Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

19 Mei 2017

PERKHIDMATAN TRAVEL BUS PASS DI JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA

PERKHIDMATAN TRAVEL BUS PASS DI JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA | Tahukah anda di Johor Bahru sudah ada perkhidmatan menaiki bas ke beberapa tempat menarik sekitar Johor Bahru secara Unlimited ? Iye, Perkhimatan terbaru yang diperkenalkan oleh Causeway Link ni dipanggil Travel Buss Pass dimana kita hanya perlu membeli tiket sekali sahaja. Nanti kita akan diberi kad Travel Buss Pass yang boleh digunakan berulang-ulang kali (Unlimited). Bagus juga ada perkhidmatan macam ni kan. Kat luar negara memang sudah lama mempraktikkan sistem macam ni. Sangat mudah dan lebih efisien. 

Perkhidmatan Travel Buss Pass Di Johor Bahru Dan Singapura
Perkhidmatan Travel Buss Pass Di Johor Bahru Dan Singapura

Lebih menarik, perkhidmatan Travel Buss Pass ni bukan sahaja boleh digunakan di sekitar Johor Bahru malahan di Singapura pun boleh. Setakat ni sebanyak 16 laluan disediakan dengan 31 lokasi strategik di Johor Bharu dan Singapura bagi membantu memudahkan perjalanan para pengguna Travel Buss Pass terutamanya untuk pelancong. Antara lokasi menarik yang utama boleh anda kunjungi adalah seperti :

Perkhidmatan Travel Buss Pass Di Johor Bahru Dan Singapura


1. Legoland Malaysia Resort, Johor Bahru (JB)
2. Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town, Johor Bahru (JB)
3. Angry Bird Activity Park, KOMTAR JBCC
4. Johor Premium Outlet (JPO)

HARGA PAKEJ TRAVEL BUS PASS


Jika kita datang ke Johor Bahru dan Singapura untuk melawat tempat-tempat menarik di sana bersama keluarga atau rakan-rakan, memang berbaloi jika menggunakan perkhidmatan Travel Bus Pass ni. Terdapat 2 pakej yang ditawarkan iaitu untuk perjalanan 2 hari ataupun 3 hari. 

Perkhidmatan Travel Buss Pass Di Johor Bahru Dan Singapura

🚌  2 Days Bus Pass
HARGA: RM55 / SGD20 (seorang)

Perkhidmatan Travel Buss Pass Di Johor Bahru Dan Singapura

🚌  3 Days Bus Pass
HARGA: RM80 / SGD28 (seorang)

PROMO ISTIMEWA PAKEJ
👇👇👇👇
Baucar Membeli-belah bernilai lebih daripada RM200
(16 peniaga yang mengambil bahagian)

Setiap pembelian Kad Travel Bus Pass, anda akan mendapat :
👉  Travel Bus Pass: kad untuk perkhidmatan percuma untuk bas Cusewaylink yang terpilih
👉  Causeway Link Bus Travel Guide: Senarai tempat menarik dan Panduan Bas
👉  Baucar Membeli-belah bernilai lebih daripada RM200 dari 16 peniaga yang mengambil bahagian

Perkhidmatan Travel Buss Pass Di Johor Bahru Dan Singapura


Walau bagaimanapun jika anda membeli pakej dari Causeway Link Holidays Tours dan Pakej (seperti Legoland dan Sanrio Hello Kitty Town Tiket Taman Tema), anda akan mendapat kad Travel Bus Pass secara Percuma.


LOKASI PENJUALAN TIKET TRAVEL BUS PASS


Untuk pembelian kad Travel Bus Pass ni pula, anda boleh dapatkan sama ada di kaunter ataupun secara online. Berikut adalah lokasi yang ada menjual Kad Travel Bus Pass ini :

Perkhidmatan Travel Buss Pass Di Johor Bahru Dan Singapura
Kaunter Causeway Link

👉 Singapore
    ✔ IMM Mall(02-62, Level 2 - Directly above Burger King)

👉 Malaysia
   ✔  Giant Nusa Bestari(Ground Floor)
   ✔  JB Sentral
   ✔  KSL City Mall - Main Entrance
   ✔  Gelang Patah Sentral - UG2/3
   ✔  Larkin Sentral
   ✔  Senai Airport
   ✔  CIQ 1st Link
   ✔  Mall Of Medini

👉 Secara Online www.causewaylink.com.my/package_tour.php

So, memandangkan cuti sekolah bakal tiba, boleh la anda merancang untuk bercuti ke Johor Bahru ataupun ke Singapura bersama keluarga atau rakan-rakan. Jangan lupa untuk mencuba pekhidmatan Travel Bus Pass supaya anda tidak perlu pening kepala untuk membeli tiket ke satu-satu destinasi. Selamat bercuti..

Maklumat lanjut rujuk :




Tiada ulasan:
Write comments


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !