Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

7 Jun 2017

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF WARNA-WARNI AIDILFITRI 2017

Sudah baca artikel tentang 12 Aktiviti Menarik Warna-Warni Aidilfitri 2017 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur? Kalau nak tahu, sempena Warna-Warni Aidilfitri 2017 yang bertemakan nostalgia kampung, satu pertandingan video kreatif juga diadakan. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1000 untuk 3 pemenang bertuah dan RM500 untuk seorang pemenang bagi kategori video dengan "LIKE" tertinggi.


Aktiviti menganyam ketupat

Untuk sama-sama memeriahkan pertandingan video kreatif Warna-Warni Aidilfitri 2017 anjuran pihak Kraftangan Malaysia, kami pun tak melepaskan peluang untuk turut serta. Kalau korang berminat nak tengok video-video peserta lain, boleh search hashtag #ContestWWA2017 di instagram ataupun facebook. Kalau jumpa video kami tu, jangan lupa tonton dan sumbangkan like ye, hehehe.


Jom, kami kongsikan antara video penyertaan yang kami hantar untuk contest kali ini. Cekidout!!!


VIDEO 1

Kalau orang tanya, apa nostalgia kampung paling best? Bagi kami, setiap tahun tibanya raya sudah pasti menanti saat pengisytiharan hari raya. Semua anak-beranak berkumpul depan kaca tv, penuh kusyuk menunggu pengisytiharan hari lebaran. Itulah antara nostalgia menggamit memori yang memberi warna-warni Aidilfitri. Sempena program Warna-Warni Aidilfitri 2017, pihak Kraftangan Kuala Lumpur tampil dengan tema Nostalgia Kampung untuk edisi ke-13 penganjurannya. Ayuh meriahkan Kompleks Kraf, Kuala Lumpur bermula 1-12 Jun 2017 pada jam 10 pagi sehingga 8 malam setiap hari. Inilah masa yang sesuai untuk beli pakaian raya, kuih muih raya dan macam-macam lagi. Warna-Warni AidilFitri 2017 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur! @kraftanganmalaysia #contestwwa2017 #nostalgiakampung #SayangMalaysia #komplekskrafkualalumpur #kraftanganmalaysia #motac #krafraya #ProjekTravel #VideoParody #Parody #ParodyRaya #Smile #Family #InstaVideo #Love
A post shared by mawardi yunus [dot] com (@mawardiyunus) on



VIDEO 2

Nak pilih baju raya? Nak beli kuih raya? Nak tengok kraftangan? Nak cari idea dekorasi rumah? Semuanya ada di sini Di mana? Hah, tak lain tak bukan di tapak Warna-Warni Aidilfitri 2017 Bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Bermula dari 1-12 Jun 2017, dari 10 pagi hingga 8 malam. Apa yang best bila datang sini? Semestinya, ia akan menggamit memori korang tentang Nostalgia Kampung. Dengan aneka juadah yang ada, dekorasi penuh warna-warni dan paling penting aktiviti tradisi seperti menganyam ketupat, kacau dodol, masak rendang, dan macam-macam lagi. Segalanya membuatkan kita seolah-olah berada di kampung. Jangan lepaskan peluang. Jom, sama-sama kita meriahkan Warna-Warni Aidilfitri 2017 bersama @kraftanganmalaysia #contestwwa2017 #nostalgiakampung #krafraya #sayangmalaysia #komplekskrafkualalumpur #ProjekTravel #PenaberkalaDotCom
A post shared by MoKA [nuar] (@penaberkala) on



VIDEO 3

Pernah tak? Bila sepupu-sepapat balik kampung, pakat tidur terbongkang ramai-ramai di ruang tamu. . Pernah tak? Ambil duit dalam tabung, pergi beli mercun dan bunga api senyap-senyap. Bila kantoi, mak kejar dengan lidi keliling kampung. . Pernah tak? Bila orang suruh pakat tolong gotong-royong, kita sibuk naik basikal round-round keliling kampung. . Pernah tak? Bila mengimbau balik semua kenangan yang tercipta, kita mula senyum melirik rindukan kampung halaman. . Kerana itu semua warna-warni nostalgia kampung yang menggamit memori 😍 . Hangatkan rasa rindu pada kampung halaman dengan berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 1-12 Jun 2017, bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam. . Titipkan baju raya, kuih raya dan kraftangan sebagai ole-ole buat insan tercinta di kampung. . Ayuh! Sama-sama kita memeriahkan Warna-Warni Aidilfitri 2017 bersama @kraftanganmalaysia #contestwwa2017 #nostalgiakampung #krafraya #sayangmalaysia #komplekskrafkualalumpur #kraftanganmalaysia #ProjekTravel #PenaberkalaDotCom
A post shared by MoKA [nuar] (@penaberkala) on


Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk memeriahkan lagi Warna-Warni Aidilfitri 2017. Bermula 1-12 Jun 2017, dari jam 10 pagi sehingga 8 malam setiap hari. Macam-macam ada. Jumpa di sana!!!!! 

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !