Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

7 Sep 2016

MENJEJAK SANG GERGASI DI GUA MUSANG KELANTAN



Sambungan dari entry Eko Kelantan Dekat Je 2016 baru – baru ini. Buat anda yang tidak tahu, terdapat banyak khazanah yang terdapat di Gua Musang Kelantan ini


Kunjungan kami di Projek Travel kesini sangat beruntung kerana kami berjaya menemui Sang Gergasi yang berada di Gua Musang,Kelantan. Sang Gergasi yang dikenali sebagai Bunga Rafflesia ini sebenarnya jarang sekali dapat dijumpai di kebanyakan hutan

Ini kerana bunga yang terbesar di dunia ini memerlukan ciri dan kawasan habitat yang sesuai untuk tumbuh hidup. Bunga ini mengambil masa 9 bulan untuk mekar kembang dan akan jangka masa hidup Bunga Rafflesia hanyalah selama seminggu
Bunga Rafflesia ini terdapat di Kampung Redip , POS Hau , Gua Musang di bawah jagaan orang asli di sini.Ternyata eksplorasi kami berbaloi. Dikatakan untuk menemui Bunga Rafflesia ini, anda perlu dapatkan maklumat mengenai pertumbuhannya terlebih dahulu. Jika tidak kunjungan anda ke sini hanyalah sia – sia


Untuk kesini, anda perlu menaiki pacuan 4 roda dari Bandar Gua Musang ke Kampung Redip. Perjalanan off- road selama 2 jam ini tidak berhenti disitu sahaja. Sampai sahaja di kampung ini, anda perlu mendaki kaki gunung selama 40 minit untuk ke Taman Rafflesia




Setibanya kami disini, kelihatan beberapa kuntum Bunga Rafflesia yang masih belum kembang dan ada yang sudah mati. 


akar Bunga Rafflesia 



Hampa seketika kerana sangkaan kami ,tidak akan berjaya menjumpai Bunga Rafflesia yang mekar kembang

Namun begitu , sangkaan kami ternyata tidak tepat kerana ada sekuntum bunga yang sudah kembang. Walaupun tidaklah begitu besar mengikut saiznya yang asal namun kami tetap gembira dan bangga kerana berjaya menemuinya




Pada kami yang baru pertama kali melihat Bunga Rafflesia ini secara dekat, saiznya ini sudah cukup membuktikannya sebagai Bunga yang terbesar di dunia.  


Bagi anda yang ingin melihat Bunga Rafflesia ini, datanglah ke Gua Musang Kelantan kerana ada banyak fakta dan tempat menarik untuk diterokai !

Baca juga : 


Terima kasih 
Tourism Malaysia 
Tourism Malaysia Kelantan 


1 ulasan:
Write comments
  1. boleh berikan kemudahan yang ada di sana? terima kasih

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !