Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

25 Apr 2018

GILI TRAWANGAN : PERCUTIAN MENARIK DI LOMBOK INDONESIA


LOMBOK, Indonesia sudah tidak terlalu asing bagi kaki travel khususnya di Malaysia ni. Selain dari beberapa tempat popular di Indonesia, LOMBOK juga sudah menjadi salah satu destinasi wajib pergi bagi mereka yang sukakan percutian pulau.

LOMBOK

Sedikit maklumat mengenai LOMBOK, untuk pengetahuan anda; perkataan LOMBOK itu sendiri dalam bahasa Indonesia bermaksud cili atau cabai dan ia terletak di bahagian Nusa Tenggara Barat. LOMBOK digelar sebagai pulau 1,000 masjid kerana mempunyai banyak masjid dan 85 peratus penduduknya merupakan penganut agama Islam.


Populasinya lebih empat juta orang dan memiliki keindahan alam semula jadi pelbagai iaitu kawasan pergunungan seperti Gunung Rinjani (3,726 meter) hingga ke lautan dan ada kira-kira 20 pulau di sekitarnya dengan yang popular adalah Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.

1.0 GILI TRAWANGAN

Gili Trawangan merupakan lokasi wajib jejak jika berkeunjung ke bumi LOMBOK. Ia merupakan pulau yang terbesar dari ketiga pulau kecil atau gili yang terdapat di sebelah barat laut LOMBOK. Untuk ke Gili Trawangan, kami telah menaiki bot laju yang hanya memakan masa 10-15 minit dari Telok Kombal ke jeti Vila Ombak Hotel, dimana penginapan yang bakal kami inap untuk 2 malam ketika di sini.

1.1 Keindahan Saat Matahari Terbit / Terbenam


Apa yang lebih menarik dari dapat menikmati keindahan saat matahari terbit dan terbenam di sini. Berbaloi untuk anda bangun seawal 5.30 pagi semata-mata untuk menikmati keindahan matahari terbit betul-betul di hadapan Vila Ombak Hotel.



Lihat sendiri dengan mata kasar anda, lapisan warna langit semulajadi yang cukup memukau.

1.2 Bebas Dari Kenderaan Bermotor

Aneh !! dari hari pertama sampai hingga hari terakhir admin disini, tidak terlihat satupun kenderaan bermotor seperti kereta apatah lagi bas atau lori. Ianya mungkin aneh untuk kita, tapi tidak untuk masyarakat setempat kerana ini adalah peraturan mereka. Suasana di Gili Trawangan lebih sibuk dengan cidomo (kenderaan berkuda) bergerak ke sana ke mari mengangkut orang dan barang, selain ramai pelancong berbasikal.

1.3 Pantai Yang Bersih dan Air Yang Jernih


Kebersihan pantainya sangat boleh dipuji. Tidak hanya itu, pasir pantai yang halus dan putih, air di pantai yang jernih boleh membuatkan sesiapa saja terus ke bibir pantai tanpa berfikir berkali-kali. Sayang jika tidak diambil peluang yang ada untuk menikmati kejernihan air dan keindahan dasarnya.

1.4 Lokasi Yang Instagramable



"Demi sekeping gambar Instagram", inilah yang biasa kita dengar dari penggemar media social Instagram. Zaman sekarang ni siapa yang tiada aplikasi Instagram kan? Malah ada diantara mereka menjadikan Instagram sebagai punca pendapatan. Memiliki profile instagram dengan photo-photo yang cantik dan menarik sudah semestinya mengundang followers dan like yang tinggi.


Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar terutamanya di lokasi buaian yang menjadi landmark kepada Gili Trawangan itu sendiri. Dapatkan shoot yang terbaik dan kongsi ke Instagram anda.

1.5 Makan Malam Romantik 'by The Sea'


Bagi mereka yang datang bersama pasangan untuk berbulan madu, jangan lepaskan peluang yang ada untuk menikmati pengalaman 'Dinner by The Sea' yang cukup indah. Terlalu banyak restoran yang di sepanjang pantai yang menawarkan perkhidmatan ini. Apa yang anda dan pasangan boleh buat hanya pilih dan nikmati makan malam korang dengan penuh romantik.


Nantikan sambungan artikel berkenaan PERCUTIAN MENARIK DI LOMBOK INDONESIA.

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program 
Fam Trip Wisata Umum Pasar Malaysia Peninsula. 
25-29 Mac 2018, Lombok dan Bali.




21 ulasan:
Write comments
  1. Saya dulu suka sangat tengok sinetron tapi tak pernah tahu pulak lombok tu apa. Baru tahu lombok tu cili. Pernah dengar nama tempat ni. Nampak macam seronok. Bestnya dapat naik kenderaan kuda n dapat main buaian n selfie kat Gili Trawangan. Hehehe. :)

    BalasPadam
  2. wahh bestnyer..cantik tempatnya.. ntah bile nak sampai nih..ekekek

    BalasPadam
  3. Nina belum pernah sampai Lombok. Dok dengar citer best cantik jer. ... Tengok sini memang cantik giler view nya.. . Tergoda sudaa

    BalasPadam
  4. Best kan Gili Trawangan..akak dah pi..dan kalau boleh nak repeat lagi..tak puas sebab masa akak pergi tak sempat ke buaian tu...rugi part tu je...yang lain memang pemandangan cantik sangat...

    BalasPadam
  5. Whahaha, lombok emang paling best untuk pantai di Indonesia. Saya sering liburan kesana sama pacar saya :D Wajib bawa kamera deh, nyesel kalo ngga foto-foto disana :D

    BalasPadam
  6. tak pernah lagi kaki jejak lombok ni, kalau ada rezeki terlajak dan masa mengizinkan teringin nak singgah lombok akan datang... doa lah kami sekeluarga dapat melihat dan meyaksikan keindahan lautan biru di lombok ni

    BalasPadam
  7. lombok. wow, indahnya.
    pernah ofis buat satu lawatan ke sana.
    ramah mesra dgn jabatan kastam sana.
    tak dpt gi, mawardi.
    frust!

    BalasPadam
  8. Bestnya dapat pergi Lombok. Permandangan dengan pantai nya pon sangat memukau.
    Gambar pon semua cantik-cantik.

    BalasPadam
  9. Teringin nak bergambar kat buaian di Gili Trawangan tepi pantai tu. Cantiknya gambar matahari terbenam. Kalau bergambar bersama yang tersayang best sangat. Romantik...

    BalasPadam
  10. eh awak, dah jadi warga lombok dah sekarang? cantiklah pantai dia, nanti anak Mak dah besar, Mak nak backpacker ah dekat sini. Elak tak nak balik je ni.

    BalasPadam
  11. Kawan kawan blogger Malaysia, main mainlah ke Indonsia. Bukan hanya di lombok loh tp bagian tengah indonesia juga ada. Pulau Samalona. Hanya sekali flight from KL 😁

    BalasPadam
  12. Waduh waduh cantiknya lombok. Banyaknkawasan scene di mmg cantik dan menarik blh berselfie sampai lenjan hehe

    BalasPadam
  13. lombok ni banyak benda best. pantai pun lawa. mesti banyak idea utk nak ambik gambar

    BalasPadam
  14. Allahu.. Jelesnya!! Tak pernah sampai ke Lombok lagi. Bilalah sampai peluang itu. Apapun Lombok tanpa syak lagi memang cukup cantik. Heavenly!

    BalasPadam
  15. Perghh, permandangan di Lomb OK ni memang super duper cantik. Teringin betul untuk ke Lombok, satu destinasi percutian yang perlu ditujui

    BalasPadam
  16. Tengok gambar ni semua kita dah rindu dengan Lombok. Lagi-lagi Gili Trawangan. Harap sangat dapat pergi sana lagi. Jatuh hati dengan laut dan pantai kat sana.

    BalasPadam
  17. Ini merupakan satu hasutan besar untuk orang yang tak sampai ke Lombok lagi. Kenapa lombok sangat cantik?? Oh tergugat iman kejap tgk gambar2 tu semua.

    BalasPadam
  18. This is always in my checklist but still haven't go yet. Look nice still ya that place....

    Only can manage next year because this year dah plan other countries.

    BalasPadam
  19. Cantik ok lombok ni
    Tapi ntah bila la akak nak sampai ni
    Banyak sangat wishlist ni

    BalasPadam
  20. LOMBOK ni memang ada dalam Vision Board saya. alahai jelesnya tengok org dh sampai. Kalau ke sana cukup ke 3 hari? saya ni plan nak ke sana 5 hari, nak santai2 utk menikmati momen pulau nih. hehe...

    BalasPadam
  21. Saya plan nak ke lombok..Ada contact number supir yang bagus x?

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !