Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

14 Mei 2018

BUFFET RAMADAN 2018 DORSETT GRAND SUBANG

Bulan Ramadan sudah hampir tiba, bulan dimana ianya sangat dinanti-nanti oleh seluruh umat islam. Puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat". Bukan sekadar itu umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.


Apabila munculnya bulan Ramadan, maka sudah terbiasa dengan amalan berbuka puasa beramai-ramai. Tidak kiralah bersama keluarga, rakan serumah ataupun rakan sepejabat. Jadi, buffet ramadan akan menjadi pilihan kerana ianya mudah dan sesuai untuk semua orang. Oleh kerana itu, untuk artikel kali ni, admin nak kongsikan dengan anda tentang pakej buffet berbuka puasa di Hotel Dorsett Grand Subang.

BUFFET RAMADAN DORSETT GRAND SUBANG

Buffet Ramadan di Hotel Dorsett Grand Subang pada tahun ini bertemakan Citarasa Ramadan. Mereka bakal menyajikan makanan yang akan menggamit memori dan mengembalikan nostalgia seperti berbuka puasa di kampung halaman. Tapi korang tidak perlu risau kerana mereka tidak hanya menfokuskan pada makanan kampung sahaja, kerana mereka juga ada pelbagai jenis menu lain juga.


Buffet ramadan cukup sinonim dengan menu Kambing Panggang. Oleh sebab yang demikian, pihak hotel juga turut menyedikan menu Kambing Panggang ini khas dalam senarai menu buffet ramadan mereka. Hidangan Kambing Panggang yang diperap dengan rempah rahsia ini boleh dimakan bersama dengan Mandy Rice, Nasi Briyani Gam Kambing, Ayam atau Daging, Aromatic Steamed Red Pomfret atau Seabass, dan juga Sup Gear Box bersama roti benggala.


Bagi korang yang gilakan Menu Sup Gear Box, admin sangat syorkan kepada korang untuk cuba menu Sup Gear Box di sini. Kami sendiri menambah lebih dari sekali. Memang power betul!! Tapi jaga-jaga, tengok tahap kesihatan anda dulu. hehehe.


Selain itu, mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis menu dan lauk pauk lain seperti Sambal Ikan Goreng, Sotong Percik, Kambing Tumis Bersama Halia, Masak Lemak Udang, Asam Pedas Tetel, dan macam-macam lagi. Menu-menu ini juga akan lengkap dengan pelbagai pilihan kerabu ikan masin, telur masin, ulam-ulaman dan juga sambal belacan.


Bagi penggemar masakan panas,  korang juga boleh menikmati hidangan panas dan bakar seperti Char Kuey Teow goreng yang digoreng secara 'live', seleksi ikan bakar, ayam dan ketam bakar. Selain itu, menu satay ayam dan daging juga ada. Kalau ada yang suka makanan berkuah, boleh ke Noodle Station.



Sebagai penutup hidangan korang, jangan lupa untuk cuba pelbagai jenis hidangan desserts yang sangat sedap. Ada pelbagai jenis kek, puding dan macam-macam lah. Kuih muih melayu sudah semestinya ada termasuk bubur, badak berendam dan macam-macam lagi.


Nak sejukkan badan pun boleh. Banyak pilihan aiskrim, yang diorang tawarkan. Tapi kalau nak adventure sikit, cuba la ambik aiskrim dari sorang abang berpakaian ala turkish ni. Ha, berani ke? Ada 4 perisa kesemuanya, paling best ada perisa durian, selebihnya perisa vanila, strawberry dan coklat.


Ha, macam mana? tergoda tak dengan menu-menu yang ada kat sini. Bayangkan suasana berbuka puasa yang meriah sambil diiringi dengan dendangan muzik dan alunan irama yang mengasyikkan dari kumpulan Sri Kenchana Ghazal. Memang best!! Jadi bagi korang yang berada di sekitar Subang Jaya ataupun Kuala Lumpur dan sekitarnya, bolehlah memilih Hotel Dorsett Grand Subang sebagai lokasi berbuka berpuasa nanti. Untuk info mengenai harga boleh rujuk di bawah.


Harga Buffet Ramadhan 2018 Hotel Dorsett Grand Subang

Terazza Brasserie :
RM165 nett dewasa 
RM83 nett kanak-kanak
RM132 nett warga tua

Melati Room :
RM155 nett dewasa 
RM78 nett kanak-kanak
RM124 nett warga tua

Early Bird Booking :
25% off
(sehingga 16 Mei 2018)

Group Booking :
RM113 nett/adult 
(30 pax & above)

Tarikh buffet ramadhan : 
16 May - 14 June 2018

Alamat: 
Dorsett Grand Subang
Jalan SS12/1
47500 Subang Jaya
Selangor

Untuk tempahan boleh hubungi : 
03-50316060 atau email bookfnb.subang@dorsetthotels.com

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !