APLIKASI UNTUK CARI TIKET FLIGHT MURAH

APLIKASI UNTUK CARI TIKET FLIGHT MURAH
Foto sekadar hiasan : www.webintravel.com

Aplikasi untuk cari tiket flight murah? Ada ke? Itulah antara soalan-soalan yang kerap ditanya bila kita berbicara soal nak travel, tapi dalam masa yang sama nak jimat! Jawapannya, ya ada! Kalau anda pengguna smartphone, tidak kira sama ada pengguna Android ataupun Apple, korang boleh search di Google Play (pengguna Android) dan Apple Store (pengguna Apple) tentang aplikasi yang boleh diguna pakai untuk mencari tiket flight murah. Korang akan jumpa macam-macam aplikasi yang ada.

Seperti yang sedia maklum, kos travel agak tinggi especially kos untuk tiket flight. Jadi, untuk mengurangkan kos, kita kena bijak mencari tiket flight pada tarikh dan harga yang tepat mengikut destinasi yang kita rancang. Tapi, bukan selalu kita ada masa nak check harga tiket flight dan tarikh satu per satu kan? 

Tak payah risau, dunia sekarang dah canggih. Segalanya di hujung jari. Guna je aplikasi untuk cari tiket flight murah, terus dapat senarai harga paling rendah berdasarkan tarikh dan destinasi yang dicari. Tapi, bukan hanya 1 aplikasi, tapi kena guna dua, tiga, empat dan lain-lain untuk dapatkan perbezaan harga dan dapatkan tiket flight dengan harga yang paling murah. 

Mesti korang tertanya-tanya? Apa aplikasi yang ada untuk mencari tiket flight murah? Untuk perkongsian kali ini, kami nak share 3 aplikasi untuk cari tiket flight murah. Jujurnya, banyak lagi aplikasi-aplikasi lain yang wujud. Cuma, untuk perkongsian kali ini kami fokuskan kepada 3 aplikasi ini iaitu momondo, traveloka dan skyscanner.

APLIKASI UNTUK CARI TIKET FLIGHT MURAH


Korang pernah dengar tak pasal 3 aplikasi ini? Mungkin ada yang pernah dengar, ada yang tak. Mungkin juga ada yang pernah guna aplikasi berikut untuk membeli tiket flight. Betul tak? Antara ketiga-tiga aplikasi berikut, korang rasa mana yang paling best? Hah, itu terserah kepada penilaian masing-masing. Bagi kami, ketiga-tiga aplikasi ini ada kelebihan masing-masing dan paling penting amat berguna dalam membantu kita semua mencari tiket flight murah.


#1 Momondo

APLIKASI UNTUK CARI TIKET FLIGHT MURAH

Aplikasi momondo boleh dimuat turun di Google Play atau Apple Store. Interface aplikasi momondo sangat kemas dan teratur. Untuk pengguna baru, boleh register guna Facebook. Kemudian, jangan lupa ubah setting untuk tukar matawang ke Ringgit Malaysia dan lokasi kepada Malaysia.

Untuk aplikasi ini, kita hanya perlu tetapkan tarikh dan destinasi untuk dapatkan senarai harga tiket flight. Hasil carian akan paparkan harga tiket return (pergi dan balik) mengikut harga paling murah ke harga paling mahal untuk kesemua jenis penerbangan. Kalau nak cari tiket sehala, sebelum letak tarikh dan destinasi tu, boleh select "one-way".


Website: www.momondo.com


#2 Traveloka


APLIKASI UNTUK CARI TIKET FLIGHT MURAH


Aplikasi traveloka pula bukan hanya fokus kepada tiket penerbangan sahaja, malah untuk mencari hotel/ tempat penginapan pun boleh. Sama seperti aplikasi lain, traveloka akan membandingkan harga dan akan memaparkan harga dari yang terendah ke harga yang tertinggi.

Cuma bezanya, applikasi traveloka memerlukan pengguna untuk pilih tiket penerbangan pergi dan tiket penerbangan balik secara berasingan. Maksudnya, kita boleh mix and match mengikut harga dan masa penerbangan yang kita rasa berbaloi. Dari segi harga, actually harga di traveloka lebih tinggi berbanding di aplikasi lain (especially untuk case study ini bagi penerbangan ke Luang Prabang, Laos). 




#3 Skyscanner

APLIKASI UNTUK CARI TIKET FLIGHT MURAH


Aplikasi seterunsya adalah skyscanner. Aplikasi skyscanner merupakan antara aplikasi yang popular di kalangan traveler untuk mendapatkan harga tiket flight murah. Selain interface yang user-friendly, harga tiket flight yang dipaparkan juga tidak jauh beza dengan aplikasi lain seperti momondo. Jadi, ia sangat reliable untuk pengguna.

Untuk pengguna baru, boleh daftar dengan menggunakan email. Kemudian, jangan lupa ubah setting kepada matawang "Ringgit Malaysia". Dah settle ubah setting, terus boleh guna untuk search tiket flight murah mengikut destinasi yang nak dituju pada tarikh yang dirancang. Hasil carian akan memaparkan tiket flight paling murah dari pelbagai jenis penerbangan termasuklah AirAsia, Malaysia Airlines, Oman Air, Thai Airways, Singapore Airlines dan macam-macam lagi. 




Ini baru 3 aplikasi untuk cari tiket flight murah yang patut korang install di smartphone masing-masing. Ada banyak lagi yang patut korang explore. Tapi, jangan sesekali lupa untuk install aplikasi booking flight ticket seperti AirAsia dan Malaysia Airlines juga. Kadang-kadang, mereka juga ada menawarkan harga promosi yang mana harga tiket flight lebih murah daripada apa yang kita jumpa di aplikasi lain. Pendek kata, sebagai pengguna kita perlu buat research dan mencari harga terbaik sebelum menempah tiket penerbangan.

Apapun, kepada semua yang membaca artikel ini semoga anda semua berjaya mendapatkan tiket flight ke destinasi idaman masing-masing dengan harga yang gila-gila murah. Kalau ada lagi aplikasi untuk cari tiket flight murah yang ada, yang selalu korang guna, boleh share di ruangan komen untuk manfaat bersama. Terima kasih!

Share on Google Plus
MoKA as known as penaberkala is a lifestyle blogger who based in Kuala Lumpur. He has blogged since 2009. He was born in Kota Bharu, Kelantan. Previously, studied at SK Melor, MRSM Jeli and Universiti Teknology PETRONAS. He is graduated with First Class Honors in Bachelor's degree Chemical Engineering, major in Process Control and Analysis. Currently, he works in Financial Institution sector. A person who love to travel, food hunting, cooking and addicted to blogging and social media sharing. For more info, kindly visit www.penaberkala.com

1 comments:

  1. Wah menarik ni, selalu dengar traveloka dengan skyscanner je

    BalasPadam