10 SEBAB ANDA BOLEH LUPAKAN MALDIVES, AND MERSING HERE WE COME!


Team Projek Travel sekali lagi menjengah pulau-pulau indah di perairan Malaysia! Dan siapa sangka, Maldives Malaysia terletak nun saujana kebiruan di selatan tanah air! Nah, keterujaan melanda pabila mengetahui bandar pesisir pantai Mersing di Johor menyajikan kawanan pulau privasi hebat dikelilingi lautan karang indah seolah berada di Maldives!

Here, a teaser to tease you. Scroll my profile for more photo teasers. Hehe 😎 . Eksplorasi Kepulauan Mersing oleh OH JALAN, bersama Travel Bloggers jemputan - Penganjur: @ohjalan Penaja kenderaan: KLEZCAR (HQ) / 1-300-88-4040 Penaja penginapan: Hotel Bluewater, Mersing / 07-798 2846 Penaja makanan: Hentian Bendang, Air Papan / 019-773 6655 Penaja tshirt: Print DTEE Studio, Kemaman / 014-514 1022 #ohjalan #ohjalanXkepulauanmersing #gayatravel #projektravel #instatravel #tourkaki #travel #traveller #traveldiaries #wanderlust #travelawesome #travelstagram #malaysiantraveller #gengsukatravel #alwaysatraveller #beyondtravels #islands #goasean #travelblogger #bloggerlife #surroundmewithwater #livetravelchannel #lovetheworld #travelslifee #welivetoexplore #dekatje @gpmofficial @gopro_jb #naktravel
A video posted by HASIF HAMSYARI (@hasifhamsyari) on


Hasil kembara Projek Travel bersama keseluruhan 10 bloggers, trip tajaan oleh OH JALAN ini singgah di 6 destinasi pulau sekitar perairan Mersing, Johor dan apalagi, snorkelling menjadi aktiviti wajib di setiap hentian pulau!

Dan kenapa kami kata anda dah boleh lupakan pulau Maldives selepas ini?

1#. PULAU HARIMAUKepulauan Mersing adalah syurga buat photo traveller! Keindahan Pulau Harimau yang unik (seluruh pulau cuma dihiasi tompokan lumut) cukup membuatkan anda rasa kagum seolah berada di dunia fantasi! Dan biarkan minda anda terus berkarya seperti dongeng filem apabila mendekati beberapa gua paras laut di sekitar pulau ini!

Pulau Harimau

2#. PULAU GUAL | Keindahan pasir memutih yang berpadu dengan pintu laut (terowong gua) di Pulau Gual pasti memukau pandangan sang traveller! Malah, anda boleh mengintai hingga ke dasar laut untuk momen foto yang unik!

Pulau Gual

3#. PULAU MENSIRIP | Salah satu gugusan kepulauan indah di sekitar perairan Mersing; keindahan gua dan pesisir pantai berbatu ideal untuk momen indah tanpa gangguan kehadiran sesiapa. Pemandangan dari atas bot sahaja cukup untuk menimbulkan suasana tenang sambil melayani hempasan ombak di pesisir batuan.

Pulau Mensirip

4#. PULAU HUJUNG | Syurga terbaik buat sang fotografer! Keindahan dasar laut yang sesuai untuk aktiviti snorkelling dan dihiasai karangan laut yang memukau pasti memacu adrenalin pengunjung. Alami kelincahan kawanan ikan yang bermain di celahan kejernihan laut membiru yang sentiasa tenang tanpa ombak besar! Buat yang mahu bersantai, kelembutan pasir putih berlatar-belakangkan rumah kayu usang yang ditinggalkan lama dahulu mampu menambah seri unik kepada koleksi foto menarik anda!

Pulau Hujung

Kejernihan air di Pulau Hujung

5#. PULAU TENGAH | Salah satu lokasi snorkelling wajib bagi yang mahu menikmati keindahan dunia bawah laut. Usai snorkel, berehat di kawasan batuan dengan susunan geografikal unik sambil mengumpul semula tenaga. Buat photo traveller, nah ini antara daratan pulau menarik yang boleh diabadikan dalam lensa kreatif anda!

Pulau Tengah

6#. PULAU BESAR | Pit stop terakhir kembara bersama OH JALAN singgah di Pulau Besar ini yang dijaga dengan baik. Pasir pantai lembut selain pemandangan lautan biru yang terdampar luas pasti mengalihkan perhatian sang pengembara dari kesibukan hal dunia. Pantai privasi dengan kemudahan resort lengkap bersama restoren dan kolam renang pastinya hentian ideal terakhir untuk rakaman momen indah yang menakjubkan - mahu kenangan di Maldives? Nah, inilah Maldives Malaysia!


7#. Dengan kos serendah RM168 seorang, anda boleh meneroka kesemua pulau ini sepuasnya dalam lawatan yang cukup privasi! Macam percutian mewah, bukan? Dan pastinya anda tak perlu lagi terbang jauh ke Maldives untuk mendapatkan shot menarik, semuanya di dalam negara!


8#. Percutian di sekitar kepulauan Mersing memang awesome! Bilangan pelancong yang terhad (tidak ramai), pantai privasi di kesemua pulau, lautan karang yang terjaga baik selain bilangan bot laju / pelancong yang jarang berselisih di kawasan pulau (bilangan bot yang minima) pastinya membuatkan percutian anda paling selesa di dunia! Tak perlu membayar mahal untuk menikmati kesemua kemudahan ini!


9#. Maldives oh Maldives! Kini lautan biru menghijau, malah kejernihan 100% sehingga ke dasar laut boleh dirakamkan hanya di Kepulauan Mersing, Johor! Perjalanan 4 jam dari Kuala Lumpur atau cuma 30 minit menaiki bot dari jeti Mersing pastinya pengalaman berbaloi buat photo traveller seperti anda!


10#. Buat yang senantiasa on the move, lawatan sehari suntuk sudah memadai sekiranya anda mahu merakamkan momen lensa menarik di sekitar kepulauan Mersing ini. Jadi, tak perlu ambil cuti panjang (cukup over the weekend) untuk menikmati keindahan Maldives Malaysia!

Rujuk hashtag kami di #OhJalanXKepulauanMersing untuk melihat banyak foto menarik.


Untuk maklumat lanjut pakej percutian murah ke Kepulauan Mersing, layari www.ohjalan.com!

Jangan lupa singgah di Maldives, Malaysia!

Penganjur Trip:

Penaja kenderaan:
KLEZCAR (HQ) / 1-300-88-4040

Penaja penginapan:
Hotel Bluewater, Mersing / 07-798 2846

Penaja makanan:
Hentian Bendang, Air Papan / 019-773 6655

Penaja tshirt:
Print DTEE Studio, Kemaman / 014-514 1022

Share on Google Plus

An experienced PR & media practitioner for more than 9 years. Holding the Master Degree of Corporate Communication, he ventured into the public relations field in 2007 at international recording label, Universal Music Malaysia. He then moved to FlyFirefly Sdn Bhd (subsidiary of Malaysia Airlines System) as PR & Events Executive before joining Media Prima Digital (subsidiary of Media Prima Berhad) as Senior Executive, Marketing & Communications in January 2011. Hong Leong Group then offered him to join their ecommerce arm, GEMFIVE.com as Assistant Manager, Public Relations in January 2015 before he left to setup his own PR & Marketing Agency, ARKADASH Kuala Lumpur in Sept 2015 and Talent Agency AVENCENNA Kuala Lumpur in Jan 2016

5 comments:

  1. lokasi-lokasi ni, kalau betul-betul dibangunkan dan dipromosikan sama macam kat maldives tu, confirm meletop-letop lokasi percutian dekat malaysia ni. kan? hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  2. Wahhh.. rindunya Kepulauan Mersing!!

    BalasPadam
  3. yuk.. bawain nikita ke sini dong....

    BalasPadam
  4. memang berbaloi baloi percutian ke kepulauan mersing ;)

    BalasPadam