GAHARU TEA VALLEY TARIKAN BARU PELANCONGAN DI GOPENG



GAHARU TEA VALLEY TARIKAN BARU PELANCONGAN DI GOPENG | Jika di Cameron Highlands, kita boleh melihat seluas mata memadang ladang teh yang ada disana samada dari syarikat Bharat Tea atau dari syarikat Boh Tea

Tetapi di Gopeng Perak, lokasi yang diberi nama Gaharu Tea Valley akan kelihatan keadaan yang hampir sama seperti ladang teh tetapi disini pohon gaharu yang ditanam berteres-teres seperti di Cameron Highlands.

Ramai diantara kita termasuklah mereka yang tinggal dikawasan sekitar Gopeng Perak tidak mengetahui tentang kewujudan tempat yang boleh dijadikan salah satu lokasi perlancongan di Negeri perak


Bila melangkah masuk kekawasan Kebiasaannya kita lebih mengenali pohon gaharu akan menghasilkan wangian untuk kegunaan orang ramai. Tetapi siapa sangka pohon gaharu telah dijadi bahan lain untuk minuman dan juga produk makanan lain.  


Sekiranya korang datang ke ladang gaharu di Gaharu Tea Valley Gopeng Perak ini, korang akan tergamam dengan keunikkan cara penanamannya yang begitu sistematik. Apa yang diberitahu, kesemua baja dan racun yang digunakan disini adalah bersifat organik dimana tiada campuran bahan kimia pada penyediaan baja dan juga racun kawalan serangga.

Seperti yang diberitahun tipikal orang akan memikirkan pohon gaharu hanya boleh menghasilkan minyak gaharu dan juga getah gaharu. Terkini evolusi gaharu telah berubah menjadi pelbagai jenis produk seperti teh gaharu, mee segera gaharu dan juga biskut berperisa gaharu. 

Teh Gaharu
Teh Gaharu
Minyak wangi gaharu
Minyak wangi gaharu
Mee Segera Gaharu
Mee Segera Gaharu
Biskut Gaharu
Biskut Gaharu
Apa yang boleh diulaskan disini adalah lokasi perlancongan yang dirasa boleh dijual tidak sepatutnya diabaikan dan perlu dikongsi bersama pembaca untuk memeriahkan produk perlancongan seperti Gaharu Tea Valley yang terletak di Gopeng Perak ini. 

Bagi korang yang ingin melawat Gaharu Tea Valley ni, ini ada disediakan informasi untuk kesana. 


GAHARU TEA VALLEY
Lot 9840, Mukim Sg. Teja
31600 Gopeng Perak
Malaysia

Telefon:
Tel: 05-3511 999
Fax: 05-3511 996



Share on Google Plus
Sorang berangan model yang suka catwalk dari bucu dinding ke bucu dinding 1 lagi dengan confident tanpa kisah dengan kejian dan herdikan netizen. Menyukai travel secara free dan paling best kalau di spedo oleh orang tertentu. Obses sedikit pada benda yang indah dan helok mata memandang. 

Untuk lebih mengenali beliau secara bersungguh, sila ke blog peribadi beliau di www.duniapatik.com

1 comments:

  1. best juga ni..untuk yang suka kan suasana semula jadi..tapi saya kurang gemar tempat2 gini banyak serangga..hahahah

    BalasPadam