KOTA 1000 MASJID, HOTEL 1000 JENDELA : 10 SEBAB WAJIB INAP DI ADHISTHANA YOGJAKARTA!

Kota Yogjakarta cukup sinonim dengan gelaran kota 1000 masjid. Bayangkan, ibu kotanya dipenuhi deretan masjid kurang 50 meter di antara satu sama lain. Namun di sebalik keindahan kota purba Yogjakarta, terselit keindahan sebuah senibina hipster menongkah seni tradisional masyarakat Indonesia dengan konsep 1000 jendela.


Projek Travel kali ini ke kota Yogjakarta dan menyelusuri keindahan Hotel Adhisthana yang cukup dikenali di kalangan backpackers tegar. Namun, kami punya sebab tersendiri dan mencadangkan kamu untuk cuba inap di sini!

10 SEBAB KAMU WAJIB INAP di HOTEL ADHISTHANA YOGJAKARTA


Nah, kami senaraikan 10 SEBAB KAMU WAJIB INAP di Hotel Adhisthana ini :-

1. Menggabungkan ciri senibina hipster moden diadun dengan seni tradisional, hotel ini cocok buat kamu yang mahu 'BERJIMAT TERUK' dalam perbelanjaan penginapan namun inginkan suasana mewah! Menawarkan bilik suite, superior termasuk dorm buat geng backpackers!


Bilik Superior dengan konsep butik yang menjadi pilihan penginapan Projek Travel bermula Rp350K.


Bilik Dorm sesuai untuk kunjungan berkumpulan atau 'Backpackers' tegar cuma Rp135K!

2. LOKASI yang STRATEGIK! Terletak di Jalan Prawirotaman 2 Yogjakarta, hotel ini menawarkan akses kepada pelbagai pilihan cafe hipster sesuai buat pengembara moden yang gemar melepak santai di malam hari. Kafe Lawas milik Hotel Adhisthana sahaja cukup menyajikan pelbagai jenis kopi dengan HARGA MURAH (lebih murah daripada purata harga di kafe Kuala Lumpur), namun coklat panas strawberi tetap menjadi kegemaran kami!


Kafe Lawas 613 yang dibuka sehingga lewat pagi, berkonsep hipster dengan sajian tradisional.

3. Poolside yang trendy & cool! Usai kembara ke seluruh kota, pulang bersantai di kolam renang yang terletak di tengah-tengah hotel ini. Nikmati suasana nyaman di balik seribu jendela sambil membaca novel pilihan yang boleh dipinjam secara percuma di lobi hotel!


Nikmati suasana awal pagi mahupun lewat petang di poolside Hotel Adhisthana yg cukup trendy ini!

4. Ruang lobi Hotel Adhisthana menawarkan permainan papan vintaj secara PERCUMA buat pengunjung, malah turut tersedia Jus Madu Sejuk free-flow dan kudapan kerepek yang boleh bikin ketagih!


Nah, tempat santai di bahagian lobi Hotel Adhisthana, cocok juga untuk bergambar bukan?

5. Kemudahan lengkap dengan hiasan indah! Buat pengunjung Muslim, surau turut disediakan di lobi hotel. Buffet sarapan pagi halal di bahagian dewan khas lengkap dengan dekorasi hipster moden pasti melalaikan sang penggemar swafoto!


Tanyalah apa sahaja, penyambut tetamu pasti melayan & membantu kamu untuk melawat di sekitar kota Yogjakarta!

6. WiFi PERCUMA di setiap kamar! Ya, kami betul-betul maksudkannya. Ini bermakna kamu tidak akan berkongsi talian WiFi dengan pengguna yang lain. Setiap kamar dibekalkan dengan sambungan WiFi khas dan Hotel Adhisthana nyata tidak berkompromi dengan kelajuan data internet.


Dekorasi konsep butik di setiap kamar dengan sambungan WiFi peribadi menyerlahkan kemewahan pengembara on-the-go seperti kamu!

7. Tawaran Pijat (Urutan) MURAH terus di kamar! Buat pesanan di kaunter hotel dan kamu hanya perlu menanti di kamar untuk sesi urutan tradisional Bali atau Jawa! Pastinya harga urutan yang ditawarkan adalah sama seperti kamu ke spa di sekitar kota Yogjakarta!

8. Akses MUDAH ke lokasi pelancongan! Kurang 1 minit berjalan kaki (melintas jalan) ke kafe Sellie Coffee lokasi penggambaran Ada Apa Dengan Cinta, perjalanan 5 minit sahaja ke Istana Air Taman Sari & Taman Alun-Alun, dan 1 jam untuk ke Candi Borobudur, Gereja Ayam (juga lokasi penggambaran Ada Ada Dengan Cinta) dan pemandangan indah Kalibiru!

9. Lokasi PICTURE PERFECT! Yes, setiap sudut di Hotel Adhisthana ini menawarkan keunikan tersendiri buat yang gemar berfoto. Perkakasan vintaj dengan jendela antik pasti menambah seri koleksi Instagram kamu, kami serius tentang ini!


Dekorasi di setiap sudut di Hotel Adhisthana nyata tidak mengecewakan, serius!

10. MURAH, SUPER BERBALOI & COOL NIGHTLIFE! Ya, harga penginapan yang begitu murah namun kamu mampu kelihatan mewah hanya di Hotel Adhisthana Yogjakarta. Pakej penginapan termasuk sarapan buffet bermula serendah Rp135K (kurang daripada RM50 untuk semalaman, bukan?). Akses berdekatan ke mesin ATM, pelbagai kiosk 24 jam dan kafe hipster lain termasuk kafe aiskrim gelato yang cukup terkenal di kota Yogjakarta ini!

Nah, kami dah senaraikan segala yang BEST tentang Hotel Adhisthana ini! Yang tak best? Memang tidak ada. Kami sarankan kamu cuba inap di Hotel Adhisthana pabila berkunjung ke Yogjakarta kelak ya!

Tempah Hotel Adhisthana Yogjakarta di www.adhisthanahotel.com!

Share on Google Plus

An experienced PR & media practitioner for more than 9 years. Holding the Master Degree of Corporate Communication, he ventured into the public relations field in 2007 at international recording label, Universal Music Malaysia. He then moved to FlyFirefly Sdn Bhd (subsidiary of Malaysia Airlines System) as PR & Events Executive before joining Media Prima Digital (subsidiary of Media Prima Berhad) as Senior Executive, Marketing & Communications in January 2011. Hong Leong Group then offered him to join their ecommerce arm, GEMFIVE.com as Assistant Manager, Public Relations in January 2015 before he left to setup his own PR & Marketing Agency, ARKADASH Kuala Lumpur in Sept 2015 and Talent Agency AVENCENNA Kuala Lumpur in Jan 2016

2 comments:

  1. Never been to Yogjakarta. Thanks ProjekTravel for reviewing this hotel. Will definitely consider to stay here when travelling to the city! ;)

    BalasPadam