Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

2 Ogo 2017

PERINGATAN UNTUK PROSES CHECK-IN LUGGAGE AIRASIA

Kesinambungan kepada artikel perkongsian tentang Cara-cara Check In di Kiosk AirAsia, kali ini kami di Projek Travel sangat berbesar hati untuk berkongsi pula tentang cara-cara check-in luggage di kaunter AirAsia. Nampak simple, nampak mudah, tapi percayalah masih ada lagi orang ramai di luar sana yang sedang tercari-cari informasi sebegini. Semoga dengan perkongsian kali ini, sedikit-sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk membuat persediaan sebaiknya sebelum tiba di airport.


Self Check-In 14 days before your departure 

Check-in 14 days before your departure via website airasia.com or mobile at m.airasia.com






Untuk mengelakkan sebarang masalah, anda dinasihatkan untuk check-in di website atau mobile terlebih dahulu sebelum ke airport. Urusan check-in secara online boleh dilakukan 14 hari sebelum tarikh penerbangan. Alternatif lain, anda boleh check-in menggunakan aplikasi AirAsia ataupun kiosk AirAsia selewat-lewatnya 1-2 jam sebelum penerbangan.





Untuk urusan check-in di kaunter, korang boleh get-ready di airport 3 jam sebelum penerbangan ataupun selewat-lewatnya 1 jam sebelum penerbangan (international) dan 45 minit sebelum penerbangan (domestik). Biasanya, kalau korang dah beli siap-siap untuk check-in luggage, memang dinasihatkan datang awal ke airport. Expect the unexpected! Kadang-kadang queue di kaunter drop bagasi terlalu panjang dan memakan masa. So, better datang awal!


Check-in counters (International Flights)

Open: 
3 hours before the scheduled time of departure

Close: 
1 hour before the scheduled time of departure


Check-in counters (Domestic Flights)

Open: 
2 hours before the scheduled time of departure

Close (KLIA2): 
1 hour before the scheduled time of departure

Close (other airports): 
45 minutes before the scheduled time of departure





Selepas polisi bagasi dikuatkuasakan iaitu hand-carry luggage mestilah mengikut saiz yang ditetapkan dan tidak boleh melebihi berat 7kg, korang dinasihatkan untuk tempah servis luggage untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Kalau rasa muatan melebihi had tu, lebih baik book luggage. Pre-book untuk check-in luggage sememangnya akan menjimatkan masa dan wang berbanding pembelian on the spot di kaunter. 


TIPS:
  1. Berat luggage tidak boleh melebihi had yang telah ditetapkan (20KG, 25KG, etc)
  2. Penumpang tidak boleh berkongsi untuk check-in luggage dengan penumpang lain melainkan mempunyaI nombor booking tiket yang sama


Baggage drop counters (International Flights)

Open: 
3 hours before the scheduled time of departure

Close: 
1 hour before the scheduled time of departure



Baggage drop counters (Domestic Flights)

Open: 
2 hours before the scheduled time of departure

Close (klia2): 
1 hour before the scheduled time of departure

Close (other airports): 
45 minutes before the scheduled time of departure


Peringatan! Sila datang awal ke airport kalau korang perlu check-in luggage di kaunter. Kaunter check-in akan dibuka seawal 3 jam sebelum penerbangan (international) dan 2 jam sebelum penerbangan (domestik). Kaunter check-in akan ditutup 1 jam sebelum penerbangan (international) dan 45 minit sebelum penerbangan (domestik). Waktu operasi kaunter di airport mungkin berbeza mengikut tempat. 



TIPS:
  1. Semua cecair melebihi 100ml perlu diletakkan dalam bagasi untuk check-in. Hanya cecair yang kurang 100ml dibenarkan untuk dibawa dalam hand-carry luggage
  2. Power bank tidak dibenarkan disimpan dalam luggage untuk check-in. Boleh dibawa bersama dalam hand-carry bag.
  3. Sebarang peralatan tajam seperti garfu, pisau, gunting dan sebagainya tidak dibenarkan untuk dibawa bersama dalam hand-carry bag.


Akhir sekali, selepas selesai urusan check-in, print boarding pass, check-in luggage dan sebagainya, sila pastikan anda berada di boarding gate selewat-lewatnya 20 minit sebelum penerbangan. Kelewatan anda berbuat demikian membolehkan pihak airlines untuk membatalkan penerbangan anda. Jadi, sama-sama kita beringat sebelum terkena!


Ke mana destinasi percutian anda itu tidak penting. Yang penting, anda tidak tertinggal flight dan tidak mengalami sebarang kesulitan di airport. Sesungguhnya, segala kesulitan itu amat dikesali. Pesanan khidmat nasihat ini dibawakan khas oleh Projek Travel dan AirAsia. Selamat bercuti!

Tiada ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !