Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

25 Sep 2017

TONTON THE LEGO NINJAGO MOVIE 2017 DI PAWAGAM SEKARANG


Tidak dinafikan ramai di kalangan rakyat Malaysia sendiri merupakan pengumpul produk LEGO. Apa yang menariknya, LEGO bukan sahaja mempunyai peminat dari lingkungan umur kanak-kanak sahaja. Malah, ada diantara peminat mereka dari golongan professional yang sanggup mengeluarkan sehingga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki produk-produk ekslusive keluaran LEGO sendiri. *kata mereka harga lego tak akan jatuh seperti permainan lain, nak-nak pula untuk koleksi yang rare.

THE LEGO NINJAGO MOVIE 2017

Selain dari produk Lego yang exclusive, mereka juga turut menghasilkan movie lego yang cukup menarik dan penuh nilai murni. Pada bulan September 2017 ini, THE LEGO NINJAGO MOVIE 2017 telah di tayangkan di seluruh pawagam di Malaysia.


SINOPSIS | Filem The Lego Ninjago Movie 2017 menceritakan tentang enam ninja muda bernama Lloyd, Jay, Kai, Cole, Zane dan Nya yang dipimpin oleh sifu kungfu iaitu Master Wu yang bertujuan untuk mempertahankan tempat tinggal mereka iaitu di Pulau Ninjago.


Pada malam hari mereka adalah pejuang hebat dan berbakat, menggunakan keterampilan mereka sebagai ninja untuk melawan kuasa jahat dan monster dan sangat dikahumi seluruh rakyat di Pulau Ninjago. Namun pada siang hari, mereka merupakan remaja biasa yang menjalani kehidupan harian sebagai budak sekolah.


Dalam pertempuan di Pulau Ninjago, masyarakat Ninjago memerlukan bantuan dari Llyod atau si ninja hijau (watak utama) dan teman-temannya yang merupakan pejuang dan LEGO Master Builders. Dipimpin oleh legenda kungfu bernama Master Wu mereka harus menghadapi Garmadon seorang penjahat yang mempunyai gelaran sebagai The Worst Guy Ever dan merupakan ayah kepada hero mereka iaitu Llyod. Walaubagaimanapun, hubungan ini hanya diketahui oleh Llyod, ibunya dan kawan-kawannya sahaja.  Garmadon sendiri tidak mengetahui tentang siapakah Si Ninja Hijau sebenarnya.


Selain dari membawa kisah kekeluargaan dengan menyajikan kisah pertarungan anak beranak, kisah ayah menghadapi anaknya. cerita Filem ini juga menguji kebersamaan sekumpulan ninja yang harus mengenepikan ego masing-masing untuk mendapatkan kekuatan mereka sepenuhnya dan pelbagai nilai-nilai murni lain.






p/s : Bawa anak-amak korang untuk berhibur dengan THE LEGO NINJAGO MOVIE 2017 di pawangan terdekat dengan korang sekarang. Percayalah, ianya bukanlah sebuah filem kartoon yang sia-sia kerana ianya penuh dengan nilai murni yang perlu untuk kanak-kanak pelajari.

1 ulasan:
Write comments
  1. eh tak tengok lagi. nak ajak adik pergi tengok nanti

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !