Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

23 Mei 2017

30 RESEPI MENU UNTUK BERBUKA PUASA

30 Resepi Menu Untuk Berbuka Puasa | Jadi anda semua sudah bersedia untuk mengharungi bulan ramadhan? Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat umat islam semua. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang paling suci di dalam kalender Islam. Seperti bulan Islam yang lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari sahaja dan bulan ini juga, umat Islam diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud:

" Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.." Surah Al-Baqarah, ayat 185
sumber foto: HarakahDaily

Mesti ramai antara kita dah sibuk kumpul menu untuk berbuka puasa atau bersahurkan. Tapi sebelum tu apa kata kita curi masa untuk berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi kesan kepada diri sendiri, orang lain dan yang memerlukan. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi seorang yang pemurah dengan mengingati kesusahan hidup. Bulan Ramadhan inilah mengajar kita menjadi orang yang penyabar sebenarnyakan?

sumber foto: www.tiffinbiru.com

Jadi anda semua dah bersedia untuk 30 resepi menu untuk berbuka puasa? hihi..Waktu bersahur dan berbuka itu adalah satu nikmat sebenarnya. Jadi, mesti ada yang akan dilema tak tahu nak makan apa kan? dah-dah jom kita tengok apa 30 menu yang best tu?

  1. Kari Ayam Peranakan
  2. Rendang Ayam Cili Padi
  3. Nugget Ayam
  4. Ayam Cencalok
  5. Sambal Ayam Daun Selasih
  6. Ayam Semur Pontianak
  7. Kari Nangka Muda Sama Daging
  8. Daging Merah Ala Thai
  9. Daging Goreng Daun Selasih
  10. Daging Masak Asam Sama Rebung
  11. Dendeng Kering Paru Ala Padang
  12. Rendang Daging Musa
  13. Gulai Asam Daging Sama Daun Kesom
  14. Daging Masak Tempra
  15. Kari Nangka Muda Dengan Tetel
  16. Nasi Daging Terengganu
  17. Lemak Cili Padi Babat Sama Rebung Jeruk
  18. Gulai Lemak Udang Sama Timun
  19. Lemak Cili Padi Cendawan Kukur
  20. Asam Pedas Ikan Mayong
  21. Sup Ikan Alam Siam
  22. Pecal Ikan Haruan
  23. Ikan Bawal Masam Manis
  24. Telur Ikan Goreng Berlado
  25. Bubur Putih Bubur Merah
  26. Agar-Agar Seri Kaya
  27. Teh Susu Ais Biji Selasih
  28. Iced Green Tea Blended
  29. Teh Ais Pudina Limau Nipis Bermadu
  30. Strawberry Smoothies
sumber foto: www.tiffinbiru.com

Haaaaaaa, banyak lagi sebenarnya. Tapi nak tengok lebih lagi korang boleh tengok di Che Mat Gebu. Seorang yang rajin memasak dan lelaki. Admin pun rasa teruja dengan kebolehan memasak yang Che Mat Gebu ada. Kalau rasa butuh resepi apa nak masak masa berbuka atau bersahur, haaaa jangan risau.. BLOG CHE MAT GEBU kan ada, hihi...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca blog PROJEK TRAVEL.

3 ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !