Farm In The City 城 の 农场

Farm In The City 城 の 农场

Farm In The City 城 の 农场 merupakan satu konsep petting zoo yang cukup unik yang menggabungkan unsur-unsur hidupan dan set alam semula jadi. Farm In The City 城 の 农场 ini menjadi tumpuan kepada golongan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka untuk bercuti sambil melakukan aktiviti yang sihat kerana ia merupakan lokasi pelancongan yang menawarkan gabungan konsep pendidikan dan hiburan ke dalam gaya hidup dan suasana sebuah perkampungan di Malaysia, seperti adanya dusun buah-buahan dan ladang dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan ternakan dan liar.

Farm In The City 城 の 农场
Bird Aviary - Pengunjung akan menikmati pengalaman memberi makan kepada burung yang terbang bebas disekitar mereka.

Apa yang menariknya, dengan hanya membeli tiket bayaran masuk ke Farm In The City 城 の 农场, anda dan anak-anak anda boleh menikmati hampir keseluruhan aktiviti yang ada di dalamnya *kecuali menunggang kuda(RM7).


Farm In The City 城 の 农场
Aldabra Tortoise yang bersedia menanti pengunjung untuk diberi makan

Farm In The City 城 の 农场
Rabbits and Hamster Farm - haiwan yang cukup jinak dan mudah didekati oleh kanak-kanak

Farm In The City 城 の 农场
Longkang Fishing - Aktiviti menangkap ikan berkongsepkan longkang seakan membawa kembali memori anak-anak kampung pada suatu masa dahulu

Kebanyakan haiwan di biarkan untuk berkeliaran bebas di dalam kandang khas yang dibuat seakan habitat semula jadi mereka. Ini menyebabkan penerokaan Farm In The City 城 の 农场 akan menjadi lebih seronok apabila ianya dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang hadir untuk merasai sendiri pengalaman berinteraksi rapat dengan menyentuh dan memberi makan kepada haiwan-haiwan di sana.*makanan haiwan diberi secara percuma.

Farm In The City 城 の 农场
Raccoon on the trees - seekor raccoon yang cukup comel menunggu untuk diberi makan

Farm In The City 城 の 农场
Peluang untuk mendekati Alpacas yang sangat comel dab gebu.

Farm In The City 城 の 农场

Sempena tahun ayam di dalam kalendar cina, Farm In The City 城 の 农场 ada mempamerkan sehingga 24 jenis ayam dari seluruh dunia seperti, Chichin Chicken, Silkie Chicken, Polish/poland Chicken, Cemani Chichen dan pelbagai lagi.

Farm In The City 城 の 农场
Salah satu jenis ayam yang paling menakjubkan di Farm In The City 城 の 农场, iaitu Brahma Chicken.

Selain dapat melihat dan belajar mengenai haiwan-haiwan comel dari seluruh dunia, pengunjung juga dapat belajar mengenai tumbuh-tumbuhan herba di taman herba kampung mereka.



Farm In The City 城 の 农场


1 Response to "Farm In The City 城 の 农场"

  1. wahh seronoknya..x sampai lg kat sana..walhal dekat dah ngan Putrajaya... insyaallah next week kalau xde pape hal, blh la pergi..hehehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Followers

Hubungi Kami

Subscribe Projek Travel