Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

4 Jan 2017

SENARAI RESTORAN MAKANAN HALAL DI YILAN TAIWAN


Mengimbau kembali pengalaman lepas apabila diundang ke Yilan, Taiwan merupakan satu pengalaman yang cukup indah. Suka saya gambarkan Yilan ini sebagai negeri di atas pergunungan kerana landskap nya yang cukup indah. 


Namun begitu, setiap kali mengembara ke tempat orang, satu perkara yang sentiasa bergelumang di akal fikiran adalah mengenai status restoran dan makanan di sana. Jujur saya katakan di Yilan agak sukar untuk mencari restoran yang halal kerana tiada muslim yang menetap disini. Atas kesedaran badan pelancongan disana, mereka telah mengambil inisiatif untuk membangunkan restoran dan makanan yang halal khas untuk pelancong yang beragama islam.




Ini kerana mereka telah sedar populasi kedatangan pelancong yang beragama Islam semakin meningkat dan oleh kerana itu juga saya mewakili Projek Travel, rakyat Malaysia dan penggembara muslim telah dijemput oleh Yilan County Government untuk ke sana berkongsi idea 

Tips untuk ke Yilan, pastikan anda membawa bekalan makanan yang secukupnya dari sini seperti biskut dan sebagainya andaikata anda tidak menjumpai restoran halal di Yilan. Berikut saya senaraikan Restoran Makanan Halal Di Yilan .

1. Shangri - La Leisure Farming


Bukan sekadar hotel biasa, saya cadangkan anda untuk terus menginap disini. Landskap hotel yang begitu dekat dengan alam semula jadi pasti membuatkan anda berasa tenang jika ke sini.


sejadah turut disediakan di dalam bilik ini








Malah mereka turut peka dengan sensitiviti muslim yang menitik beratkan isu makanan. Disini mereka telah menyediakan menu khas untuk pelancong yang beragama Islam dan turut mengasingkan dapur masakan mereka. Menu nya juga sedap - sedap belaka! 


Alamat:
No. 168 Meishan Rd.,
Dongshan Township,
Yilan County 269,
Taiwan

Website :

Facebook :


2. Toucheng Leisure Farm


Salah satu tempat kegemaran saya jika bercakap mengenai restoran halal di Yilan. Layanan mereka di sini sungguh mesra dan membuatkan rasa kekok saya hilang serta merta.


Restoran di sini diiktiraf sebagai halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association dan menu disini sedap! 






Malah disini juga disediakan ruangan solat yang berasingan untuk lelaki dan perempuang yang begitu besar sesuai untuk sembahyang berjemaah.











bekalan makanan halal

Jujur saya katakan, saya sukakan konsep mereka yang begitu prihatin dengan pelancong muslim. Jika ke sini jangan lupa untuk explore kemudahan disini yang begitu unik .Selanjutnya akan saya ceritakan di entry yang akan datang 

Toucheng Leisure Farm

Alamat:
125 Ken Hsin Road,
Toucheng, 261 YIlan,
Taiwan

Facebook :

Website :


3. Mushroom Pot Organic Restaurant 

Boleh dikatakan rata - rata orang di sini ramah belaka. Kunjungan ke Mushroom Pot Organic Restaurant juga tidak dirancang.


Apabila mereka mengetahui kunjungan saya kesini, lantas peluang diambil oleh Mushroom Pot Organic Restaurant untuk memperkenalkan restoran mereka. Buat anda yang sukakan sayuran dan makanan yang segar, saya cadangkan anda untuk kesini dan mencuba sendiri keenakannnya.






Malah saya sendiri turut berpeluang masuk ke dalam dapur mereka untuk melihat penyediaakn makanan yang berlandaskan muslim dan halal sebagai tanda mereka turut menggalakkan pelancongan muslim datang ke sini 

Untuk pengetahuan anda, pemilik restoran ini antara pencetus makanan muslim yang pertama di Yilan dan telah menerima beberapa pengiktirafan atas usaha beliau. Malah di Shangri La juga beliau yang memulakan konsep makanan muslim ini.

Facebook :


Haoke Sanshing B&B 




Apa kata anda menginap terus disini? Selain B&B yang begitu selesa, Haoke Sanshing juga mengamalkan sistem muslim friendly dimana mereka turut menyediakan makanan dan dapur khas untuk muslim dengan mengasingkannya. 






ni bilik saya , besar dan selesa


sarapan saya! simple tapi sedap 

Malah ketika saya menginap disini, kelihatan sebuah keluarga dari Indonesia turut menginap disini. Ternyata Haoke Sanshing sudah dikenali ramai khususnya buat pelancong muslim

Website :



Jika anda ingin mencari makanan ringan seperti mee segera atau ingin masak di Yilan, anda boleh dapatkan bekalan makanan halal yang boleh didapati di toko indonesia berhampiran Hospital di bandar Yilan . Di Yilan terdapat ramai warga Indonesia yang bekerja di sini sebagai pembantu rumah dan pembantu hotel 

Sebenarnya bagi muslim kalau nak travel ke mana - mana pun kita mempunyai banyak pilihan dan masalah makanan dan sebagainya bukanlah satu alasan untuk terus mengembara . Akan datang nantikan Senarai Hotel Pilihan di Yilan Taiwan .

1 ulasan:
Write comments


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !