CITITEL EXPRESS IPOH | HARGA MURAH, ADA PERKHIDMATAN SHUTTLE PERCUMA


CITITEL EXPRESS IPOH merupakan sebuah hotel yang baru sahaja beroperasi pada hujung tahun lepas iaitu bulan November 2015. Dengan menjadikan warna oren sebagai warna rasmi mereka, CITITEL EXPRESS IPOH menyediakan dan menjanjikan penginapan SMART, CLEAN and SIMPLE.


CITITEL EXPRESS IPOH ini terletak di lokasi strategik di tengah-tengah Ipoh Old Town Area di mana korang boleh akses banyak tempat tarikan pelancong dan tapak warisan, tempat-tempat makan popular (cafe hipster), bangunan bersejarah di pekan ini dan stesen kereta api KTM IPOH hanya beberapa minit dari sini.

Memandangkan CITITEL EXPRESS IPOH ni masih lagi baru di IPOH, sudah semestinya korang tidak tahu banyak KELEBIHAN yang korang akan dapat jika bercuti di sini. Jangan terkejut jika admin katakan bahawa hotel ini membenarkan pelanggannya untuk tambah bilangan untuk menginap di bilik tanpa dikenakan charge tambahan. Sebagai contoh, bilik untuk 3 orang hanya dibayar untuk 3 orang jika 4 atau 5 orang yang stay di dalam bilik berkenaan. Tapi ada syarat yang korang perlu patuhi. Yang pasti jika korang bawa bantal, selimut dan toto sendiri pun diorang takkan halang :)


CITITEL EXPRESS IPOH mempunyai sebanyak 210 bilik penginapan yang terdiri dari beberapa jenis seperti Standard (Twin dan Triple), Superior (Queen, Twin dan Triple) dan Deluxe (Quad). Bilik-bilik mereka dihiasi dengan warna-warna neutral yang dilengkapi kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi untuk keperluan anda.

Superior Twin


Superior Queen


Superior Triple


Deluxe Quad

Ia pasti akan memenuhi keperluan semua pelanggan mereka sama ada mereka yang tavel bersendirian, bersama keluarga atau kumpulan yang besar. Mereka juga mempunyai bilik berkatil twin mencukupi, manakala triple dan quad mereka sangat luas. Semua bilik boleh akses  Speed Wifi secara PERCUMA dan Video on Demand and Internet Programmes (150 saluran Movie) juga secara PERCUMA.

Hot & cold water dispenser on every guest floor_sumber GoogleMap


Untuk pengetahuan korang, bagi bilik jenis Standard Twin, Superior Twin & Superior Queen Room, water heater, Mini Refrigerator, Dry iron & ironing board tidak disediakan di dalam bilik. Jika anda yang menginap di bilik jenis ini dan memerlukan perkara berikut, tak perlu risau kerana perkara-perkara tersebut ada mereka sediakan di setiap guest floor.

Bilik Mesyuarat

CITITEL EXPRESS IPOH menawarkan dua bilik mesyuarat, masing-masing dengan kapasiti 120 tempat duduk, dan satu dewan serbaguna dengan kapasiti 160 tempat duduk; yang boleh digunakan untuk seminar, program latihan, dan mesyuarat perniagaan, dan lain-lain. Bilik-bilik mesyuarat dilengkapi dengan Projektor LCD PERCUMA. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan mesyuarat mereka, boleh hubungi 05 208 2888

Dewan Serbaguna

Kemudahan parking kereta bertingkat secara PERCUMA juga disediakan untuk kemudahan setiap pengunjungnya.

Parking Bertingkat_sumber GoogleMap

Bagi mereka yang datang bukan dengan kenderaan sendiri, tidak perlu risau  jika hendak ke mana-mana, kerana  CITITEL EXPRESS IPOH ada menyediakan perkhidmatan Shuttle iaitu van untuk pengangkutan ulang-alik secara PERCUMA ke tempat-tempat tumpuan pelancong disekitar bandar IPOH dan juga stesen kereta api. View Shuttle Van Route

FREE shuttle service ini akan membawa anda ke 7 tourist attractions iaitu (Ipoh Railway Station, Ipoh Old Town, Concubine Lane, Dim Sum Street, Ipoh Parade Shopping Mall, Jalan Yao Tet Shin & Jalan Theatre, MAPS - Movie Animation Park Studios).


Korang jangan terkejut kalau saya katakan bahawa harga untuk menginap disini hanyalah serendah RM147 SAHAJA. Dengan service PERCUMA itu ini, kalau korang kata harga ni masih MAHAL, saya tak boleh cakap apa lah. Yang pasti, kalau admin ke IPOH, inilah hotel yang admin akan cari dulu. KENAPA? *korang baca dan fikirlah sendiri ya.

CITITEL EXPRESS IPOH

2, Jalan S. P. Seenivasagam,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: 05 208 2888

Website : http://www.cititelexpress.com/ipoh/default.html

*Rujuk hashtag #CititelExpressIpoh untuk rujukan foto lebih lanjut.

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Perak World of Wonders, iaitu lawatan media yang diadakan pada 23 Mac hingga 26 Mac 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak sempena meraikan "Tahun Melawat Perak 2017".

Share on Google Plus
***

2 comments:

  1. Betul, hotel yang menawarkan servis lebih daripada harga yang ditetapkan. Best!
    Aku suka part rooftop level dia. Ya Allah! Cantik sungguh view dari atas tu.

    BalasPadam