Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

8 Mei 2017

CHECK IN LEBIH DARI 2 BAGASI DENGAN MALAYSIA AIRLINES

Check In Lebih Dari 2 Bagasi Dengan Malaysia Airlines | Sejujurnya, masalah bagi setiap pelancong adalah apabila mereka ingin daftar masuk bagasi mereka. Bagi kami sendiri pernah mengalaminya di mana apabila terlebih bagasi semasa daftar masuk. Sesetengah flight akan hadkan bagasi untuk daftar masuk walaupun masih mempunyai lebih kilogram semasa dipratempah di laman sesawang. Ada sesetengah destinasi pelanggan memerlukan daftar masuk bagasi yang banyak. Mungkin pelanggan berada di negara Vietnam? atau di Bandung? Setiap pelanggan juga bergantung kepada situasi dan destinasi yang dipilih untuk pratempah bagasi.


Berita baik daripada Malaysia Airlines di mana bermula 1 Mei 2017 mereka telah perkenalkan polisi baru tentang daftar masuk bagasi. Menariknya, pelanggan Malaysia Airlines boleh membuat daftar masuk bagasi lebih daripada 2 dan tidak melebihi berat yang telah dipratempah. Menarikkan? Jadi, jangan risau dan ini adalah kelebihan jika membuat tempahan bersama Malaysia Airlines. Gembirakan? Dah tentu mereka yang selalu menggunakan penerbangan daripada Malaysia Airlines akan berpuas hati.


Untuk maklumat lanjut buat pembaca di Projek Travel, boleh rujuk di sini supaya tiada isu salah faham atau kegagalan semasa membuat daftar masuk bagasi sebelum berlepas. Jadi, pilihlah untuk berbelanja yang jimat dan selamat sebelum berlepas ke destinasi pilihan supaya anda semua gembira untuk percutian. Selamat melancong dari kami!


Tiada ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !