Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

13 Nov 2017

KENALI NOMBOR KOD PADA MYKAD ANDA

NOMBOR KOD PADA MYKAD ANDA

KENALI NOMBOR KOD PADA MYKAD ANDA | Setiap seorang daripada rakyat Malaysia yang sudah mencapai umur 12 tahun diwajibkan untuk memilik MyKad dimana kad ini adalah kad identiti bagi setiap orang yang menjadi warga negara Malaysia. 

Tapi tahukah anda nombor yang ada pada tengah-tengah nombor kad pengenalan anda mewakili makna apa? Meh sini admin kongsikan apa makna nombor yang ada ditengah-tengah nombor kad pengenalan korang. 

NOMBOR KOD PADA MYKAD ANDA

Untuk pengetahuan korang. sejak tahun 1990, setiap warganegara Malaysia akan diberikan satu set nombor 12 digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

Untuk senarai digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik kad pengenalan. Manakala senarai digit kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, dimana 01-13 adalah untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. 

Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. 

Terakhir, senarai digit (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Jadi korang tidak boleh memilih nombor yang akan tertera pada MyKad masing-masing. 

Untuk membezakan di antara pemegang MyKad itu adalah lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki

Jadi sekarang korang sudah tau apa yang dimaksudkan untuk setiap nombor yang tertera pada MyKad korang kan. Semoga perkongsian admin ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dimasa hadapan. 

TERIMA KASIH

2 ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !