TAHUN BAHARU 2017 DI LEGOLAND MALAYSIA: 10 YANG PALING MENARIK!

Pengembaraan Brick-Tacular di Legoland Malaysia Resort membawakan tarikan baharu buat pengunjung sepanjang awal tahun 2017 ini! Projek Travel berkesempatan berkunjung ke taman tema yang terletak di selatan tanah air baru-baru ini dan mengalami sendiri pengalaman menarik yang pastinya akan turut mengujakan kamu!

Legoland Malaysia Resort, Nusajaya Johor Bahru

Legoland Malaysia Resort bakal menyajikan sambutan gilang-gemilang ketibaan tahun baharu 2017 di taman temanya. Berbaloi atau tidak untuk ke Legoland Malaysia bersempena 2017 ini? Kami senaraikan perkara yang menarik dan nilailah sendiri tarikan yang menanti kamu!

1. Sertai cabutan Kalendar Aktiviti Advent yang menawarkan percutian ke Chiang Mai (untuk 4 orang), pelbagai koleksi LEGO Ekslusif, penginapan di Hotel Legoland untuk keluarga dan pelbagai lagi! Cabutan akan dibuat pada 31 Disember 2016 jam 7 malam dan terbuka kepada semua pengunjung Legoland Malaysia! Malah cabutan akan terus diadakan pada setiap bulan serta hari perayaan penting sepanjang tahun 2017 kelak! Hah, mana tahu kamu beruntung dan membawa pulang hadiah menarik!


2. Sambutan ambang tahun baharu dengan ribuan LEGO yang jatuh dari langit! Ya, saksikan pertunjukan bunga api muzikal LEGO 3D yang bakal menjengah kegelapan langit malam pada 31 Disember 2016 ini dan lihat bongkah LEGO yang akan dijatuhkan ke atas anda! First in Malaysia dan yes, kamu harus ke sana untuk saksikannya sendiri!

3. Tarikan mainan baharu: LEGO NINJAGO The Ride! Inspirasi animasi Ninjago di kaca TV kini boleh dinikmati dalam bentuk 4D di Legoland Malaysia Resort! Permainan interaktif ini pastinya memacu adrenalin kamu yang mahu menewaskan The Great Devourer dengan pelbagai efek khas.


4. Set LEGO Kluster Kuala Lumpur yang BAHARU! Yeay, kamu boleh menikmati bandar Kuala Lumpur yang baharu di Legoland Malaysia Resort. Dilancarkan pada 2 Disember 2016 lalu, kluster baharu ini menampilkan kawasan Bukit Bintang, Menara Tabung Haji, Kuil Sri Mahamariamman, Arca Wau Bulan, Monumen Kebangsaan, Kuil Sam Kow Tong dan Jalan Petaling! Kesemuanya terletak di kawasan Miniland di taman tema ini. Nah, kami sajikan sedikit 'teaser' buat penggemar tegar LEGO seperti kamu!


Pelancaran Kluster Kuala Lumpur Baharu di Miniland, Legoland Malaysia Resort





5. Brick-Tacular Snow Village! Nikmati hujan salji di Snow Village berdekatan tarikan Legoland Express sebelum menaiki keretapi mini yang bakal membawa kamu menjelajahi keseluruhan Miniland yang menempatkan pelbagai tarikan binaan lego! Pengalaman kami? Salji di Legoland tu wangi betul!


6. Penghibur Jalanan Brick-Tacular! Yea, cari askar tin (Tin Soldier), Elf dan Gingerbread man yang muncul pada bila-bila masa di kawasan bandar Legoland. Persembahan selama 30 minit untuk 4 kali sehari bakal menjengah di taman tema Legoland Malaysia!

7. Jangan lupa dapatkan pelbagai fakta menarik berkenaan Legoland Miniland yang menampilkan pelbagai senibina Kuala Lumpur, pasti kamu akan teruja! Ahh, kami kongsikanlah beberapa info menarik tentang kluster ini, untuk maklumat lain kenalah ke Legoland Malaysia Resort tau :-

- Jumlah bongkah LEGO yang diguna-pakai: 3,665,220 unit

- Jumlah jam mereka-bentuk bangunan: 5,060 jam

- Jumlah jam untuk membina kesemua bangunan: 26,594 jam (wow!)

8. Pelbagai permainan menarik menanti kamu yang gemarkan cabaran! Alami kelajuan roller-coaster, percikan air di Dino Island (basah tu perkara wajib di sini), Technic Twister atau cabar minda kamu membina lego di Discovery Centre dalam masa yang singkat!



9. Lego Star Wars Miniland! Nah penggemar filem Star Wars, tarikan terkini di Legoland Malaysia Resort ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia! Menampilkan koleksi set Star Wars dari 6 edisi filem dalam kemasan paling lengkap!

10. Legoland Water Park! Satu lagi tarikan baharu yang pasti mengujakan kamu seisi keluarga. Direka agar mesra kanak-kanak, nikmati mandian kolam yang dipenuhi dengan bongkah lego (namun tidak membahayakan tau) atau cubalah 'Water Slides' serta permainan air Joker Soaker yang interaktif!

Mulakan tahun 2017 kamu dengan sesuatu yang mencabar namun menarik! Sertai keseronokan Legoland Malaysia Resort di www.legoland.com.my hari ini!
Share on Google Plus

An experienced PR & media practitioner for more than 9 years. Holding the Master Degree of Corporate Communication, he ventured into the public relations field in 2007 at international recording label, Universal Music Malaysia. He then moved to FlyFirefly Sdn Bhd (subsidiary of Malaysia Airlines System) as PR & Events Executive before joining Media Prima Digital (subsidiary of Media Prima Berhad) as Senior Executive, Marketing & Communications in January 2011. Hong Leong Group then offered him to join their ecommerce arm, GEMFIVE.com as Assistant Manager, Public Relations in January 2015 before he left to setup his own PR & Marketing Agency, ARKADASH Kuala Lumpur in Sept 2015 and Talent Agency AVENCENNA Kuala Lumpur in Jan 2016

1 comments: