Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

6 Mei 2017

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Baru - baru ini saya berkesempatan untuk meneroka Negeri di bawah bayu anjuran Sabah Tourism Board dan Gaya Travel Magazine untuk trip #SeaYouInSabah. Sebenarnya ramai yang bertanya adakah Sabah masih selamat untuk diteroka?

Jawapan saya adalah YA! Dan rugi jika anda melepaskan peluang untuk menjelajah negeri yang sangat cantik ini. Pastikan anda mengikut follow Projek Travel dan Blog Budak Pacak kerana saya akan berkongsi kepada anda semua tarikan yang ada di Sabah

Untuk edisi kali ini, saya akan memfokuskan Senarai Tempat Menarik di Tawau yang wajib korang lawati. Kebanyakan yang datang ke Tawau adalah untuk transit ke Semporna. Jadi alang - alang dah transit tu, apakata jelajah terus tempat - tempat menarik di Tawau !

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

TEMPAT MENARIK DI TAWAU


Teck Guan Cocoa Museum



Ramai yang tak tahu Teck Guan Cocoa Museum ini menarik tau. Mana tidaknya mereka memproses koko menjadi produk yang terkenal sehingga luar negara tau.

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Kami sempat mencuba moshi coklat , air coklat dan beberapa coklat yang dibuat sendiri dekat sini. Sedap! Jadi datang kesini dan belilah sedikit produk Teck Guan sebagai tanda kenangan

Tawau Hills Park


TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Buat anda yang sukakan alam semula jadi, Tawau Hills Park wajib berada dalam list itinerary anda. Tersimpan pelbagai khazanah hutan , dan sangat sesuai untuk datang berekreasi.

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Jangan lupa bawa baju persalinan ya sebabbnya dekat sini ada kawasan air terjun yang anda boleh mandi. Seronoknya!

Columnar Basalt, Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos


TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Pernah dengar mengenai Columnar Basalt ? Kalau ini adalah kali pertama anda mendengar samalah kita. Columnar Basalt adalah formasi batuan yang terhasil dari pembekuan aliran lava.

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Menariknya lagi formasi batuan ini tersusun cantik dan ianya berlaku secara semula jadi. Dikhabarkan Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg Balung Cocos ini adalah satu - satunya di Malaysia.

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Dekat sini pun anda boleh mandi manda sambil beriadah. Nak tengok Columnar Basalt, datanglah ke Tawau!

Dah jalan - jalan, mestilah lapar kan? Jadi apa kata anda singgah di tempat makan sedap di Tawau ini, Menarik dan unik!

Pisang Cheese Di Indo Cafe



Sewaktu makan di sini, ramai juga yang komen cakap sedap dan ada juga yang cakap asalnya Pisang Cheese di Malaysia bermula disini. Memang sedap! Selain Pisang Cheese, anda patut cuba juga menu - menu yang lain seperti Pisang Peanut Chocolate dan juga Pisang Penyet. Best dimakan waktu riadah petang

Seafood Fresh!


TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
Nak makan seafood? Apa kata anda cuba makan di Ocean Seafood Restaurant dan Sri Titingan Seafood Restaurant.
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
Kedua- dua restoran ini menyediakan makanan laut yang fresh dan sedap! Mesti cuba!

Restoran Hj Tamrin



TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Yang ini anda wajib cuba kalau tidak tujuan anda ke Tawau tidak akan lengkap. Restoran Hj Tamrin ini terkenal kerana menyediakan Nasi Kuning. Sempat juga merasa untuk pertama kali, memang sedap! Nasi Kuning ini unik kerana dimakan bersama sambal kelapa yang manis dan telur rebus.

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Sebagai pelengkap, anda boleh pilih lauk hidangan seperti ayam masak merah, gulai daging atau tuna. Selain itu, jangan lupa untuk mencuba keunikan Mee TauhuMee ini adalah mee yang digoreng biasa dan dimakan bersama - sama sup tauhu. 1st time rasa dan memang betul unik weh.

Balung River Eco Resort


TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

Tempat ini bukan sahaja tenang dengan pemandangan yang menghijau malah turut menyediakan sajian yang enak. Pada kunjungan kami yang lalu, sempat juga merasa aneka sajian asli Tawau yang pastinya sangat berselera.

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU


TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI TAWAU
Tambahan pula, ini kali pertama saya mencuba makan daun baiduri. Memang sedap sampai naik selera .

Jadi itulah serba sedikit mengenai tempat menarik di Tawau. Nantikan entry seterusnya pada setiap hari sabtu bersama saya Khai Artzfar untuk Projek travel. Akan datang, Tempat Menarik di Semporna. Nantikan!

Penghargaan :

Sabah Tourism Board

Gaya Travel Magazine

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !