Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

18 Mei 2017

TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR DAN HARGA TIKET TERKINI

Taman Burung Kuala Lumpur Dan Harga Tiket Terkini | Salam hormat #SahabatPT, cuti sekolah hampir tiba, tentu anda terutama ibu bapa tengah berkira-kira kemana nak bawa anak-anak bercuti kan? cuti yang singkat di tambahkan lagi dengan kekangan bekerja para ibu bapa membuatkan niat hendak pergi bercuti terbantut.

Taman Burung Kuala Lumpur
Burung Nuri

Tempat Menarik Di Kula Lumpur

Sebenarnya, untuk mengisi aktiviti cuti sekolah (cuti pertengahan tahun) tak perlu pun pergi jauh-jauh. Di Kuala Lumpur sahaja sudah memadai kerana terdapat banyak tempat menarik untuk di lawati seperti Tugu Negara, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, Muzium Negara, Memorial Tun Abdul Razak, Taman Rama-rama, Planetarium Negara dan banyak lagi tempat yang sesuai untuk dilawati seisi keluarga.

Taman Burung Kuala Lumpur
Cattle Egret

KL Bird Park - World's Largest Free-flight Walk-in Aviary

Untuk artikel kali ini Projek Travel cadangkan anda ke Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park). Terletak di alamat KL Bird Park, 920 Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur. Taman Burung Kuala Lumpur yang di sifatkan taman burung bebas tebang yang terbesar di dunia ("World's Largest Free-flight Walk-in Aviary").

Peta Ke Taman Burung Kuala Lumpur
Peta Ke Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur Terbesar Di Dunia

Pengalaman Admin masuk ke Taman Burung ini adalah satu pengalaman yang sukar di lupakan. Mana tidaknya, disamping anda melihat pelbagai jenis burung-burung bebas terbang di dalam Taman Burung ini, anda juga boleh melihat beberapa spesis yang berkeliaran di sekitar siar kaki atau pun di sepanjang jalan pejalan kaki di dalam taman burung ini.

Taman Burung Kuala Lumpur
Stork

Tidak hairanlah, Taman Burung Kuala Lumpur ini di nobatkan antara yang terbesar di dunia (bebas terbang) kerana menempatkan 200 spesis burung yang di anggarkan terdapat lebih 3000 ekor burung yang mana datangnya dari dalam dan luar negara.

Taman Burung Kuala Lumpur
Ostrich


Spesis Burung Di Taman Burung Kuala Lumpur

Jika anda bernasib baik anda boleh bergambar dengan burung-burung ini terutamanya di waktu burung-burung ini diberi makan dan dalam pada masa yang sama pertunjukkan juga turut di adakan untuk hidangan para pelawat yang hadir. Antara spesis burung yang mudah dihampiri adalah seperti Cattle Egret, Burung Merak atau Indian Blue Peacock, Stork, Imperial Pegeon dan spesis yang berada dalam kurungan antaranya spesis Helang, Burung Nuri atau Kakak Tua dan spesis Burung Enggang.

Taman Burung Kuala Lumpur
Burung Nuri

Jika anda bernasib baik anda akan terserempak dengan Spesis yang sukar untuk di lihat iaitu Burung Scarlet Ibis. Burung Scarlet Ibis ini sama spesis dengan Cattle Egret cuma bezanya ianya bewarna merah menyala. Kalau tidak silap Admin di Taman Burung ini terdapat 3 ekor sahaja.

Taman Burung dan Harga tiket Taman Burung Kuala lumpur
Black-crowned Night Heron betina

Harga Tiket Masuk Terkini Taman Burung Kuala Lumpur

Masuk ke Taman Burung ini anda dikenakan tiket berbeza mengikut kriteria seperti di bawah ;

Pelawat Warga Asing Dewasa RM67
Pelawat Warga Asing Kanak-kanak RM45
Pelawat Warganegara Dewasa (Dengan My Kad) RM27
Pelawat Warganegara Kanak-kanak (Dengan My Kad) RM13
(Kanak-kanak 3-11 tahun)
Semua harga di atas termasuk GST 6%.

Jadual Waktu Operasi Dan Waktu Makan Burung

Waktu operasi Taman Burung Kuala Lumpur ini bermula jam 9 pagi dan ditutup pada jam 6 petang setiap hari termasuklah pada cuti umum serta cuti sekolah. Jika anda berhajat untuk membawa keluarga ke sini, Seperti yang Admin cadangkan di atas anda di nasihatkan pergi pada waktu burung-burung di sini diberi makan (feeding time) kerana anda dapat melihat burung ini pada jarak yang lebih dekat serta dalam masa yang sama pertunjukkan burung juga akan diadakan oleh petugas-petugas di dalam taman ini.

Harga tiket terkini taman burung kuala lumpur
Burung Kuang / Crowned Pigeon

Waktu Makan / Feeding Time

Burung yang bebas : 10:30am.
Di Taman Enggang : 11.30am
Burung Kakak Tua : 12pm
Burung dalam Sangkar : 2.30pm
Spesis Helang / Brahminy: 2:30pm

Waktu Bergambar Dengan Burung (Booth)
10 pagi - 5 petang (bayaran di kenakan)

Di sini Admin ingin kongsikan 1 video di Taman Burung Kuala Lumpur untuk tatapan anda. Dengan perkongsian ini agar dapat serba sedikit memberi gambaran untuk anda.


Sumber video : www.blogger2u.com

Bercuti atau mencari tempat yang menarik untuk dilawati sebenarnya tidak susah sebenarnya. Semuanya ada di sekitar anda. Sempena cuti sekolah yang bakal tiba hujung bulan Mei nanti, Admin mengucapkan selamat bercuti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park) anda boleh layari laman sesawang mereka di http://www.klbirdpark.com/

Alamat:
Kuala Lumpur Bird Park
920 Jalan Cenderawasih
Taman Tasik Perdana 50480
Kuala Lumpur MALAYSIA

Pertanyaan:
Tel : 03 - 2272 1010
Fax : 03 - 2273 5428
Email : info@klbirdpark.com

6 ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !