Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

13 Mei 2016

REDBOX, GREENBOX DAN FAIZAL TAHIR BERAMAL MELALUI ' HELP FOR KIDS'

REDBOX ,GREENBOX DAN FAIZAL TAHIR BERAMAL MELALUI ' HELP FOR KIDS' | Sejak awal penubuhannya, Red Box , sebuah jenama yang tidak asing lagi buat kaki karaoke yang terkenal sebagai sebuah pusat karaoke yang mengutamakan hiburan untuk seisi keluarga. 

Untuk pengetahuan pembaca Projek TravelRed Box  sememangnya aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Melangkah setapak ke hadapan dalam menyambung aktiviti kemasyarakatan, Red Box telah menubuhkan Red Energy Charity Fund pada 2009 dalam usaha meningkatkan dana untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Meneruskan tradisi tahunan mereka, Red Box & Green Box kali ini melancarkan pula kempen mengumpul dana yang bertemakan ‘Help For Kids’ untuk tabung kebajikan Red Energy yang memberi fokus kepada kanak-kanak malang, susah dan terbiar di seluruh Malaysia melalui sumbangan wang ringgit.


Untuk tujuan tersebut, dana yang diperolehi daripada kempen tersebut akan disalurkan kepada badan iAMFAITHMEN Movement yang merupakan sebuah pertubuhan amal yang diasaskan oleh penyanyi terkenal tanahair, Faizal Tahir, Januari yang lalu. Sempat juga admin melihat sebuah video dari Faizal Tahir yang menunjukkan seorang remaja lelaki menangis ketika Faizal Tahir sedang bernyanyi. Video tersebut telah dimuat turun dan dikongsi sehingga menjadi viral


Dalam usaha tersebut, Red Box turut berbesar hati kerana berpeluang mendapat kerjasama daripada RedSTILETTTO Camper, sebuah syarikat pelancongan tempatan yang berasaskan “motorhome travel” yang juga merupakan salah seorang penaja rasmi bagi Ulangtahun Projek Travel yang kedua baru - baru ini dan pengeluar produk kecantikan dan penjagaan harian wanita, Aura White. 

Bermula 22 Mac hingga 05 Julai 2016, anda boleh membeli beg amal ‘Help For Kids’ yang mengandungi pelbagai barangan tajaan Red Box & Green Box, juga produk dan baucar diskaun daripada kedua-dua penaja tersebut dimana-mana rangkaian Red Box & Green Box di seluruh Malaysia.




“Melalui kempen ini, pengunjung berpeluang berkaraoke dan beramal dalam masa yang sama. Dengan membeli beg amal ‘Help For Kids’, anda berpeluang memiliki CD kegemaran, memperoleh produk Aura White dan menikmati baucar diskaun RM20 Red Box & baucar diskaun RedSTILETTTO Camper yang bernilai RM100. 

Beg tersebut mungkin bernilai lebih daripada RM250 tetapi anda hanya perlu mendapatkannya pada harga RM25 sahaja. Apa yang lebih menarik adalah, hanya dengan RM25, anda juga berpeluang memenangi “percutian motorhome” ke Perth, Australia untuk dua orang selama 6 hari 5 malam tajaan RedSTILETTTO Camper! Juga barangan tajaan Aura White bernilai RM5,000". Wah ini menarik !

Dan dari jualan setiap beg, RM10 akan disalurkan kepada tabung kebajikan iAMFAITHMEN Movement dalam menyokong program-program yang bertujuan membela nasib anak-anak terbiar di seluruh Malaysia. Dengan bantuan rakan rasmi seperti RedSTILETTTO Camper dan Aura White, Red Box amat berharap agar kempen ‘WE CARE’ mampu menempah satu lagi keajaiban mengatasi kejayaannya yang lepas




Kami di Projek Travel mendoakan semoga misi ini berjaya mendapat sambutan dalam memastikan setiap kanak- kanak di Malaysia dapat hidup dan membesar dengan sempurna.

1 ulasan:
Write comments
  1. Good deed! Tapi, bila nak karoake? Mohon RedBox sponsor karok session hahaha.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !