik diatas bukit kecil yang ada berdekatan. Tak perlu panjat bukit tinggi sangat pun, tak sampai 5 minit dah sampai atas.

BUKIT MERESE


Tak jauh dari Tanjung Aan, korang boleh ke salu lagi lokasi menarik yang sangat cantik. Tapi kali ni korang kena mendaki bukit sikit. Tak perlu risau kerana ianya bukan bukit yang curam dan tinggi pun. Korang hanya perlu berjalan sekitar dalam 7-10 minit je macamtu untuk sampai ke observation point.



Pemandangan kat atas tu memang dah macam kat New Zealand dah rasa. Memang cantik sangat, sayang kami tak banyak masa nak luangkan di sini. Insyaallah lain kalai kalau ke LOMBOK lagi mesti akan datang ke sini lagi.

SASAK ENDE VILLAGE


Kalau ke LOMBOK tak sah kalau tak ziarah dan mengenali budaya asal kaum asli mereka kan. Kaum Sasak merupakan komuniti terbesar yang ada di LOMBOK. Selain korang dapat melihat bagaimana senibina rumah mereka yang unik, korang juga berpeluang untuk menyaksikan beberapa persembahan dari orang tempatan di sini selain itu beramah mesra dengan mereka dan belajar lebih lagi tentang budaya mereka.


Apa yang uniknya yang admin nak kongsikan dengan korang, lantai rumah mereka disalut dengan menggunakan najis lembu, alasan mereka adalah untuk menjadikan struktur rumah lebih kuat dan juga dikatakan boleh halau nyamuk. Tapi, ianya sama sekali tidak berbau busuk. pelik bukan?

Itulah beberapa lokasi yang admin nak kongsikan dengan korang semua. Lokasi ni memang wajib korang pergi kalau ke LOMBOK. Terima kasih.

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program 
Fam Trip Wisata Umum Pasar Malaysia Peninsula. 
25-29 Mac 2018, Lombok dan Bali.

1 ulasan:
Write comments
  1. Paling suka Bukit Merese tu. Subhanallah sangat pemandangan dia. T_T

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !