Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

11 Mac 2017

#MYBALLOONFIESTA MERIAH DI DESA PARKCITY, KUALA LUMPUR

#MyBaloonFiesta Meriah di Desa ParkCity, Kuala Lumpur! Untuk tahun ke-9 penganjuran MyBalloonFiesta, pihak penganjur telah tampil dengan pendekatan baru dengan membawa belon panas dari serata dunia ke lokasi baru iaitu Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Lebih 19 hot air balloons dari 10 negara akan mewarnai ruang udara di Desa ParkCity! Antaranya dari Germany, Netherlands, United States, Belgium, Japan, Malaysia, Indonesia dan negara serantau. 


Selain sambutan yang cukup memberangsangkan di Putrajaya, penganjuran Hot Air Balloon Fiesta di lokasi baru ini memberi peluang kepada penduduk di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, khususnya penduduk di sekitar Desa ParkCity dan sekitarnya untuk melihat dengan lebih dekat kemeriahan pesta belon udara panas bersama seisi keluarga. Hot Air Balloon Fiesta kali ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, makanan-makanan yang enak dan semestinya belon udara panas dengan pelbagai bentuk, warna dan bentuk. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menikmati keindahan dan kemeriahan #MyBalloonFiesta 2017 di Desa ParkCity pada 10-12 Mac 2017!


Kali ini, team +Projek Travel telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki belon udara panas. Untuk sesi pagi, Tethered Balloon Rides diadakan khas untuk MyBalloonClub members. Bermula seawal jam 7 pagi, kaunter tiket mula dibuka. Tethere Balloon Rides akan berlangsung sehingga 10 pagi pada setiap hari. Sleain itu, pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung istimewa untuk ahli kelab serentak dengan aktiviti Tethered Balloon Rides.

Antara aktiviti-aktiviti yang turut berlangung pada sebelah pagi adalah seperti berikut:

1. Gourmet Breakfast Buffet by D'Tandoor
2. Fun Zone @ Sports Centre (No Entrance Fee)
3. Live Jazz Performance
4. Free Yoga & Zumba Class by Wander Class
5. Limbo Dance & BBQ Workshop by Coleman
6. Fun Zone Activities by First in Malaysia


Terima kasih Gaya Travel Magazine dan My Balloon Fiesta untuk jemputan isitimewa ini. Untuk perkongsian ringkas, jom kita tengok apa yang perlu anda bawa sekiranya anda merancang untuk menaiki hot air balloon atau berkunjung ke tapak MyBalloonFiesta.

1. Kamera/ Handphone

Antara gajet yang wajib bawa kalau datang ke event MyBalloonFiesta adalah kamera ataupun handphone yang dilengkapi dengan fungsi kamera. Jangan lepaskan peluang untuk merakam detik-detik manis dan kemeriahan warna-warni hot air balloon yang bebas berterbangan di udara!

2. Go-pro / Action Camera

Gajet sampingan yang perlu ada especially untuk anda yang book tickets for tethered balloon rides, dicadangkan baca go-pro atau action camera untuk merakam detik-detik dari pelbagai sudut. Dengan "fish-eye lense", semestinya dapat merakam foto-foto yang lebih menarik dari pandangan atas dan ketika menikmati keseronokan Hot Air Balloon Ride!

3. Payung

Jangan lupa bawa payung atau ponco (baju hujan). Segala aktiviti hot air balloons akan dibatalkan sekirannya cuaca tidak mengizinkan especially hujan. Tapi, jangan risau! Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang menanti di tapak #MyBalloonFiesta untuk anda sekeluarga. 


Untuk orang awam dan pengunjung lain, aktiviti di tapak MyBalloonFiesta akan bermula pada jam 3:30 petang. Boleh dapatkan tiket (General Admisison) di kaunter bermula jam 3:30 petang. Antara aktiviti yang menarik menanti anda adalah seperti berikut:

1. Foodgasm Fest
2. International Pilots Parade with Marching Band
3. 360 VR Hot Air Balloons
4. Yoga & Zumba Class by WanderClass
5. Model Balloon Workshop
6. Balloon Display
7. Star Night Cinema by Outdoor Cinema
8. Silent Disco by Pitch Ltd
9. Tourism Indonesia Cultural Performance Show
10. Night Glow Show & Fireworks

Tiket masuk adalah RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun, masuk adalah PERCUMA dengan syarat setiap kanak-kanak diawasi oleh seorang dewasa.


Untuk anda yang bertandang ke tapak #MyBalloonFiesta di Desa ParkCity, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan sendiri balloons show pada jam 6 petang dan 8 malam. Balloons show yang diberi nama "Night Glow" ini akan menyaksikan belon-belon udara panas akan dinyalakan api mengikut rentak dan irama lagu. Istimewa untuk malam hujung minggu pada hari Sabtu (11 Mac 2017), Night Glow akan dimeriahkan lagi dnegan pertunjukan bunga api.


Untuk pengunjung yang datang dengan pengangkutan awam, pihak penganjur ada menyediakan perkhidmatan shuttle seperrti berikut:

1. Dari KL Sentral (KLIA Transit/ KLIA Departure Hall) - 3PM - 11PM (Setiap 1 jam) RM3/way
2. Ikano Power Centre Entrance (Mutiara Damansara) - 3PM - 11PM (Setiap 30 minit) RM2/way

Venue: 
Desa ParkCity, Kuala Lumpur

Time: 
 4pm - 10pm

Waze: 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.myballoonfiesta.com

1 ulasan:
Write comments
  1. bestnya kalau dapat pergi haritu... tunggu next time la

    BalasPadam


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !