Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

14 Feb 2017

PERHENTIAN ISLAND RESORT | PULAU PERHENTIAN


Antara pulau paling indah di Malaysia, malah tersenarai sebagai destinasi wajib kunjung di peringkat dunia; Pulau Perhentian menjadi lokasi pilihan Projek Travel sepanjang 23 sehingga 26 Mei 2016 yang lalu. Penerbangan selama satu jam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu seterusnya ke Besut, Terengganu dengan kenderaan sewa khas nyata berbaloi apabila kehadiran Projek Travel disambut lautan ombak tenang yang membiru kehijauan. (pastikan anda ke Kota Bharu, bukan ke Kuala Terengganu kerana ia pasti akan menjimatkan masa anda untuk ke Jeti Kuala Besut)


Desiran bayu laut disulami hentakan lembut puing ombak di pinggiran pantai putih menyambut ketibaan Projek Travel usai menuruni jeti khas di Perhentian Island Resort, Pulau Perhentian Besar.


Disajikan dengan kesegaran minuman selamat datang dan tuala muka buat mengelap keringat meredah lautan terbuka sebelum itu, kehadiran Projek Travel turut disambut dengan keriuhan belantara yang mengelilingi santuari resort ini. Selesai mendaftar, Projek Travel terus menuju ke chalet ‘Superior Classic’ yang bakal menjadi persinggahan kesemua arjuna selama 3 hari dan 2 malam.


Terhias indah, kamar dalam rona putih di tengah-tengah belantara pulau ini nyata mewujudkan suasana romantis dan tenang selain balkoni coklat klasik menghadap keindahan flora di sini. Bilik mandi yang dilengkapi pancuran air panas dengan kemasan seolah hotel mewah pastinya mendamaikan pilihan hati sang pengembara yang mementingkan keselesaan. Malah, pengurusan Perhentian Island Resort menawarkan bekalan elektrik 24 jam untuk keseluruhan fasiliti di sini. (tidak seperti perhentian kecil yang hanya membekalkan elektrik pada sebelah malam sahaja)


Pengembaraan di Perhentian Island Resort menawarkan 2 jenis pakej buat pilihan sang pengembara. Untuk yang gemarkan suasana santai, ‘Perhentian Discovery’ menawarkan pakej penuh 3 hari dan 2 malam bermula serendah RM430 seorang yang terdiri daripada:

✽ Minuman Selamat Datang
✽ Penginapan 2 Malam
✽ 2 kali Sarapan Pagi
✽ 2 kali Makan Tengah Hari
✽ 2 kali Makan Malam
✽ Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
✽ Tiket Taman Marin

Manakala, buat yang menggemari aktiviti lasak pakej 'Perhentian Snorkeling' menanti adrenalin si pengembara bermula pada harga serendah RM510 seorang:

✽ Minuman Selamat Datang
✽ Penginapan 2 Malam
✽ 2 kali Sarapan Pagi
✽ 2 kali Makan Tengah Hari
✽ 2 kali Makan Malam
✽ 2 kali trip snorkeling termasuk peralatan snorkeling
✽ Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
Perhentian Island Resort turut menawarkan fasiliti mewah lain di sekeliling santuari resort ini termasuk kemudahan kolam renang, bilik karaoke, kedai cenderamata, pusat urutan (spa wanita) serta restoren mewah dalam dekorasi kayuan klasik.

Pinang Seribu Spa

Dikelilingi keindahan flora; kehadiran fauna antaranya tupai pokok yang sangat jinak, mawas, kawanan burungan pulau pastinya menambah seri percutian di dalam resort mewah di tengah rimbunan rimba pulau.


Tawaran pakej bilik penginapan 'Superior Classic', 'Deluxe Heaven', 'Premier Garden', 'Family Heaven', dan 'Premier Beachfront' menawarkan kedamaian tersendiri. Berbaloi buat mereka yang inginkan aktiviti bulan madu mahupun bersantai bersama keluarga dan teman!





Aktiviti di Perhentian Island Resort tidak terhenti setakat ini sahaja, malah kunjungan Projek Travel turut menerokai beberapa tempat snorkeling menarik termasuk di Pulau Rawa yang terletak berhampiran Perhentian Island Resort . Untuk cerita lanjut, nantikan entri seterusnya di www.ProjekTravel.com !


Layari www.perhentianislandresort.net untuk maklumat lanjut berkenaan resort hebat ini. Jangan lupa juga untuk teroka hashtag #PTxPerhentianResort untuk melihat gambar-gambar kami di sana!

Foto by Akugraphy

7 ulasan:
Write comments
  1. nak ajak abg lan pergi lah raya ni!

    BalasPadam
  2. wah senangnya, nyaman dan menyenangkan berlibur disana ya, bisa spa, bisa berenang dan snorkling :-)

    BalasPadam
  3. Tak pernah gi lagi perhentian..macam best juga kat sini

    BalasPadam
  4. wahhh! mengancam betul tempat ni!

    BalasPadam
  5. ok best! tak berpeluang lagi singgah

    BalasPadam


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !