CARA-CARA UNTUK CHECK-IN DI KIOSK AIRASIA

Bagi orang yang biasa travel dengan AirAsia, mungkin tiada masalah untuk menggunakan perkhidmatan Kiosk untuk self check-in di airport. Hakikatnya, bila kita berada di airport especially di KLIA2, masih ada orang sebelah yang terpinga-pinga dan tertanya-tanya macam mana nak buat self check-in dengan menggunakan kiosk AirAsia yang disediakan. Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami di Projek Travel terpanggil untuk berkongsi info ringkas berkaitan dengan cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia. Mudah-mudahan, selepas ni makin ramai yang tahu betapa mudahnya nak guna self check-in machine di airport.



Apakah kelebihan self-check in di kiosk AirAsia?

  1. Elakkan dari beratur panjang tunggu giliran
  2. Check-in dan print boarding pass dalam beberapa langkah mudah dan cepat
  3. Kemudahan kiosk yang disediakan di airports termasuklah di Malaysia (KLIA2), Thailand, Indonesia, Philippines, Singapore dan India


Masa untuk check-in?

Kita boleh start check-in bermula 14 hari sebelum jadual penerbangan ataupun selewat-lewatnya 1 jam sebelum jadual penerbangan.


Apa beza dengan check-in di website?

Kalau bimbang tak sempat sampai airport 1 jam sebelum penerbangan untuk check-in dan print boarding pass, lebih baik check-in melalui website. Time check-in tu, request untuk terima 2D barcode melalui smart phone. Then, bila sampai airport tak payah rushing untuk check-in. Hanya ke kiosk untuk scan barcode tadi dan print boarding pass.

Lagi satu teknik mudah untuk check-in melalui website adalah dengan print sendiri boarding pass siap-siap dari rumah. Kalau tiada printer, lebih baik request 2D barcode ataupun check-in di kiosk. Pilihan di tangan anda. Tapi saya lebih prefer check-in di kiosk.


Cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia


1. Daaptkan booking number melalui email selepas urusan pembelian tiket selesai.




2. Lepas pilih bahasa semua, select booking number dan masukkan booking number



3. Check semua maklumat peribadi dan tick pada box yang sepatutnya. Tekan next sampai selesai!

4. Kalau untuk penerbangan antarabangsa, last sekali kena scan passport untuk verification

5. Click confirm dan tunggu boarding pass yang dicetak keluar. Settle!

6. Untuk check in luggage pun boleh terus print tag guna self check-in machine ni. Mudah!


Done! Cara-cara untuk check-in di kiosk AirAsia. Nak lagi mudah, boleh just check-in guna smart phone. Tapi, make sure install apps AirAsia dalam phone. Buat urusan check-in dalam apps dan tak perlu print boarding pass. Automatik akan ada e-boarding pass dalam apps tadi. Bila nak masuk departure hall, just tunjukkan kad pengenalan (Passport untuk international flight) dan e-boarding pass tadi, dah boleh masuk. 


Actually banyak pilihan yang kita ada, Bergantung kepada cara mana yang paling mudah, cepat dan selesa bagi korang. Setengah orang suka beratur di kaunter untuk check-in, setengah orang pulak suka check-in di website dan print sendiri boarding pass dari rumah, dan ada juga yang prefer untuk guna self check-in machine di kiosk yang disediakan di airport. Korang yang mana satu?



22 Responses to "CARA-CARA UNTUK CHECK-IN DI KIOSK AIRASIA"

  1. Kalau luggage ada, kena pi kaunter luggage juga ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tag luggage boleh print di kiosk. Then, drop je bag di kaunter lepas tampal tag.

      Nak check in luggage di kaunter pun ok. Depends kat kita :)

      Padam
  2. Ade bayaran tak untuk check in di kios?

    BalasPadam
    Balasan
    1. check in di kiosk ataupun di website/ mobile phone, free je :)

      Padam
  3. Salam.

    Kalau kita dah check in kiosk dah masukkan booking number, then kita nak masukkan luggage ke kaunter luggage mcm mna? Sbb slalunya bukan ke yg check in kiosk ni yg dah ttpkan berat beg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. luggage boleh beli atau tambah sebelum proses chek in dilakukan. Kalau dah check in kami tak pasti, kena rujuk pada kaunter.

      Padam
  4. saya baru beli utk flight bulan feb 2017 memang x boleh check in lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum boleh lagi, kalau nak check in kena 14 hari sebelum tarikh fly atau paling lewat 1 jam sebelum depart (domestik) , 4 jam untuk (oversea).

      Padam
  5. salam..saya bru check in boarding pass klia ke labuan n labuan ke klia sekali,saya ad bli berat luggage 20kg pergi dan balik..tp bila saya print dia bg satu paper je untuk check in luggage ke klia ke labuan... untuk check in luggage labuan ke klia xperlu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam. Untuk check in luggage dari labuan ke klia, don't worry. Boleh check in di kaunter airport labuan. Pergi je kaunter untuk check in luggage

      Padam
    2. Hi, sy nak Tanya, sy Ada booking ticket untuk groups, so booking number tu untuk smua org yg dlm group yer?

      Dan lagi satu, kalao dah buat web check in sndri tu, kena print atau boleh request 2barcode, sbb sy tak Ada mesin printer, Dan lagi satu, kalao dah misalnya request 2barcode , tapi Ada beli luggage pergi Dan balik, kalao print kat mesin kios tu, terus Ada sekali dgn print tag luggage ker? Terima kasih, MOHON d jawab year ncik~

      Padam
    3. Hi,

      Ya, betul tu. kalau buat group booking akan ada satu booking no. je. jadi, boleh guna tu untuk check-in website,

      untuk group booking, saya suggest cik refer kat kaunter. pergi ke kaunter cakap nak buat group check in sekali dengan check in luggage.

      untuk kepastian, cik juga boleh try tanya di twitter @askairasia

      Padam
  6. Salam nk tnye.. klau kite check in awal.. contoh ye lagi seminggu nk berlepas boleh ke... klau kite check dkt kouter trus boleh ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. Boleh je check in awal melalui website. Cuma kena print boarding pass siap-siap. Kalau nak check in kat kaunter pulak kena bayar untuk print tiket. Sebab tu better check in kat kiosk sebab free

      Padam
  7. saya ada luggage tp dari indon ke malaysia, jadi kene print jugak ke sesiap tag bag tu dari sini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah print lagi. Untuk tag luggage, boleh dapatkan di kaunter airport indonesia time nk check in luggage

      Padam
  8. Hi, sy nak tanya, kalau kita dah buat web check in, lepastu air asia akan bg siap2 bar codes. lepas sy dh select utk hantar ke email saya, hanya ada utk print boarding pass shj. so, boleh ke print dekat kiosks gunakan booking number shj tanpa bar codes?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Itu web check in. Bila dah dapat bar codes, kena print siap-siap.
      just in case emergency case, tak sempat nak print ke apa, boleh refer kaunter untuk print boarding pass.

      Untuk kiosk, memang masukkan booking code dan terus print kat situ.

      Satu lagi alternatif paling mudah, boleh check in via mobile phone. Nanti tunjuk je e-ticket kat phone.

      Semoga jawapan ni dapat membantu.

      Padam
    2. Ye betul. Itu web check in. Bila dah dapat bar codes, kena print siap-siap.
      just in case emergency case, tak sempat nak print ke apa, boleh refer kaunter untuk print boarding pass.

      Untuk kiosk, memang masukkan booking code dan terus print kat situ.

      Satu lagi alternatif paling mudah, boleh check in via mobile phone. Nanti tunjuk je e-ticket kat phone.

      Semoga jawapan ni dapat membantu.

      Padam
  9. Klau bwk infant xleh bt web chekin kan.. Klau kt kaunter brp jam pling awal blh chekin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul, infant kena refer kaunter.
      Kalau domestic, 2 jam sebelum penerbangan.
      Kalau international, 3 jam sebelum penerbangan :)

      Padam
  10. Klau ad infant xleh web chekc in kan.. Pling awal pkul brp blh check in di kaunter?

    BalasPadam

Google+ Followers

Followers

Hubungi Kami

Subscribe Projek Travel