CARA BUAT BEDAK SEJUK TITIK



CARA BUAT BEDAK SEJUK TITIK | Jangan ingat mudah nak cantik, dan jangan ingat mudah nak buat bedak sejuk ya. Bukan susah kerana caranya, tetapi masa yang perlu diambil tu yang lama iaitu mencecah setengah tahun. Ramai mesti tahu akan bahan utama untuk membuat bedak sejuk ni iaitu beras, dan admin juga yakin bahawa korang akan fikir beras itu di tumbuk atau di kisar untuk menjadi bedak sejuk kan?

Ternyata tanggapan itu salah sama sekali kerana beras yang nak digunakan itu sebenarnya direndam di dalam air sehingga berbulan-bulan sehingga ada mencecah sehingga 6 bulan lamanya. Rendaman ini dibuat sehingga beras tersebut menjadi hancur. Tapi harus diingat, untuk mengelakkan bedak korang berubah menjadi budu air rendaman harus ditukar setiap seminggu atau dua minggu sekali.

Petua-petua membuat bedak sejuk yang harus di ikuti:
1) Sepanjang tempuh rendaman beras, air rendaman perlu ditukar ganti selalu untuk elak rendaman beras berbau terlalu masam
2) Bila nak jemur bawah matahari, kena ada kain menutupi biji2 bedak ni supaya bedak tidak bau terbakar akibat pancaran panas matahari tu. Biji2 Bedak ni perlu di jemur hingga kering betul2.
3) Elakkan campur bedak dengan daunan serta bunga2 yang masih basah. Keringkan daunan serta bunga2 dulu secara jemur kering sebelum campur dengan bedak. Tujuannya ialah untuk elakkan bedak berbau masam serta bedak akan tahan lebih lama.
4) Sambil2 titik bedak tu, berzikir lah...dapat juga pahala nya
Sumber : diari-alya2.blogspot.my


Share on Google Plus
***

2 comments: