Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

24 Mei 2017

PENGALAMAN TIDUR DALAM CAPSULE DI RICCARTON CAPSULE TITIWANGSA, KL

Dulu, teringin sangat nak cuba tidur dalam capsule. Pernah terbaca blog tentang pengalaman orang lain tidur dalam capsule bila travel ke Jepun. Walaupun ada yang mengatakan tidur dalam capsule tak ubah macam tidur dalam keranda. Tapi, bagi kami ia sesuatu yang unik dan berbeza yang harus dicuba. Kami pandang capsule itu bukan macam keranda, tapi lebih kepada kapal angkasa atau UFO. Apa pula kata anda?


Beberapa tahun kebelakangan ini, nampak ramai kawan-kawan berkongsi pengalaman mereka stay di Capsule Hotel di Penang. Wah! Malaysia pun sudah ada capsule macam di Jepun. Memandangkan kami tak sempat untuk ke Penang dan mencuba sendiri pengalaman tidur dalam capsule, jadi kami simpan jadikan angan-angan. Finally! Kami ternampak promosi Capsule Hotel di Kuala Lumpur. Jadi, inilah peluangnya untuk cuba sendiri. Tanpa fikir panjang, kami pun terjah Riccarton Capsule Hotel yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Untuk perkongsian kali ini, kami teruja nak share pengalaman kami sendiri tidur dalam capsule.




Overall, pengalaman kami di dalam capsule cukup selesa. Dilengkapi dengan bantal, tilam dan comforter seolah-olah menginap di hotel 5 bintang. Walaupun ruang agak sempit jika dibandingkan dengan bilik hotel biasa, namun keunikan dan kecanggihan yang dapat kami rasai sepanjang penginapan di Riccarton Capsule mengatasi segalanya. Pendek kata, kita bayar untuk sesuatu pengalaman yang berbeza yang tak akan dapat di tempat lain. Tak mahal pun, RM75 seorang untuk satu malam.


Dari segi, fasiliti memang cukup lengkap. Dilengkapi dengan tandas awam (sharing-basis), water heater, water cooler, iron, locker, free wi-fi dan kelengkapan TV LCD dalam setiap capsule untuk dijadikan peneman berhibur. Keselamatan pun tip top! Pintu capsule ada auto-lock dan setiap orang diberi access card. 


Part kebersihan, so far so good. Dari reception counter, kita dah kena buka kasut dan simpan dalam locker. Semua pengunjung diberikan selipar khas. Paling penting, sebelum masuk ke capsule masing-masing, setiap orang diwajibkan mandi dulu. Ini adalah salah satu prosedur yang ditetapkan oleh pihak capsule hotel untuk menjamin kebersihan dan kesihatan.  


Sebenarnya, banyak lagi nak diceritakan. Memandangkan kami pergi berempat, jadi mesti korang pun nak tahu apa kata mereka tentang pengalaman tidur dalam capsule di Riccarton Capsule Hotel, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ye dak? Jadi, di kesempatan ini, meh saya buat kesimpulan dan ringkasan apa kata mereka tentang Riccarton Capsule Kuala Lumpur!


#1 Macam tidur dalam kapal angkasa




Dari pintu masuk, barangkali nampak macam hotel biasa je. Hotelnya pun taklah segah hotel-hotel lain yang tersergam di Kuala Lumpur tapi percaya atau tak, pada aku hotel yang kecil ini ada daya keunikan yang tak ada pada mana-mana hotel. Sebab selepas bermalam kat sini, aku boleh katakan yang aku rasa aku dah tahu bagaimana keadaannya tidur di dalam sebuah tiub kapal angkasa. Woohoo!

-Hasif Hamsyari-





#2 Tilam dan bantal empuk. Siap ada comforter!




Tilam dalam capsul ini memang empuk sangat, termasuk bantal dan comforter (sebab Momi double capsule, ada dua bantal! hehe). Selain itu, setiap capsule ada TV tau dan ia disambungkan dengan internet juga. Boleh la kalau nak tengok movie ke, video dekat YouTube atau layari internet. Memandangkan semuanya kena 'silent' , sebaiknya anda bawa sendiri earphone atau headphone ya!

-Rafzan Tomomi-




#3 Capsule dengan teknologi tinggi (hi-tech)






Menariknya lagi dengan unit capsule ini, ia turut mempunyai button lampu berteknologi tinggi, TV yang boleh diakses dengan wifi, button 'lock' pintu, kawal air-cond dan plug untuk 'charge phone' termasuk USB. Anda juga boleh ubah keterangan lampu biru dan putih mengikut keselesaan mata anda. Jika korang nakkan keadaan gelap, korang boleh gunakan button 'Sleep Mode'

-Mawardi Yunus-




#4 Fasiliti cukup lengkap termasuk Shuttle!





Tidak kira sama ada korang student, backpacker, solo traveller, rombongan sekolah/ universiti, jalan-jalan bersama family ataupun lawatan kerja ke Kuala Lumpur, Riccarton Capsule Hotel memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Jimat dan berbaloi! Selain terletak di lokasi yang agak strategik, Riccarton Capsule juga menyediakan fasiliti yang cukup lengkap.

-MoKA-







Secara ringkasnya, pengalaman tidur dalam capsule adalah satu pengalaman yang cukup berbeza buat kami semua. Kalau tidur di hotel atau homestay, itu sudah biasa. Apa kata kali ini kita cuba cari kelainan. Dan ternyata, kami jumpa jawapannya di sini! Mungkin untuk anda yang ada "claustrophobia" atau fobia tempat sempit, inilah tempatnya untuk memulihkan penyakit anda. Cuba sesuatu yang interesting untuk hilangkan fobia anda. Mana tahu kan? Bila stay di sini, dah rasa selesa dan best, terus lupa soal "claustrophobia". Belum cuba, belum tahu!


Kesimpulannya, fasiliti yang disediakan di Riccarton Capsule, tempat tarikan yang terdekat dan senarai harga, boleh rujuk info yang disertakan. Semoga maklumat yang kami kongsikan ini, sedikit-sebanyak dapat membantu anda semua membuat pilihan tempat penginapan murah dan berbaloi bila berkunjung di Kuala Lumpur.


Facilities:
- Free shuttle van from HKL, IJN, Tawakkal Hospital, KLCC and PWTC
- Free high speed TM unifi wi-fi
- Free parking
- Self-laundry
- Cold & hot drink vending services
- Airport pickup
- Free drinking water
- Free locker


Distance:
- Nearby to Mc Donalds
- 1.5 KM to PWTC and Sunway Putra Mall
- 2.5 KM to KLCC


CAPSULE SINGLE
RM75



CAPSULE DOUBLE 
RM140

STANDARD ROOM 
RM170

DELUXE DOUBLE ROOM 
RM200

DELUXE SUITE ROOM 
RM250

DELUXE FAMILY ROOM 
RM335

  • All rates are subject to change without prior notice
  • Waktu Check-in - 3 P.M.
  • Waktu Check-out  - 12 P.M.
  • Untuk late check-out, hanya dibenarkan sehingga 1 P.M. dan selepas waktu yang dibenarkan, akan dikenakan caj separuh harga sehingga 6 P.M. 




Alamat:
Hotel Riccarton Capsule
Wisma Q Titiwangsa,
Persiaran Titiwangsa 1,
Jalan Pahang, 53000 KL.


Facebook:


Website;


Booking
+603-4031 5000

3 ulasan:
Write comments
  1. nanti nak cuba stay sini! Macam best je korang!

    BalasPadam
  2. Seronok bermalam kat sini. Harga pun cukup berbaloi. Nak repeat nanti!

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !