TIPS HILANGKAN STRESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Anda selalu stress? Stress memang tak boleh lari dari setiap orang. Jadi anda tahu bagaimana hendak hilangkan stress? Di kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda tips atau petua bagaimana mahu hilangkan stress.

gambar hiasan sumber foto www.worktolive.info



  • dengar lagu atau muzik kegemaran kita dengan rentak yang kita inginkan 
  • jangan tunjuk depan orang yang kita sedang alami masalah sentiasa cool 
  • kalau tengah berdiri, eloklah duduk dan ambil nafas dalam - dalam 
  • cuba kunyah chewing - gum atau menghisap gula - gula 
  • tuliskan masalah yang dihadapi diatas kertas selepas itu buang atau bakarkannya agar orang lain tidak boleh baca apa yang kita sedang hadapi (blog pun salah satu tempat yang kita boleh luahkan apa yang terjadi tapi pastikan kita menjaga tatabahasa penulisan ) 
  • luahkan masalah yang dihadapi kepada rakan atau individu yang rapat dengan kita 
  • lepak dengan kawan - kawan anda 
  • tengok movie kegemaran anda

Cara diatas anda boleh lakukan bila ada masa lapang. sebab bila kita dalam dilema dan stress, kita perlukan masa untuk hilangkannya, bukan? selain itu, bila anda ada masalah , jangan lupa pula pada yang Maha Esa. so cara dibawah anda patut lakukannya sekerap yang mungkin.

  • sentiasa tersenyum pada orang lain walaupun ketika itu kita mempunyai masalah 
  • berserah kepada yang Maha Esa 
  • beristiqarah 
  • berzikir 
  • makan makanan yang manis seperti kismis dan kurma 
  • mengambil wudhuk
TIPS HILANGKAN STRESS

So ingat walau sebesar mana pun masalah anda , jangan jadi individu lain sebagai tempat anda lepaskan geram anda. kelak menyesal pula. lagi satu ingat, ketika kita susah dan mempunyai masalah, ada insan lain yang lagi susah dan mempunyai masalah yang lagi besar daripada kita. Allah tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba-Nya itu tidak boleh mengatasi masalah yang dihadapi.

Pesanan ini dibawakan khas oleh saya, Khai Artzfar untuk anda pembaca setia Projek Travel! Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dari kami.

Anda telah membaca artikel berkaitan TIPS HILANGKAN STRESS
Share on Google Plus
- Khai Artzfar 
- Travel and Men Lifestyle 
- Blogger , Writer and Social Media Influencer 
For all invitation, advertising, sponsorship and brand collaborations feel free to contact : blogbudakpacak@gmail.com 

1 comments: