Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

22 Apr 2017

KOMPANG JAWA | RENTAK SELANGOR


Selain dari seni persembahan WAYANG KULIT JAWA dan KUDA KEPANG yang telah kami ceritakan sebelum ini di dalam artikel bertajuk 2 BUDAYA TERSEMBUNYI DI SELANGOR, negeri Selangor juga mempunyai banyak lagi seni budaya lain yang tidak diketahui umum termasuk Kompang Jawa.

KOMPANG JAWA


KOMPANG JAWA | RENTAK SELANGOR

Kompang Jawa merupakan salah satu persembahan muzik yang mengiringi majlis-majlis perayaan tertentu di kalangan masyarakat Jawa khususnya. Ianya dikatakan berasal semasa zaman Wali Sembilan di Jawa, apabila muzik tradisional ini telah digunakan untuk menarik orang ramai untuk mengenali ajaran Islam. Kompang Jawa ini biasanya di persembahkan di masjid-masjid, madrasah dan untuk aktiviti keagamaan, upacara berkhatan, majlis perkahwinan dan selesainya tadarus al-Quran. Kompang Jawa dimainkan oleh orang Jawa tempatan di Kuala Selangor, kompang Jawa juga dikenali sebagai Kompang Tiga bagi sesetengah orang.

Program Rentak Selangor ini di adakan hasil kerjasama Majalah Gaya Travel dan Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development (UPEN).

KOMPANG JAWA | RENTAK SELANGOR

2 ulasan:
Write comments
  1. wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !