Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

10 Ogo 2017

5 TIPS SENTIASA BERTENAGA DAN SIHAT APABILA BERCUTI


5 TIPS SENTIASA BERTENAGA DAN SIHAT APABILA BERCUTI | Admin sangat yakin, bercuti bersama rakan atau keluarga adalah sesuatu yang sangat berharga untuk semua. Apabila bercuti, benda yang paling penting adalah kesihatan diri supaya kekal sihat dan bertenaga sepanjang percutian korang.

Disenaraikan 5 tips sentiasa bertenaga dan sihat apabila bercuti. 


CUKUP  YANG TIDUR

CUKUP  YANG TIDUR


Tidur adalah satu nikmat rehat yang sangat hebat dikurniakan kepada kita. Tidur yang cukup memberi banyak menafaat kepada kita. Badan mudah mendapat penyakit sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup dan baik dapat merehatkan badan kita serta mengembalikan semula tenaga. Kalori juga dapat di bakar jika anda dapat tidur dengan secukupnya.


JANGAN MAKAN SECARA BERLEBIHAN 

JANGAN MAKAN SECARA BERLEBIHAN

Perkara yang perlu korang ambil perhatian ialah jangan makan terlalu banyak sewaktu melancong kerana takut perut korang menjadi tidak selesa dan ini pasti akan mengganggu percutian korang nanti. Dahulukan dengan meminum air kosong sebelum menikmati hidangan yeee.

RANCANG AKTIVITI PERCUTIAN 

RANCANG AKTIVITI PERCUTIAN

Rancanglah percutian korang dengan tersusun dan rapi kerana ianya akan memberi kemudahan korang dalam melakukan aktiviti sepanjang percutian korang. Kiranya dengan perancangan ini,korang dsudah boleh agak-agak dengan segala kemungkinan.

Percutian yang mengejut dan tergesa-gesa membuatkan korang menjadi kelam-kabut dan tertinggal itu dan ini sekaigus ianya boleh menyebabkan stress dan gangguan kepada kesihatan korang.

BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

Minum banyak air masak atau air kosong adalah amat penting untuk tubuh. Admin galakkan korang minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tetapi lebihkan jumlah tersebut sekiranya korang  keluar melancong atau bercuti kerana korang akan lebih banyak kehilangan air sepanjang percutian korang.

SEDIAKAN UBATAN YANG MUNCUKUPI


Kalau korang jenis ada alahan atau masalah kesihatan sebaiknya disediakan ubat-ubat yang diperlukan. Namun begitu anda boleh sediakan ubatan biasa seperti ubat demam dan selesema. Itu paling asas admin cadangkan. Biasanya kalau anda pergi melancong, sudah tentu agak sukar mencari ubat yang sesuai dan lokasi anda yang menghadkan aktiviti anda untuk mendapatkan ubatan tersebut. Jadi bawa siap-siap dari sini segala jenis ubat atau ubat tambahan untuk kegunaan korang. 

Itu sahaja perkongsian admin untuk entri kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua yang tercari-cari informasi dan cara melancong dengan gaya sendiri.


-TERIMA KASIH-


Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !