Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ Selamat Berpuasa Kepada Muslimin & Muslimat !

28 Ogo 2017

KENAPA PEMENANG SUKAN SEA 2017 DIHADIAHKAN ANAK POKOK?

KENAPA PEMENANG SUKAN SEA 2017 DIHADIAHKAN ANAK POKOK? | SUKAN Asia Tenggara (SEA), temasya sukan dwi-tahunan membabitkan 11 negara Asean. Sukan ini dikendalikan Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Asalnya, Sukan SEA dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Tujuan Sukan SEA menggalakkan kerjasama, persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara rantau Asia Tenggara.

KENAPA PEMENANG SUKAN SEA 2017 DIHADIAHKAN ANAK POKOK?
Program yang dinamakan Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree) menyaksikan semua atlet meraih pingat emas, perak dan gangsa akan diberikan satu anak pokok.

Pada temasya sukan dwi tahunan kali ini, Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA 2017 melakukan satu perkara di luar kebiasaan dengan menghadiahkan bakul berisi anak pokok kepada pemenang pingat.

Sebelum ini, sudah menjadi kebiasaan untuk pemenang sesebuah temasya sukan di seluruh dunia untuk diberikan pingat kemenangan dan patung maskot sebagai tanda kenang-kenangan.

Anak pokok menjadi kelainan yang dipersembahkan oleh negara kita bagi menyemarakan kempen Green Games dalam penganjuran temasya kali ini.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, ramai yang cuba meneka apakah jenis anak pokok yang diberikan malah bergurau dengan menamakannya pelbagai spesies.

Program yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)’ menyaksikan semua atlet meraih pingat emas, perak dan gangsa akan diberikan satu anak pokok.

Pihak penganjur menyediakan sejumlah 5,249 anak pokok dengan setiap pingat emas dimenangi atlet Malaysia sahaja dan akan ditanam selepas tamatnya temasya sukan ini di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

"Kelainan dilakukan ini bertujuan untuk mengimbangi karbon yang dilepaskan sepanjang temasya itu berlangsung dan meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti.

“Bagi menjayakan program ini, Landskap Malaysia telah dilantik menjadi Rakan Inisiatif Hijau.

"Mengikut perancangan penganjur, anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat,” kata Fahmi Omar selaku Pegawai Eksekutif Media Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (Masoc).

Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan bahawa sebanyak tiga jenis anak pokok disediakan untuk pemenang pingat dalam temasya tersebut.

Tiga jenis anak pokok tersebut ialah syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).

Sumber: Utusan Online, Majlis Sukan Negara Malaysia, astroawani.com

3 ulasan:
Write comments
  1. Bagus juga idea pemberian pokok. Tapi semoga setiap atlet yang mendapatnya will put a use of it by tanam and nurture it.

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam
  2. Meriah laa dengan pokok2 nnti ek

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !