KOTA 1000 MASJID, HOTEL 1000 BINTANG : 10 HARUS CUBA & PERCUMA DI HYATT REGENCY YOGJAKARTA

Kembara Projek Travel kali ini menginap di sebuah hotel lima bintang terbaik di kota Yogjakarta - Hyatt Regency Yogjakarta! Terletak di Jalan Palagan Tantara Pelajar atau utara kota Yogjakarta, hotel seluas 24 hektar ini turut dilengkapi dengan pemandangan lapangan golf indah yang dihiasi susun atur lanskap ala tradisi Bali. Menarik!


Pemandangan lanskap dari Lobi Hotel Hyatt Regency Yogjakarta menyambut ketibaan tetamu.

Penginapan mewah di kamar 5 bintang pastinya berbaloi buat pengembara bisnes seperti kamu yang mahukan keselesaan penuh. Nah, kami senaraikan 10 perkara yang kamu perlu tahu / gunakan sekiranya menginap di Hyatt Regency Yogjakarta ini, pastinya kamu mahukan pulangan modal perbelanjaan yang berbaloi, bukan?

1. Nikmati daftar masuk dengan wangian bungaan, minuman jus dan pijatan bahu percuma di lobi hotel, GRATIS (PERCUMA)!


2. Tempah koleksi barangan kelengkapan peribadi pada bila-bila masa sepanjang kamu menginap di sini secara PERCUMA (tanpa sebarang caj tambahan dalam bil kamar kamu)!



3. Isi masa petang dengan bersiar di sekitar kampung berdekatan Hyatt Regency Yogjakarta dengan berkereta kuda, juga secara PERCUMA! Tempah 'Andong Village Tour' di kaunter pendaftaran hotel pada bila-bila masa yang kamu inginkan!


4. Istimewa buat si kecil, pancing ikan secara PERCUMA di kolam memancing ikan!

5. Nikmati pelbagai aktiviti menarik di kolam mandian; pelbagai water slides malah boleh berlawan pillow bersama rakan kamu di atas titian pool!


6. Enjoy shopping di Pasar Ramayana sambil berhibur dengan persembahan tradisional pada setiap hari Sabtu, semuanya di dalam kawasan hotel seluas 24 hektar ini!

7. Cubalah rawatan spa istimewa, dengan tawaran harga rendah RM130 untuk rawatan selama 90 minit! Pelbagai pakej disediakan dengan kemudahan spa paling TIP-TOP!



8. Harus cuba, LAVA EGG MERAPI di hidangan buffet sarapan pagi Hotel Hyatt Regency Yogjakarta! Merupakan hidangan 'signature' paling terkenal, saksikan sendiri penyediaannya yang dimasak di dapur terbuka dan nikmati kerangupan berlatar-bunyi deruan air yang jatuh, serius best!


9. Dengan konsep candi yang mengelilingi persekitaran bangunan Hotel Hyatt Regency Yogjakarta, apa kata kamu bergambar dengan koleksi candi mini yang terhias indah di sini, momen kenangan paling indah buat pengisian laman sosial kamu!


10. Main Golf, Lepak di Bogey's Terrace, Nikmati Koktel Wedang Uwuh (sejenis minuman tradisi kota Yogjakarta) & Berhibur dengan 'Live Band' di malam hari! Ya, lapangan golf sembilan lubang ini turut menyediakan sewaan peralatan golf, malah buat kamu yang mahu belajar permainan golf; instruktur berpengalaman turut disediakan!



Nah, segalanya tersedia secara MEWAH buat kamu yang mementingkan keselesaan & ketenangan di kala percutian! Pastinya pautan WiFi juga turut tersedia buat kamu yang aktif di media sosial sepanjang masa. Nikmati cuti santai kamu sebaiknya, Hyatt Regency Yogjakarta adalah pilihan terbaik buat kamu!


Nah, tempah percutian kamu di :-

Hyatt Regency Yogyakarta
Jalan Palagan Tentera Pelajar, 
Yogyakarta Indonesia
Tel: + 62 274 869123
Faks: +62 274 86 9588 
Emel: yogyakarta.regency@hyatt.com 
Share on Google Plus

An experienced PR & media practitioner for more than 9 years. Holding the Master Degree of Corporate Communication, he ventured into the public relations field in 2007 at international recording label, Universal Music Malaysia. He then moved to FlyFirefly Sdn Bhd (subsidiary of Malaysia Airlines System) as PR & Events Executive before joining Media Prima Digital (subsidiary of Media Prima Berhad) as Senior Executive, Marketing & Communications in January 2011. Hong Leong Group then offered him to join their ecommerce arm, GEMFIVE.com as Assistant Manager, Public Relations in January 2015 before he left to setup his own PR & Marketing Agency, ARKADASH Kuala Lumpur in Sept 2015 and Talent Agency AVENCENNA Kuala Lumpur in Jan 2016

0 comments:

Catat Ulasan