TRIP KE TOKYO BERSAMA AMNA HOME DAN CUTI CUTI JEPUN





Trip awal tahun 2017 ni cukup membuatkan kami teruja kerana ianya merupakan antara lokasi yang paling ingin dilawati oleh kami selama ni. Perjalanan udara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Tokyo megambil masa lebih kurang 6 jam dengan menaiki pesawat Japan Airlines (JAL).

PERJALANAN SEPERTI YANG DIRANCANG | Perancangan untuk travel ke Tokyo kali ni dibuat dengan cukup teliti kerana ini merupakan pertama kali kami ke negara matahari terbit ni, tambah pula pada waktu itu merupakan musim sejuk. Perjalanan kami ke Tokyo tidak terlalu terbeban kerana adanya bantuan dari team Cuti-Cuti Jepun yang mana mereka terdiri dari kumpulan pelajar dan pengasas mereka En. Khairul Qayyum yang telah tinggal di Jepun selama 8 tahun.

5 FEBRUARI 2017 (AHAD)

Perjalanan kami dari Narita Airport Terminal 2 (成田空港 第2ターミナル) ke lokasi dimana kami menginap selama 3 hari 2 malam di Asakusa (浅草) iaitu Homestay Amna Home adalah dengan menaiki pegangkutan awam keretaapi yang megambil masa lebih kurang 60 minit dengan harga ¥ 1200 (RM47++).



AMNA HOME TOKYO | Lokasi Homestay Amna Home hanya mengambil masa beberapa minit (kurang dari 5 minit) berjalan kaki dari stesyen keretaapi Asakusa (浅草駅, Asakusa-eki). Untuk pengetahuan korang, Asakusa merupakan daerah yang terletak di Taito, Tokyo, Japan.


Unit Homestay Amna Home yang kami inap di sini adalah bersaiz studio. Hanya dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz "Queen". Itu tidak menjadi masalah bagi korang yang datang travel secara berkumpulan kerana unit ini masih mempunyai ruang yang boleh memuatkan 2 hingga 4 orang. Toto dan bantal lebih juga pihak homestay ada sediakan di dalam almari. Harga semalam hanyalah 12,000 yen.

Amna Home Tokyo

Alamat :
S’Intellar, / サンスタレ
〒111-0043 Tōkyō-to, Taitō-ku,
Komagata, 1 Chome−7−8

Waktu Daftar Masuk : 03 p.m
Waktu Daftar Keluar : 10 a.m

Tempahan di : www.amnahome.com

Homestay Amna Home bukan sahaja mempunyai unit studio untuk disewakan. Mereka juga masih mempunyai 2 unit lagi yang berada di Kinshicho Station dan Ueno Station .

Asakusa Station boleh didiami oleh 2-4 orang dengan harga 12,000 yen untuk satu malam
Kinshicho Station boleh didiami oleh 4-6 orang dengan harga 16,000 yen untuk satu malam
Ueno Station boleh didiami oleh 6-10 orang dengan harga 22,000 yen untuk satu malam


ASAKUSA | Asakusa merupakan sebuah bandar yang mempunyai banyak tarikan menarik yang boleh dilawati. Memandangkan penginapan kami di Homestay Amna Home berada betul-betul di sini, Asakusa boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki.


Berikut merupakan senarai lokasi menarik berdekatan dengan Homestay Amna Home yang boleh korang kunjungi di Asakusa.


Tarikan utama di Asakusa adalah Senso-ji Temple (浅草寺) iaitu sebuah Kuil Buddha sangat popular, yang dibina pada abad ke-7. Kuil ini boleh diakses melalui Nakamise, iaitu lokasi dimana banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barang tradisional Jepun, makanan ringan tempatan dan cenderamata yang sesuai untuk dibawa pulang ke Malaysia.



Shopping Street NakamiseJalan membeli-belah Nakamise menjangkau panjang lebih kurang 250 meter dari Kaminarimon ke kawasan utama Kuil Sensoji. Kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan lebih dari 50 buah kedai-kedai, yang menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan dan cenderamata.


Shopping Street Nakamise

Waktu :  bergantung kepada kedai-kedai individu; biasanya setiap hari 9:00-19:00
Kemasukan : Percuma

-----------*-----------

Kaminarimon | Merupakan pintu gerbang pertama daripada dua pintu masuk besar yang bakal membawa korang kepada Kuil Sensoji. Pintu gerbang yang pertama dibina lebih daripada 1000 tahun yang lalu, dan menjadi simbol kepada Asakusa. Lokasi Jalan membeli-belah Nakamise membawa dari Kaminarimon ke kawasan kuil.


Kaminarimon (Kaminari Gate)

Waktu : Sentiasa terbuka
Kemasukan : Percuma

-----------*-----------

Sensoji | ( "Senso" adalah bacaan alternatif untuk Asakusa dan "ji" ertinya kuil) adalah kuil yang paling terkenal dan popular di Tokyo. Dibina pada abad ke-7, ia juga merupakan salah satu kuil tertua. *walaupun bangunan semasa adalah bangunan yang telah dibuat pembinaan semula selepas perang.

Senso-ji Temple (浅草寺)

Senso-ji Temple (浅草寺)

Waktu : 6:00-17:00 (dari 06:30 Oktober hingga Mac)
Kemasukan: Percuma

Banyak lagi tempat menarik di sekitar Asakusa. Ada diantara darinya PERCUMA dan ada yang berbayar. Ianya terserah kepada kemampuan korang untuk menjejakinya satu persatu.

NANTIKAN ARTIKEL SETERUSNYA BERSAMA CUTI_CUTI JEPUN

5 Responses to "TRIP KE TOKYO BERSAMA AMNA HOME DAN CUTI CUTI JEPUN"

  1. yeay rindu nak ke Tokyo lagi. jom pergi musim bunga plak nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, mungkin ke hokkaido ke. eh

      Padam
  2. Wahhhh, bestnya boleh ke Jepun, negara yang punya adab sopan yang tinggi

    BalasPadam
  3. rindu osaka. Eh!

    cam best je tokyo. Nak pergi la nanti

    BalasPadam

Google+ Followers

Followers

Hubungi Kami

Subscribe Projek Travel