Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

14 Jul 2017

CARA SEMAK STATUS SENARAI HITAM KE LUAR NEGARA SECARA ONLINE

CARA SEMAK STATUS SENARAI HITAM KE LUAR NEGARA SECARA ONLINE | Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Projek Travel. Sebelum ni seringkali admin mendengar mengenai ramai yang tersangkut di Lapangan Terbang gara-gara nama disenaraihitamkan daripada ke luar negara. Tapi bila perkara ini terjadi sendiri di kalangan rakan-rakan admin, mula rasa risau kerana admin juga kerap ke luar negara. Jadi sekarang ini, setiap kali ingin ke luar negara, admin akan membuat semakan secara online untuk memastikan tiada halangan dari pihak Imigresen. Di sini, admin kongsikan cara mudah untuk membuat semakan sebagai rujukan anda.

Cara Semak Status Senarai Hitam Ke Luar Negara Secara Online

Cara Semak Status Senarai Hitam Perjalanan Ke Luar Negara Secara Online :

✔ Buka laman web ini 👉 http://sspi2.imi.gov.my/

✔ Isikan No Kad Pengenalan (Tanpa tanda "-")

✔ Tekan Butang "SEMAK"

✔ Keputusan akan terus dipaparkan seperti berikut :

Cara Semak Status Senarai Hitam Ke Luar Negara Secara Online

  ☑  Contoh keputusan : Tiada Halangan
(maksudnya anda tidak di senarai hitam dan boleh ke luar negara)

Cara Semak Status Senarai Hitam Ke Luar Negara Secara Online

  ☑  Contoh keputusan : Sila rujuk ke Pejabat Imigresen Terdekat
(maksudnya anda mungkin disenarai hitam dan anda perlu ke pejabat Imigresen untuk tindakan           lanjut)

Alhamdulillah, buat masa ini admin tiada halangan untuk ke luar negara. So, macam mana dengan anda pula? Sudah membuat semakan? Mudah sahaja jika menggunakan cara online ni. Semuanya di hujung jari sahaja. Tak sampai 5 minit pun. Jadi nasihat admin sebelum merancang ke luar negara, buatla semakan terlebih dahulu agar tiada masalah di kemudian hari. 



1 ulasan:
Write comments
  1. Kena selalu semak,khabarnya yg ada rekod CTOS pun tak lepas.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !