JOM WEKEEND ESCAPE KE PUTERI HARBOR


Puteri Harbor yang dahulunya dikenali sebagai Nusajaya harini menjadi tumpuan pengunjung untuk weekend escape. 2 hari 1 malam sahaja dah mencukupi untuk habiskan masaa bersama seisi keluarga tersayang di sini.

Dengan jarak memandu hanya 20 minit dari pusat bandar Johor Baharu, 45 minit jarak penerbangan dari KLIA, 30 minit dari Singapore, dan 90 minit menaiki feri dari Tanjung Balai, Puteri Harbor adalah lokasi strategik untuk bercuti kepada rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Thomas Town dan SANRIO HELLO KITTY TOWN adalah 2 tarikkan indoor yang berbeza yang berkongsi satu bumbung di Puteri Harbor.


Thomas Town dipenuhi dengan karaktor dari siri televesion pupular Thomas & Friends. Ia adalah taman tema mesra keluarga yang di-setup di dalam sebuah bangunan. Menawarkan pelbagai rides yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak kecil. Pelbagai aktiviti interaktif yang mampu meransang daya pemikiran kanak-kanak kecil pun ada tersedia di sini.


SANRIO HELLO KITTY TOWN adalah taman tema Hello Kitty yang pertama dibuka di luar negara Japan. Menjadikan Puteri Harbor destinasi pertama yang membuka Hello Kitty Town. Keluarga yang datang mengunjungi tarikkan ini akan merasai pelbagai jenis pengalaman baru yang menyeronokkan. Pelbagai interactive rides, aktiviti, dan persembahan disediakan kepada pengunjung yang hadir ke sini.

Kedua-dua Thomas Town dan SANRIO HELLO KITTY TOWN menawarkan persembahan harian dan sesi berjumpa dengan karaktor pupular seperti Hello Kitty, Dear Daniel, Melody, Badtz-Maru, Thomas the Tank Engine, Sir Topham Hatt, dan banyak lagi.


Selepas penat berhibur di Thomas Town dan SANRIO HELLO KITTY TOWN, pelbagai jenis makanan ditawarkan di sekitar kawasan deretan restoran yang disediakan menghadap teluk marina yang pasti membuatkan anda leka dengan pemandangan yang ditawarkan.
Share on Google Plus
Seorang blogger yang suka makan burger dan suka memakai seluar tiga suku

2 comments:

  1. Wahhh.. cantik giler tempat nie.. lokasi wajib tuk bawak anak jalan2 nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat ni biasanya tak ramai orang, jadi bestlah dengan suasana mcm tu

      Padam