Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

22 Mei 2017

V E HOTEL & RESIDENCE BANGSAR SOUTH, KUALA LUMPUR


Bagi mereka yang tinggal di Bangsar atau bekerja di sekitar Bangsar South, pasti akan kagum dengan sebuah bangunan yang berdiri megah brtul-betul berhadapan dengan Bangsar South iaitu V E Hotel & Residence.

sekitar ruangan lobi V E Hotel & Residence
Dari luar lagi ia sudah menampakkan konsep modern & luxury yang sangat cantik dan mengujakan. Ruangan lobinya juga sangat luas dan mempunyai banyak spot untuk duduk dan lepak santai sementara menunggu waktu daftar masuk. 

Two bedroom Executive
Selain dari menawarkan unit Hotel, V E Hotel & Residence juga mempunyai 2 jenis unit serviced apartment yang boleh disewa iaitu One bedroom Executive dan Two bedroom Executive. Kami sendiri dari team projek travel telah berpeluang untuk stay bermalam di unit serviced apartment mereka yang mempunyai 2 bilik iaitu Two bedroom Executive. Mempunyai 337 bilik hotel dan 95 buah serviced apartment yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. 


Setiap bilik di serviced apartment yang kami stay ini adalah berhawa dingin lengkap dengan katil saiz king bersama televisyen dan meja kerja yang simple. 3 bilik air - dalam bilik setiap satu dan diluar bilik. Selain itu, terdapat juga partisyen yang mana dilengkapi pulak dengan alatan macam pengering rambut, set seterika, hanger, meja solek dan peti keselamatan.

Two bedroom Executive ni mempunyai 3 bilik air iaitu didalam bilik setiap satu dan 1 diluar bilik. Selain itu, terdapat juga partisyen yang mana dilengkapi pulak dengan alatan seperti pengering rambut, seterika, hanger, meja solek, peti keselamatan dan lain-lain.


V E Hotel & Residence juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain yang boleh korang nikmati sevara percuma jika menjadi tetamu in house mereka. Antara kemudahan yang paling korang tak boleh lepaskan adalah kolam renang infiniti mereka yang pastinya cukup cantik dan bersih. Dari sini korang boleh melihat keindahan sekitar Bangsar South dari tingkat tinggi.


Selain dari itu, kemudahan gimnasium yang dibuka 24 jam sehari sangat memudahkan pengguna mereka. Kemudahan Spa dan Bilik Sauna juga turut tersedia untuk pelanggan yang ingin memanjakan diri di tengah kota.

Antara senarai kemudahan yang ada di V E Hotel & Residence untuk kegunaan pelanggan yang menginap adalah seperti berikut:
  • 24 Jam gimnasium, sauna & bilik persalinan
  • Concierge 24-jam
  • Sarapan pagi percuma di The Straits Estate
  • Akses WiFi percuma
  • Tempat letak kereta percuma
  • Gymnasium kolam renang infiniti & kolam renang untuk kanak-kanak
  • Santapan di dalam bilik
  • Kemudahan mesyuarat dan acara menampung sehingga 2,000 tetamu
  • Bar tepi kolam
  • Anju Spa
  • Servis ulang-alik dalam kawasan Bangsar South
Harga untuk Serviced Apartment adalah seperti berikut :
  • One bedroom Executive : RM392+ per night
  • Two bedroom Executive : RM488+ per night
Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan V E Hotel & Residence , boleh rujuk laman media sosial seperti instagram dan facebook ataupun hubungi nombor dan emel yang tertera.

Alamat:
V E Hotel & Residence,
Bangsar South City,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon:
+603 2246 2888

Laman Web:

E-mel:
info@vehotel.com

Facebook:

Instagram:

Berikut merupakan artikel pengalaman beberapa orang blogger yang pernah menginap di V E Hotel & Residence ni.

Hasif Hamsyari : PENGINAPAN URBAN DI BANGSAR

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !