Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

13 Mei 2017

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

Jika sebelum ini anda dah baca Tempat Menarik Di Tawau Sabah, kali ini masih lagi dalam edisi #SeaYouInSabah, anjuran Sabah Tourism Board dan Gaya Travel Magazine, saya bawakan kepada anda senarai 5 Pulau Yang Mesti Dilawati di Semporna Sabah
5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH


Bercakap pasal Semporna, perkara pertama yang terlintas adalah pulau - pulau Sabah yang cantik untuk dikunjungi. Mesti masukkan dalam bucket list tau! Adalah menjadi satu kerugian besar apabila anda tidak kesini. 

So jom kita lihat senarai 5 pulau di Semporna,Sabah yang mesti dilawati 

1. Pulau Tetagan 

Di dalam perjalanan ke pulau - pulau yang cantik di Semporna, anda akan berjumpa dahulu Pulau Tetagan yang menempatkan Sea Gypsy ataupun dikenali sebagai Bajau Laut. Sebenarnya Tetagan ianya merupakan perkampungan Bajau Laut di Semporna .

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

Menariknya mengenai Tetagan , masyarakat Bajau Laut terutamanya kanak - kanak akan mendayung sampan ke bot anda untuk meminta hadiah 

Tips bila ke sini, pasantik anda bawa makanan atau snek banyak - banyak dan bagi dekat mereka sebagai upah untuk mengambil gambil dan jangan sesekali bagi duit ya!

2. Pulau Bohey Dulang

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH


Bercakap pasal Semporna, mesti ramai yang akan sebut pasal Pulau Bohey Dulang. Ada banyak cerita mengenai asal usul Bohey Dulang ni, ada yang mengatakan maksud Bohey Dulang ni adalah air dulang , ada yang bercakap pulau berbentuk dulang. Yang pasti jangan lepaskan peluang untuk kesini. So apa yang ada di Pulau Bohey Dulang ? Jawapannya adalah puncak Bohey Dulang! 

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH
5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH
5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

Dimana di atas puncak ini, anda akan dapat tengok pemandangan laut dan pulau - pulau kecil yang berdekatan yang sangat cantik ! Nak naik atas puncak tu stamina pun tercabar. Tapi adalah satu kepuasan bila anda dapat sampai ke puncak dan mengambil gambar kenangan di atas. 

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

Untuk ke Puncak Bohey Dulang bayaran seperti berikut akan dikenakan 

Warganegara Malaysia : 
Dewasa 18 tahun ke atas RM 3
Kanak - kanak 18 tahun ke bawah RM 1

Bukan Warganegara :
Dewasa 18 tahun ke atas RM 10
Kanak - kanak 18 tahun ke bawah RM 6

3. Pulau Sibuan


5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

1st time sampai ke sini adalah beberapa kali saya termenung sebab terharu dengan kecantikannya.Walaupun panas membahang ,saya tidak kisah sebab sangat cantik dan ambil gambar kenangan itu menjadi satu kewajipan!

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH
5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

Dekat sini, selain pemandangannya yang cantik, aktiviti snorkeling jangan dilupakan. Buat anda yang tertanya Pulau Sibuan selamat ke ? Jangan risau. Ianya sangat selamat kerana terdapat pegawai tentera yang mengawal pulau ini. Malah, untuk segala aktiviti di pulau ini dihadkan sehingga jam 3.30 petang untuk tujuan keselamatan. 

4. Pulau Timba - timba 

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

Untuk kaki snorkeling, jangan lepaskan peluang ini kerana Timba - timba Island menanti anda untuk datang dan explore sendiri kehidupan laut yang indah. 


Untuk ke pulau - pulau disini, kebanyakkannya adalah pulau persendirian, Jadi kena ada permit atau kebenaran. Nak mudah gunakan khidmat SMP Tours & Travel. Sebenarnya kami patut ke dua pulau lagi iaitu Pom - pom island dan Mantabuan tetapi kesuntukan masa malah pulau - pulau yang kami pergi sudah jauh cukup cantik dan menarik 

5. Pulau Mataking 

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

Pulau Mataking atau Mataking boleh dikatakan syurga buat kaki diving. Buat yang ada lesen tu untunglah boleh dive tengok hidupan laut. Tetapi jangan risau anda boleh je snorkeling atau mandi - manda disini.

5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH
5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH
5 PULAU YANG MESTI DILAWATI DI SEMPORNA SABAH

Dekat sini pun ada penempatan askar dan polis tau sambil ditemani Lobo, anjing tentera yang sentiasa menemani setiap pengunjung. Baiknya Lobo! 

Terima kasih :

Sabah Tourism Board

Gaya Travel Magazine

Nantikan entry seterusnya pada setiap hari sabtu bersama saya Khai Artzfar untuk Projek travel

1 ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !