Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ Selamat Berpuasa Kepada Muslimin & Muslimat !

19 Jul 2017

MRT SUNGAI BULOH - KAJANG : TEMPAT MENARIK DI SEPANJANG SBK LINE

MRT Sungai Buloh - Kajang kini dibuka kepada orang awam bermula 17 Januari 2017 (17.01.17). Apa yang lebih menarik, sempena dengan pembukaan laluan fasa 2 MRT ini, DISKAUN tambang 50 peratus akan diberikan kepada semua penumpang Mass Rapid Transit (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Bus Rapid Transit (BRT) bermula 18 Januari 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Jadi, jom kita manfaatkan perkhidmatan awam yang disediakan ini dengan sebaik-baiknya.




Untuk perkongsian kali ini, kami di Projek Travel akan berkongsi serba-sedikit informasi tentang MRT Sungai Buloh - Kajang atau lebih dikenali sebagai SBK Line. MRT Sungai Buloh - Kajang memiliki 31 stesen dengan laluan sejauh 51 kilometer (km) termasuk tujuh stesen bawah tanah.


Setiap stesen MRT mempunyai ciri berlainan. Contohnya, Stesen Merdeka mempunyai elemen kenegaraan di dindingnya. Projek MRT ini berjaya disiapkan dengan kos RM21 bilion, iaitu kurang RM2 bilion daripada anggaran asal iaitu RM23 bilion.


MRT Sungai Buloh - Kajang



31 Stesen MRT yang telah dibina untuk laluan Sungai Buloh - Kajang adalah seperti berikut:
  1. Sungai Buloh
  2. Kampung Selamat
  3. Kwasa Damansara
  4. Kwasa Sentral
  5. Kota Damansara
  6. Surian
  7. Mutiara Damansara
  8. Bandar Utama
  9. TTDI
  10. Phileo Damansara
  11. Pusat Bandar Damansara
  12. Semantan
  13. Muzium Negara (KL Sentral)
  14. Pasar Seni
  15. Merdeka
  16. Bukit Bintang
  17. Tun Razak Exchange
  18. Cochrane
  19. Maluri
  20. Taman Pertama
  21. Taman Midah
  22. Taman Mutiara
  23. Taman Connaught
  24. Taman Suntex
  25. Sri Raya
  26. Bandar Tun Hussein Onn
  27. Batu Sebelas Cheras
  28. Bukit Dukung
  29. Sungai Jernih
  30. Stadium Kajang
  31. Kajang

Tempat Menarik di Sepanjang SBK Line




Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang ini meliputi kawasan-kawasan utama seperti shopping complex, hospital, tempat-tempat tarikan pelancong serta dilengkapi dengan kemudahan parking. Berikut senarai shopping mall dan tempat tarikan utama yang berdekatan dengan stesen-stesen MRT di sepanjang laluan Sungai Buloh ke Kajang untuk rujukan korang semua. Semoga bermanfaat!


Stesen MRT Kota Damansara
Uptown Kota Damansara

Stresen MRT Surian
Sunway Giza
Encorp Mall

Stesen MRT Mutiara Damansara
The Cureve
e-curve
IKEA Damansara
IPC

Stesen MRT Bandar Utama 
1 Utama

Stesen MRT TTDI
Taman Tun Wet Market

Stesen MRT Pusat Bandar Damansara
DC Mall
Bangsar Shopping Centre
Pavilion Damansara Heights

Stesen MRT Muzium Negara (KL Sentral)
KL Sentral
NU Sentral

Stesen MRT Pasar Seni
Central Market
Kasturi Walk
Petaling Street
Kotaraya

Stesen MRT Bukit Bintang
Sungei Wang Plaza
Lot 10
Pavilion KL
Low Yat Plaza

Stesen MRT Cochrane
IKEA Cheras
MyTown
Sunway Velocity

Stesen MRT Maluri
Sunway Velocity
AEON Maluri

Stesen MRT Taman Mutiara
Cheras Leisure Mall
Cheras Plaza
EkoCheras

Stesen MRT Taman Connaught
Cheras Sentral
Econsave

Stesen MRT Taman Suntex
You City
Pasar Suntex

Stesen MRT Sungai Jernih
Tesco Kajang

Stesen MRT Stadium Kajang
Metro Kajang
Satay Kajang


Korang dah try naik ke belum MRT? Hah, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang menaiki MRT di instagram, facebook ataupun twitter dengan hashtag #ProjekTravel! Kami teruja nak tengok pengalaman korang semua menaiki MRT dan keunikan di stesen-stesen MRT yang ada. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat especially untuk korang yang merancang untuk keluar berhujung minggu bersama family dengan menggunakan MRT. 

Tiada ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !