Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

4 Mei 2017

TIPS TIDUR DENGAN SELESA DI LAPANGAN TERBANG

TIPS TIDUR DENGAN SELESA DI LAPANGAN TERBANG
Kredit foto: www.travelingprecils.com
TIPS TIDUR DENGAN SELESA DI LAPANGAN TERBANG | Admin nak tanyalah kalau diberi peluang untuk bermalam di lapangan terbang, korang nak cuba atau tidak?

Admin secara peribadi pernah merasai pengalaman bermalam di lapangan terbang dek kerana akan berlepas seawal pagi dan perkhidmatan ERL ke KLIA/KLIA2 bermula agak lewat. Jadi sebagai penyelesaiannya, admin mengambil keputusan untuk bermalam di lapangan terbang sementara menunggu waktu penerbangan. 

Jangan risau, ni haaa admin akan berkongsi bebrapa tips tidur dengan selesa di lapangan terbang yang admin pernah praktikan. Hehehe.

RISAU BAGASI AKAN HILANG

TIPS TIDUR DENGAN SELESA DI LAPANGAN TERBANG
Kredit foto: tukangjalanjalan.blogspot.my
Admin yakin korang akan risau dikala korang tengah tidur, bagasi korang akan hilang atau dicuri kan. Untuk menggelakkan ini berlaku, admin akan mencari lokasi tidur yang ramai orang atau yang berhampiran dengan skawasan sekuriti atau staf lapangan terbang. 

Bagi korang yang suka mengembara jenis menggunakan backpack, itu lebih baik dan lebih selamat kerana beg tersebut korang boleh gunakan ia sebagai bantal atau pelapik kepala.

BUNYI BISING DAN CAHAYA

TIPS TIDUR DENGAN SELESA DI LAPANGAN TERBANG
Kredit foto: www.ohkembara.com
Untuk mendapatkan tidur yang selesa, selalunya admin akan bawa penutup mata bagi mendapatkan suasana gelap dan juga earplug bagi mendapatkan suasana sunyi.

Sekiranya tiada,korang boleh guna baju sejuk atau pakaiana lain yang boleh dijadikan penutup mata bagi membantu mendapatkan suasana gelap dan tenang buat anda sebelum memulakan penerbangan. 

 DIMANA INGIN TIDUR DENGAN SELESA

TIPS TIDUR DENGAN SELESA DI LAPANGAN TERBANG
Kredit foto: vitdaily.com
Sesetengah orang akan memilih tempat yang selesa seperti hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang untuk melelapkan mata buat seketika. Tapi bagi admin, jadilah untuk bermalam ditepi-tepi ruangan disekitar lapangan terbang. 

Tapi dimana untuk tidur dengan selamat? Selalunya admin akan melihat dimana orang ramai akan melelapkan mata. Sekiranya kita sertai mereka yang dalam berkumpulan, insyaAllah kita tidak akan diganggu oleh pengembara lain sebab masing-masing faham tujuan untuk melelapkan mata sebentar. 

Semoga perkongsian dari pengalaman admin ini sedikit sebanyak boleh membantu korang sekiranya untuk bermalam di lapangan terbang ini. Berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan juga barang yang dibawa ketika mengembara.

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !